Agenda kami di hari terakhir di Tasmania ni agak pack sebab plan banyak terganggu dek kerana keadaan jalan yang jauh dari expectation kami. Destinasi pertama kami ialaha Port Arthur Historic Site. Secara jujurnya, aku tak pasang niat pun nak pegi sini. Tapi disebabkan itinerary Tasmania en suami yang buat terpaksa la aku ikut je. Kami sampai seawal pukul 8 pagi. Malangnya, site ni tak buka lagi. Opening hours pukul 9am. double #facepalm sikit kat en suami sebab buat iti tanpa check information-information crucial macam ni~ jadinya, bergambar je la depan information center dia sebab tak mampu nak menunggu, kami nak kejar ferry pukul 9:30 nanti.
Destinasi seterusnya nak ke Bruny Island. Nak pergi Bruny kene naik ferry dekat Kettering. Perjalanan dari Port Arthur lebih kurang 2 jam.
Singgah kejap kat Tasman National Park lookout.View sepanjang jalan memang tak menjemukan.
Banyak giler blackwood tree dekat Tasmania. At first aku ingat tempat ni baru lepas terbakar ke apa sebab semua batang pokok tu hitam rentung.. tapi sebab semak samuk cantik je hijau, daun pun ada, baru perasan yang memang macam tu rupa dia.. hehehe
Traffic system yang aku rasa agak bernas.. middle lane tu boleh dishare for both way..
Orang Tasmania pun suka buat rumah kat lereng bukit..Ni kawasan dekat dekan pekan Hobart. Kalau kawasan kampung tu rumah jauh2 dalam ladang.
Kettering Ferry.. Ferry ni atas bawah boleh isi kereta.
Attraction pertama yang kami terjah kat Bruny Island ni Cape Bruny Light station. Kawasan ni pun part of national park jugak. Kami guna je ticket national park yang kami beli semalam dekat Freycinet sebab masih valid lagi. Jauh ya amat rasanya nak sampai sebab half dari jalan nak ke sini unseal. Dah rasa macam naik roller coaster dah dengan bunyi periuk belanga menari-nari kat belakang. Dengan sunyi lagi kawasan nya, takut jugak kalau-kalau campervan buat hal. Naya stranded dalam hutan nanti. Tapi sampai je kat sini, terus teruja. View dia Subhanallah cantik sangat, tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata.
Nak pegi lighthouse tu kene jugak mendaki.. huhuhu duduk sini beberapa hari rasa cam turun 2kg sebab asyik mendaki je kejenya.
Kalau korang berminat nak masuk lighthouse ni, korang boleh ikut tour berbayar dia. kalau tak, posing-posing sambil menikmati permandangan je.
kangaroo jump depan lighthouse~
Lama jugak kami lepak kat sini. Best sangat sebab kiri kanan semua dihidang view yang cantik-cantik. Berbaloi-baloi la datang jauh-jauh, rasa macam tak nak balik.
p/s: rindunya tempat ni bila tengok gambar-gambar ni. harapnya ada la lagi peluang nak datang sini lagi.
No comments:
Post a Comment