Sunday, September 27, 2015

Journey to the East: Ueno Park, Harajuku and Kiddy Land

dah berhari-hari kami jalan jauh-jauh.. so harini kami nak lepak-lepak and rileks melayan kerenah Mika. sebab nak kasi dia freedom to run free, kami decide nak pergi Ueno park. kebetulan pulak harini ada kids days celebration tak silap, so entrance nak masuk ke Ueno Zoo is free. so ramai le bebudak kat sini. tapi kami takde lah nak masuk sebab tak sanggup nak meredah lautan manusia.


budak yang paling happy dapat meloncat and berlari. berapa hari dah dia kena ikat.





lautan manusia. bukan kids je ramai, adults pun sama membanjiri park ni.





lama jugak kami melepak kat sini. tengok la budak banyak akal tu. abis dia kutip daun tu baling kat daddy. lagi dilarang, lagi dia buat.






dah puas berlari kat sini, kami pun gerak ke Harajuku nak jumpa Ain lagi. sesaja nak jalan-jalan cuci mata. sempat la masuk shopping kat Daiso sini. hahaha suka sangat kan Daiso, amik!! AMIK!! sah-sah masuk Daiso confirm keluar tak pernah tangan kosong.


manusia kat sini masa ni, ya Allah ramainya. public holiday la katakan. salah hari ni pilih PH datang sini. nak jalan pun susah, tak nampak kedai jual apa pon. rasa macam jalan-jalan dekat uptown danau kota memalam je, bersesak-sesak camni. nasib ada tour guide, kami serahkan pada yang pakar je to lead the way. untung!!




jumpa geng balik happy melompat-lompat la bebudak berdua nih. jalan pon nak pegang tangan. harap-harap esok-esok jumpa aryan ingat la lagi and boleh main macam aritu ye anak-anak. ni tengah happy jalan menuju ke kiddy land.

toy heaven

teruja masuk kiddy land nih. kalau mak dah teruja, anak lagi lah. sampai tanak keluar hahaha dah sampai kene la beli toys kan. ikutkan hati, nak borong semua jenis train and shinkansen yang kitaorg dah naik.. tapi karang balik nak angkut macam mana pulak..

tomy train tracks. haduii aku yang jadi gila bayang tengok train track ni. menyesal tak memborong kat sini. kat Malaysia ni dah susah nak cari. main order-order je lah dari Jepun nampak gayanya.

penat berjalan turun naik train. selesai je shopping kat kiddy land ni, Ain bawak kami ke kedai Turkish dekat area Shibuya sebabnya kami nak pergi tengok Shibuya Crossing yang glemer tak tentu pasal tu.  bersambung di entry lain...

Thursday, September 24, 2015

Milaiqa takes Sunway!!!

Sunway piramid je pon nak kecohkan hahaha ni 2nd outing bertiga-tiga.. Mestilah nak kecoh!!

Plannya, nak cuci mata, makan, main and shopping sempena raya. Realitinya sempat shopping toys je sorang satu..

Lepas tu sempat masuk Papa Rich sebab Mika nak makan laksa. Nak makan Laksa AhCheng tapi xingat deme ada baby chair ke tak. Order punya order, tunggu punya tunggu xsampai-sampai laksa. Laiqa dah kenyang dah makan bubur dia, laksa xsampai2 lagi. Air pun teguk sikit je sebab tunggu laksa. Tetiba Mika dropped the bomb.

"Mummy, nak berak"

"Belum makan laksa lagi. Abang tahan dulu boleh?" Kikiki

"Alaaa.. Saya nak beraklah"

"Tak boleh tahan ke? Tadi kan dah berak"

"Nanti saya berak dalam seluar macam mana?"

#nangisnangisdannangislagi

Angkat tangan, panggil waiter. Sambil tu tangan jenuh la kemas barang-barang makanan Laiqa.

"Boss, laksa tadi dah buat ke belum? Kalau belum saya nak cancel lah"

"Takde laksa la dalam order"

-_-

Apalah nasib.. Penat aku tunggu huhuhu terus minta bil, bungkus air and berlari g toilet. Yes, berlari sambil gendong Laiqa and pegang Mika.

Sampai toilet, takde paip. Nightmare apakah ini?? Redho je lah aku tadah air dari bidet tu untuk process pembersihan. Nasib dia kencing je..

Nasib sempat tapau laksa ah cheng :)



Bertabahlah nak keluar lagi bertiga kalau ginilah gayanya.

- Posted using BlogPress from my iPhone