Friday, April 15, 2016

Misi mencari strawberry!!

2 weeks back Maliki made an adhoc plan to spend the weekend in Cameron. Nak lari dari kepanasan kat KL la konon, which is a good idea sebab temperature kat Cameron boleh tahan sedap walaupun matahari terik.

Anyway, since it was a last minute plan harga bilik on boleh tahan jugak.. we stayed in one room apartment in Nova, puas hati cause the kids boleh main kejar-kejar. cumanya, the bathroom sedikit kotor by my standard, and my standard is not that high.

since kami gerak lepas late lunch, sampai pon dah petang.. so takde la buat apa sangat. aim utama is nak melepak, so malas la nak buat apa-apa. kami cuma nak pergi 3D muzium kat bawah hotel and nak pergi pasar dia borong strawberry and dinner malam tu.

these two sangat la riang, berlari tak henti-henti. aku tengok anak orang lain elok je jalan pimpin tangan adik beradik. anak aku, berlari bergelimpangan sokmo.


i love the apartment design. bilik cermin jek, the door pon sliding glass. jenuh main peekaboo budak berdua nih.


3D muzium ni kecik je, in 2nd floor bangunan hotel. gigih kami pergi sebab we got 2 free tickets when we book the room. since takde benda nak buat pon, moh la kita jenguk. seronok la budak-budak sebab takde orang lain kat dalam ni, boleh la nak berlari berkejar-kejar.


tuan tanah pon tak nak mengalah, tapi sibuk je semex ni nak interframe sama. sikit pon tanak kasi chance. masa ni dia dah meraung2 takut sebab dia berlari-lari depan T-Rex kat next section, when suddenly the T-Rex roars real loud. hahaha tak cukup tanah berlari cari mummy! Mika pon sama, terus muka cuak melekat kat dinding hahaha

tengoklah kemain ketat Mika peluk daddy hahahah Laiqa pon dua kali lima, sambil peluk sambil meraung.. tercekik aku amik video ni.

Muka takut.. reminds me of our visit to the 3D Muzium in Jonker Street..

ni dah happy balik sebab both mummy and daddy pon sibuk nak pose kat sini. dia pon tanak ketinggalan.

eh!




settle Muzium, kami gerak ke pasar pulak. unfortunately the traffic was terrible. kereta start queue dari depan hotel lagi.. ingat macam kejap la kan.. tapi after 30 minutes macam tak banyak pon progress, hilang sabar aku. terus request tuan driver patah balik. kita dinner kat old town bawah hotel je la.

on the next day, kami pergi lepak kat Boh Tea Centre. Minum tea and makan strawberry cheese cake. Punyalah ramai manusia kat sini, and mostly berebut nak duduk dekat luar. so tak berapa nak best la lepak dengan ulat-ulat manusia sekalian kan.. habis semua terus cabut, takde ambik-ambik gambar pon. gambar tunggu makanan sampai je ada miahahaha


gaduh rebut kerusi!


kat centre dia tadi kami tak masuk pon area tea plantation dia sebab takde easy access.. jadinya, kami berhenti kat depan sikit. matahari terik atas kepala, layankan ajelah sebab lama dah cita-cita nak masuk kawasan ni. tapi bila dah sampai, snap sekeping dua terus blah sebab ramai jugak orang kat sini.

mak cik ni kalau bab makan, no.1!! ice cream lavendar, abis dia sumbat semua balance yang aku pass kat dia.



nasib la ada jual kat sini, besar-besar and manis pulak tu.. rezeki!! rugi beli dua jek. sekotak abis Mika sorang je makan..

butterfly farm, tapi dua-dua takut butterfly. 


Lepas masuk butterfly farm, kami pergi Big Red Strawberry sebab Mika nak buat strawberry picking la kononnya. Hari tu datang dia kecik lagi, takde la nak strawberry picking. Sekali orang tu kata dah abis strawberry kene kutip huhuhu so duduk makan je la jawabnya.

