Monday, March 10, 2014

Mika dan sekolah!

Last weekend aku bawak Mika pergi trial class playgroup.. sesaja cari aktiviti untuk dia isi masa weekend. boleh la tengok cemana dia bersosial dengan kawan dia.. padahal baru trial class sah sah dia melekap dengan aku je kan.. hahaha tapi excited jugak dia join aktiviti class tu.. ada menari and menyanyi.. memang no satu la dia.. mula-mula malu-malu lepas tu, terus tersengih-sengih nak ikut step and ajuk lagu~!

aktiviti penutup hari tu buat craft ikan.. teacher kasi paper plate yang dah dipotong bentuk ikan then suruh budak-budak decorate.. of course la dengan bantuan parents.. gambar time buat craft ni je mampu nak amik sebab dia dah warm up, tak bertempek dengan aku.. time-time lain semua dok melekap sambil buat aktiviti.

 tekun tampal heart tuk jadi sisik..

 excited tengok fish dah siap


 lepas siap tayang kat teacher, mengamuk nak tanggal balik heart nak simpan.. haih jenuh aku pujuk cakap teacher nak simpan.. mati-mati dia nak tanggal simpan balik.. ni mesti sebab aku selalu marah suruh kemas balik lepas main punya hal la nih.. 




suka hati la Mika, asal awak happy.. balik tu dengan bangga dia tunjuk kat daddy ikan togel dia.. tak abis-abis sebut fish sambil tayang biskut ikan kat tangan.. lagi bahagia bila singgah pasar beli ikan... next week kita pergi lagi~

No comments: