Walaupun flight awal, end up pukul 3 lebih baru sampai hotel. Sebabnya, kene tunggu agent car rental pick up dekat airport. Kat sini kami guna khidmat Atlas Car Rental, the cheapest rate yang aku jumpa sebab book last minute.. Total rental for 5 days is AUD168.25.
Dah la sampai lambat, hari pulak hujan!!! Sangat tak disangka sebab cuaca kat Tasmania sangat perfect sepanjang kami kat sana.. so kami duk melepak je kat hotel sambil makan chocolate tuk alas perut yang semenangnya tengah lapar.. Mika la orang yang paling happy dapat bergolek dan berlari-lari sebab dah 5 hari kene ikat je.. puas bergolek, kami keluar cari dinner.. tapi kedai yang kami pegi tu tutup pulak dan kami takde backup plan. bahana terlupa nak printout pasal halal restaurant aritu.. so kami tukar haluan pergi cari coles. on the way ke coles, ternampak pulak kedai kebab dengan signboard halal!! bahagia!!
tapi kami tapau je sebabnya malas nak bayar parking. parking kat Melbourne ni mahal sangat aku rasa.. mostly dorang charge AUD12 per entry. Paling murah aku jumpa AUD7. Parking meter pulak AUD5 per hour.
so hari pertama di Melbourne kami habiskan dengan melepak di hotel. Masing-masing takde mood nak keluar berjalan dek kerana hujan turun tak berhenti-henti dari masa kami sampai tadi.
keesokkan harinya, bangun je tidur aku selak langsir intai cuaca kat luar. sadis sungguh tengok cuaca mendung lagi dengan hujan renyai-renyai. salah timing la pulak kami datang ke Melbourne nih!! disebabkan plan hari ni nak pergi window shopping kat Queen Victoria's market je, kami gagahkan la jugak diri bersiap-siap. Elok je kami siap-siap nak keluar, hujan pun berhenti. Alhamdulillah walaupun cuaca masih mendung lagi.
Mika in front of Albany Hotel.
Nissan Micra, our ride for the next 5 days.
Camwhoring dalam QVM. Boleh tahan jugak hero aku sorang ni layan mummy dia berposing~!
Macam-macam benda korang boleh dapat kat sini, dari baru ke accessory, souvenir, fruits, sayur..etc.. ko sebut je semua ada! aku rambang mata tengok leather and wool jacket dia.. terbayang-bayang destinasi next holiday. kalau ikutkan hati, mau aku angkut 2-3 helai, tapi disebabkan takde ticket dalam tangan, biarlah aku fikir elok-elok dulu.
painting dia cantik-cantik. according to the seller, ada cerita disebalik setiap gambar tu.. bersungguh-sungguh dia bercerita kat kami pasal cerita disebalik a few painting yang kami usha. masalahnya satu je, semua painting mesti ada gambar yang berunsur haiwan.. so memang kene reject la walaupun cun sangat~
Mika happy gila tengok toys yang berlambak-lambak kat sini.. seronok la dia dok main display set tu. siap nak bawak balik lagi. Ni buat muka toya sebab mummy suruh dia pulangkan balik toys kat aunty, pastu aunty tu pun dok main-main dengan dia minta toys tu balik. Jari telunjuk tu nak bagitau mummy aunty tu tengah kacau dia la tu... huhuhuhu
Kat QVM ni kami jumpa Turkish Cafe. Apa lagi, jom menjamu selera sebelum kita menjelajah GOR pulak.. panjang lagi perjalanan hari ni..
Selamat menjamu selera!!
p/s: menyesal giler tak beli ugg boots tuk baby tu.. sampai harini aku masih meroyankan boots ugg yang comel-comel tuh! sapa nak pegi Melbourne sila inform aku nak kirim!
No comments:
Post a Comment