Showing posts with label Switzerland. Show all posts
Showing posts with label Switzerland. Show all posts

Saturday, April 27, 2013

Jelajah Eropah: Switzerland - Mount Rigi

Hari ni kami masih lagi kat bertapak di Swiss, tapi kali ni kami dah berpindah ke Luzern pulak. Jangan terkejut, kami masih giat meneruskan aktiviti mendaki pergunungan Alps. Perbezaan aktiviti harini, pendakian kami dimulakan dengan cruise dekat Luzern Lake.

Chapel Bridge and Water Tower

Time ni baru lepas kene interview dengan local.. tourism student buat survey tak silap aku.. macam-macam soalan la dia tanya pasal view kami pasal Swiss nih! ehehehe retis sangat~

Banyak giler Swan kat dalam Luzern Lake nih.

Since this is Leon's 2nd time here, aku je lah gigih bergambar.. kasi chance katanya!


Matahari terik sungguh time nih, kesian anak bujang aku nih terpaksa jugak melayan mummy nak berposing~



Mika's and mummy's first cruise!

 
In action! Sibuk nak lepas~ kalau pandai berjalan boleh la nak lepas.. ni nak merangkak dalam boat, haih la anak~


Mika ber 'wind-surfing'

My little sailor!



Rumah-rumah tepi tasik.. mesti best, tiap-tiap pagi bangun terus nampak view tasik nih..


Jeti di Vitznau. Tempat bersejarah Mika jatuh for the first time.. of cource picture taken before kejadian~!


banyak bunga-bunga ni dekat sini.. cantik sangat permandangan nih.. dari jauh nampak macam karpet jek huhuhu.. kalau la lalang kat laman rumah cantik macam ni, memang bangla kat sini tak leh cari makan la jawabnya~



dah la kulit pipi mengelupas sebab tak tahan sejuk, tambah pulak kepala benjol and luka akibat mencium lantai simen yang bergerutu kat Vitznau..  kesian Mikaman saya ni.. tapi still behave, senang mummy and daddy nak berjalan~




jeles dengan tuan rumah ni..

Ni lah view dari atas Mount Rigi.. kalau time winter mesti penuh dengan salji... wajib repeat tuk winter and autumn camnih #berangan

gayat aku sebenarnya posing kat tepi nih.. serius ahahaha takde pagar-pagar.. kalau korang nak golek-golek turun gunung ni pun tak de masalah..



View dari cable car, on the way down from Mount Rigi.

perjalanan turun, kami ikut jalan lain.. kena naik cable car pulak. best kan?? dalam satu hari, boleh naik cruise, then mountain rail, pastu turun naik cable car..


besar giler tiang cable car ni.. rasanya genting punya takde lah besar macam nih~

ni pulak view dari jeti kayu kat Weggis..




turun je dari Mount Rigi, kami bergegas ke hotel nak collect luggage yang kami tinggalkan sebab nak berpindah ke Basel pulak.. tempat persinggahan sementara sebab flight esok awal pagi.. tak sempat nak bershopping-shopping kat Swiss ni. aku sempat shopping chocolate kat Coop je dalam train station sementara menunggu Leon and Chawan pegi amik bag.. dalam rushing-rushing tu, sempat lagi la si Leon ni singgah kedai belikan jumper Swiss untuk Mika hahaha cuak la tu sebab aku asyik cakap kesian Mika takde souvenir from Swiss~! terima kasih, sangat daddy mithali kan. cumanya taste tu off sikit.. ahahaha sebab kat airport banyak je jumper-jumper comel yang harga sama!!

p/s: sekali lagi, tak puas-tak puas.. rasa nak duduk lama lagi dekat sini.. banyak lagi gunung yang kami tak daki chewah!! *masuk coins dalam tabung~*

Sunday, April 7, 2013

Jelajah Eropah: Switzerland - Schiltorn and Murrenbach Fall

Hari kedua kami di Switzerland dihabiskan dengan aktiviti mendaki gunung Alps.. mendaki menaiki train dan cable car!

Lauterbrunnen Valley view from the cable car.

  First stop. Sampai je kat station ni, kami bertukar naik train pulak menuju ke Murren.

Sampai kat Murren, sempat la kami berjalan-jalan sambil menikmati permandangan yang sangat cantik!



 
Subhannallah.. cantiknya ciptaan Allah..


Makanan Singapore dan Thailand pun ada kat sini.. Malaysia?? Asam tu kot..

 

Perjalanan kami diteruskan menggunakan cable car dari Murren untuk ke Schilthorn.

 
Dah sampai.. Kabus sangat la tebal sampai tak nampak apa-apa kat luar tu..

 
-2 degrees!! memang sejuk..


blinding whiteness!!

keluar ke platform kejap je nak merasa pegang actual snow.. sejuk sejuk sejuk!! too bad mika tak berjalan lagi time nih, kalau tak i'll definitely let him run free and main snow.

 

 
Enjoying our cake and hot cocoa.

Kat atas ni lah restaurant berpusing Piz Gloria. Kalau korang nak tau, kat sini la movie James Bond, On Her Majesty's Secret Service difilemkan. Masa zaman sekolah dulu aku pernah baca novel yang mentioned pasal restaurant ni.. couple tu bercandle light kat sini.. obviously, aku ada lah imagine rupa tempat ni masa tu.. tapi rupa sebenarnya tak sama langsung dengan imaginasi aku masa tu.. hahaha the restaurant is wayyy more canggih than I imagine hahaha tak sangka dapat jugak menjejak kaki kat sini
berebut hot cocoa dengan mika!



 

Bubye. Hope to see you again!

View from the cable car on the way down.




 
 Murrenbach Falls, the highest waterfall in Switzerland at 417m.



cantik sampai tak terkata dah ni!









aku tak pasti tempat apa ni, tapi macam camping site.. kami berhenti sebentar untuk buat apa yang patut (ie. makan bekal and tukar diapers mika)


p/s: gambar sefamily yang ada kat sini credits to chawanna!