Rasa macam road trip kat Tasmania pulak, seharian duduk dalam kereta. Dari pukul 8 pagi checkout hotel, sampai KL dah nak maghrib. Haru haru.. next time datang kene spend at least 2 full days, baru boleh chillax sikit..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, March 25, 2016

Cherating 2016

Our last minute beach holiday.. Dek kerana nak tunggu confirmation schedule orang tu, we have to wait till the very last minute to find a place to stay. Cita-cita nak la book Holiday Villa ke kan, harus lah tak dapat.. Nasib la jugak berjaya jumpa Tanjung Inn ni.. still available 5 days before datang hahaha during CNY week pulak tu!! although tak dapat la bilik yang best..

masa gerak tu dah berfikir-fikir nak cancel plan sebab keluar notis strong wind with high tide.. lepas tu, weather forecast pon macam tak menyebelahi aku.. hujan katanya 2 hari yang kami stay kat sini..
30 minute before sampai, the resort called. terus decide to go through with the plan.

sampai-sampai, tukar baju and terus terjah laut.. gloomy giler petang tu.. ombak punya la kuat sampai menikus si Mika tu.. he's scared of big pool.. yes dia panggil laut ni kolam besar.. nampak ombak kuat lagi lah takut dia.. terus duduk kat tepi..

laiqa?? my little explorer ni sikit pun tak heran.. bring it on daddy!! selamba je dia meredah ombak hehehe while mika usha je dari jauh.. jenuh la aku nak persuade dia.. last-last daddy paksa lalu kat tepi je..


keras kematu dia kat situ hahaha


1st day ni tak mandi pon... rendam-rendam kaki main ombak camtu je.. 

the next morning, awal-awal pagi aku gerak suruh turun breakfast sebab nak mandi laut hahaha.. while waiting, Mika sempat la nak menconteng bedsheet resort tu.. the night before dia dah buat handprint stain dari cherries.. jenuh aku sental..

aku pun takutkan dia, cakap kene bayar nih sebab dah conteng.. kalau tak bayar, dia kene tinggal kerja kat resort tu.. aku cakap aku tak de duit nak bayar sambil tunjuk wallet kosong.. keluar je toilet lepas aku bebel tu, aku tengok dia dok korek coin purse aku.. kira duit nak bayar bedsheet dia conteng tu..


lepas breakfast, terus terjah laut lagi.. mika ok sikit arini sebab langit cerah.. and ombak tak kuat.. yeay!!! tapi dia still takut-takut nak pegi jauh-jauh..



budak kecik ni.. berlari bebas sesuka hati dia..



spot Mika at the back.. that's his limit.. si adik pulak, tak kisah ombak kuat ke apa yang penting nak datang kat mummy..

my friendly son, made a new friend hari ni.. jumpa rakan sebaya.. kawannya tak takut air.. but berkawan dengan Mika, dok ikut Mika main kat tepi je.. hahaha dah lama sikit baru la dia berani sikit.. kuat betul influence rakan sebaya nih.






seronok berkawan sampai tanak balik bilik dah.. matahari dah terik pon nak main lagi.. last-last aku balik berdua dengan Laiqa jek.. dia seronok main dengan kawan, Laiqa seronok tido kat bilik


Lepas lunch, Mika insist nak main bola.. pukul 3 petang main bola.. kerja gila, tapi sebab tak panas sangat, kami layankan je lah.. sebabnya, dari malam semalam dia ajak main bola sebab seronok tengok padang luas nak berlari ke sana ke mari..


belah petang pulak, plan nak layan kite kat tepi laut sebab angin kuat.. tapinya ahahahah tak de la kuat mana angin ptg nih.. mika macam biasa tengok dari tepi sebab takut ombak kuat..


penutup hari ke-2.. layan ice cream tepi pantai.. 


pagi hari nak check out tu kami layan mandi laut for the last time.. kali ni explore pantai.. ajak mika pegi island kat tengah sikit sebab pantai landai, air takat lutut je pon..baru la dia percaya yang tak dalam laut nih.. terus seronok main sampai tanak balik.. hahaha tiap kali aku ajak naik dia cakap kita tunggu sampai 5 big waves (sebab he's 5yrs old now).. dari 5 jadi 10.. 10 jadi 15.. last-last daddy balik dengan Laiqa dulu.. agak dah puas, pujuk dia naik balik.. next time kita datang lagi katanya.. kene repeat lagi nampak gayanya!!




- Posted using BlogPress from my iPhone