Monday, November 24, 2014

Let's go to the zoo!

Sempena birthday Mika yang ke-3 nih, kitaorang decide nak bawak dia pergi zoo je lah since tiap malam dia dok belajar pasal animals kan.. nak jalan jejauh tak lepas dah naik flight.. nak ronda-ronda malaysia, takde idea dah nak pergi mana.. balik-balik Johor, Penang, Melaka.. bosan dah aku.. so redho je lah anak.. kita pergi lawat kawan-kawan awak la kali ni..


Muka excited lagi time ni sebab tak jumpa lagi apa-apa binatang.. hihihi


seronok dia tengok insects dalam ni since semua duduk dalam cermin.. tak abis-abis, "ma tengok ni ma.. tengok ni.. nampak.. nampak?"


haa dalam ni dah mula muka stress.. sebabnya kene paksa bergambar dengan statue butterfly besar tu.. heheh patung je pon nak takut.. tak perasan lagi butterfly yg berlambak-lambak terbang bebas kat keliling dia tuh..

ni muka berhati-hati la nih.. berlari-lari tertunduk-tunduk kalau ada butterfly terbang kat dia.. tapi lepas tu dok cakap "mika tak takuttt.. mika tak takut pun kan mami? jom jom kita balik.. cepat..cepat" sambil mata melilau tengok sekeliling dia in case ada butterfly


keluar je dari butterfly garden tu happy balik


usha giraffe pulak.. ni current fave animals dia..


pose tuk giraffe is tall!

ni mati-mati aku ingat patung.. sampai dekat baru le tau bernyawa rupanya hahaha


excited dia tengok flamingo banyak-banyak dok terbang-terbang bebas atas kepala dia.. cuak jugak kalau dia rasa cam dekat sangat kadang-kadang tu.. ni dia dok tiru flamingo terbang~


pose lion pulak.. ROARRR!!

nak tengok panda ni ada extra charges.. tambah RM15 ke RM20.. tapi ni bayar masa beli ticket nak masuk zoo tu.. and dia dah set timing tu masuk tengok panda tu.. tapinya aku rasa tak berbaloi langsung.. sebab dorang allocate 15 minutes je tuk tgk panda feeding. time aku pegi ni, panda tengah sedap tido.. terlampau kenyang la tu makan byk sangat.. 15minit trainer tu kejutkan dorang ni tapi panda-panda ni bolayan je.. 

15 minit usha panda ni bertenggek kat batu camni.. 






berani dia tengok snake.. kalau kene pegang tatau le berani ke idak anak bujang ni.. nanti lain kali boleh p test pegang pulak.

tak berapa gigih nak snap gambar kat tiap animals yang kami visit.. and tak gigih jugak nak upload gambar dengan animals-animals lain.. tapi banyak jugak tempat kami skip sebabnya aku dah sakit kaki, dengan panas terik lagi kan.. so skip le memana yang patut.. yang pasti anak bujang aku ni memang suka sangat la pegi zoo.. sampai hari ni dok minta daddy promise bawak dia pergi zoo lagi.. nak tengok giraffe is tall katanya~!

No comments: