Showing posts with label baby L. Show all posts
Showing posts with label baby L. Show all posts

Saturday, March 7, 2015

Back to work

Dah seminggu.. 3 bulan cuti adalah heaven.. Paling heaven last 3 days sebab hantar Laiqa ke nursery hahahaha

 
Bila mummy inform dia kene duduk nursery.

Before masuk kerja, dah test drive dah nursery 3 hari.. Risau jugak since teacher kata Laiqa tak nak minum susu sangat.. Aku suspect dia tak suka botol, just like her brother.. Sehari 9oz je Mika, dia reverse cycle melantak memalam, but Laiqa is worst.. Dalam 4-5oz je dia minum. Aku pack 2 setengah oz, teacher cakap mesti ada tinggal 1oz.. Then 3 botol je.. Sanggup tunggu balik, meraung dalam kereta and minum cam orang kebulur kat rumah.. I is sad!

Tido pon problem jugak sebab daddy gatal kasi dia tido atas dada sepanjang cuti CNY! Teacher masuk buai!!

Alhamdulillah, since khamis aritu dia minum pun dah banyak.. Siap kene tambah sebotol, and tido pun dah ok since aku suruh tido meniarap!! Way to go baby, senang hati mummy nak meronggeng kat office~

No no no! Tak best pergi sekolah!

Dah masuk kerja ni kene la biasakan diri dengan routine baru pulak. Haihh baru je rasa boleh bernafas sikit, kene start over balik. Nasib masuk office ada kerja nak buat.. Just on time for phase 3, takde la melangut depan laptop je, shopping untuk anak~

Tapi bestnya kalau boleh jadi SAHM, boleh kelek anak sepanjang masa.. Lagi best kalau boleh hantar Laiqa ke nursery at least 4 days dalam sebulan.. Cuti tuk refuel energy and patience gitu hahaha bertambah-tambah best kalau duit dalam poket sentiasa tebal walaupun tak kerja, baru boleh nak shopping click click je.. tinggi menggunung cita-cita aku kan?

Yes! I fully support this notion!

cik abang dengarlah rintihan hatiku ini.. Tolonglah jadikan impian i ni satu kenyataan...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, December 22, 2014

My successful VBAC story

Alhamdulillah, syukur sesangat Allah makbulkan doa aku nak deliver secara normal for my second baby. Kisah kelahiran Laiqa is totally different dari Mika. Banyak benda yang buat aku tak puas hati masa deliver Mika, tapi itu memang salah aku sendiri sebab takde ilmu. Bila takde ilmu percaya je cakap doc.

For my second baby, gigih aku kaut ilmu pasal birthing. From my own experience, technique gentlebirthing ni really help me in dealing with each surges.

On the 5th Dec, malamnya aku dah start rasa sakit2 pinggang. As usual, suruh Maliki urut2 tapi this time around sakit tu tak hilang. Tapi takde la nak suspect apa2. Sakit pinggang in 3rd semester adalah normal bagi aku.

Then on 6th Dec, aku terjaga pagi buta around 2:45am sebab ada surge. Aku tengok jam, then fikir ni braxton hicks je ni since xde tanda pun lagi and sambung tido. At 3:45am, sekali lagi aku terjaga sebab surge. Kali ni aku fikir maybe sebab nak terkench kot. So aku g toilet and sambung tido balik. Then lebih kurang pukul 4am, aku terjaga lagi. This time tak boleh tido balik sebab surges datang multiple time. Lepas 3-4x, aku decide nak time each surge. Jeng jeng jeng.. 8-9 minutes dah, 15-30 seconds each.. Tapi aku still in denial hahaha aku still ingat ni braxton hicks.. Yang aku baca, BH ni pun helps your body to prepare for actual birth, so masa tengah time surges ni aku ada jugak buat visualization. Favourite aku yang ribbon tu..


Lepas sejam layan surges, aku sambung tido balik. Bangun solat subuh, then ckp kat Maliki contraction macam dah kerap. Since hari ni hari checkup, aku decide to wait for Dr Tan at the clinic. Sebab surges macam consistent, aku pun pack baju hahaha at 37 weeks bag aku x pack lagi. Bag Mika and Laiqa je aku kemas dulu. So end up sampai lambat kat clinic, orang pun berderet dah. Sepanjang perjalanan ni, memang aku dok layan surges.

Dr Tan pulak lambat sampai.. By 9am, contraction aku dah 4-5 min apart, 45-60 sec. Huhuhu aku time sambil2 sembang dengan Na, who happens to be there for her checkup jugak. Dorg suruh call Yati, suruh minta advise. Yati advise kalau tahan sakit lagi tunggu la since Mika dulu czer, kalau xtahan then terus g hospital. Nanti nurse check semua dulu. Then dia informed her colleague tuk letak aku as 1st patient to see Dr Tan sebab aku decide nak tunggu jek. See aku still in denial sebab surges are still bearable. Pastu xde tanda nak bersalin nya.. Breathing technique yg aku buat memang berkesan kali ni.

Sementara tunggu, pergi check bp and urine. Nurse2 kat sini semua dah cuak2 everytime aku stop tuk layan surge. Semua suruh pergi hospital terus. Sebelum tu sempat la aku g scan baby, nak tengok berapa berapa hahahah around 2.5 ++kg..

By 9:20 camtu, kami decide nak pegi hospital since tak nampak batang hidung Dr Tan. Pas bag Mika kat Na, sebab nak tumpang sementara nak deliver adik. Huhu rupanya MRR2 jam gile dr Cheras towards Bkt Jalil, no wonder la lambat Dr. Sampai2 kene round 2-3x dulu cari parking. By this time, surges are longer every 2-3min. In between surges still boleh sembang2. Satu yg aku perasan, tiap kali surge datang memang kene layan sampai habis kalau tak dia akan datang bertalu2. Aku perasan ni sebab lepas dah park tu ada surge tapi aku bolayan nak bangun kuar keta.. Wah!! Xleh jalan langsung! Last2 dapat naik wheelchair hahahaha

Terus hantar aku masuk labor room. Dari situ aku jalan sendiri huhu lesson learnt. Everytime surge memang aku stop whatever i'm doing, then focus on breathing and visualization. Nurse tanya aku normal ke, waterbirth ke, hypnobirth sebab kalau hypnobirth, opening below 6 dorang suruh balik dulu.. I was like "adik! Please jangan mainkan perasaan mummy! Please please be more than 6!" Selama ni memang aku visualize bila aku serah diri kat hospital aku dah dilate 6cm or above.. Tanak kecewa kat situ!

Lepas tukar baju, check heart rate baby. Then baru dorg buat VE. Bila dengar dia cakap kat Maliki, "you boleh buat admission, dah 7cm nih" aku rasa nak menari jek!! Dorang ni memang well trained kot tuk handle patient yg opt for GB sebab everytime aku minta timeout tuk layan surge dorg tlg buat light touch massage tu. Bagus sangat sebab tak sempat nk suruh Maliki belajar. Aku memang prepared mentally dah sebab kami tak pergi class so aku xexpect sangat la Maliki tau nak buat. Next one harapnya rajin sikit nak join class!

Lepas tu tukar bilik sebelah sebab nak pakai wireless nya fetal monitoring sebab aku request on freedom of movement during labor.. Layan la contraction sambil berdiri while leaning on the bed. Sampai this one time aku cakap rasa nk teran, nurse do another round of VE. Dah 9!! Dorang tanya nak tak sandar kat kepala katil while leaning? Aku ok je, panjat katil terus peluk kepala katil layan. Tukar breathing supaya xmeneran sebab nak tunggu 10. Aku focus sangat sampai xperasan Dr Tan sampai. Maliki buat pe pun aku xsedar hahaha

Pastu Dr Tan kasi aku beralih duduk atas toilet.. Sebab GB ni selalu practise breathing tuk birthing masa dlm toilet hahaha masa ni baru waterbag aku pecah, siap terpercik kat doc lagi ops! kat situ aku xsure bape lama aku layan surge tau2 doc kata dah nampak kepala.. Then suruh aku naik atas katil balik.. Pilih whatever position aku nak.. Masa ni aku blur kejap hahaha sebab tak sure mana yg selesa.. So aku baring mengiring jek.. Nurse2 just ingatkan aku tuk push bila ada surge, kalau tak rehat.. Lepas berapa kali push tah keluar la kepala cik adik ni.. Then doc cakap stop pushing and Laiqa menggelongsor keluar sendiri..

Bila dah keluar sempat dia suruh aku sambut baby hahaha and letak terus tuk skin to skin.. First time for me. Perasaan masa tu Allah je yg tau.. Tak boleh nak gambarkan. Laiqa pun sangat alert. Cumanya dia xnak menyusu pun huhu jenuh aku initiate dia lagi prefer hisap jari! Bila cord dah stops pulsating baru potong. Dia offer Maliki tuk potong tapi ehem ehem cik abang tu takut! Xnak buat hahahaha then dorang tinggalkan kami bertiga tuk bonding.

All in all aku sangat happy dengan delivery kali ni and kalau orang tanya memang aku recommend sangat2 Dr Tan. Dia ikut setiap permintaan aku dalam birth plan, team dia siap bagi extra lagi. All those light touch massages and the calm birthing environment. Aku deliver dalam bilik yang gelap and tak sejuk! Lagi satu senang nak bincang dengan doc ni. Masa aku discuss birth plan aku ngan dia, dia takde la terus setuju especially part no induction. Dia cakap yang ni kene tengok condition aku. Untuk org yang dah pernah kene czer memang dorang selalu tak induce sebab risk for rupture tu akan jadi lebih tinggi. Cumanya, kalau slow progress (read: waterbag dah pecah more than 18 hours) and aku still tak fully dilate, dia akan bagi option kat aku. Induce or ambik antibiotik tuk elakkan infection kat baby. Apapun dia akan discuss dulu dengan aku if that happens.




Birth plan aku include:
Freedom to walk & move during labor
Freedom to drinks and light food if labor is prolonged
No continuous electronic fetal monitoring unless medically necessary
Minimal VE with permission
No induction or breaking of water unless deemed medically necessary
To be fully apprised and consulted before introduction of any medical procedure.
Choice of position for pushing.
No episiotomy
Wait until cord stops pulsating.
Breastfeed immediately to help birth placenta.
Newborn to stay with parents at all times
Breastfeeding only. No bottle, no formula, no pacifier.

So kepada mummy2 yang teringin nak normal after czer, try la usha-usha pasal gentle birthing ni. Jom join group Gentlebirthing Malaysia and ICAN.

Sunday, December 14, 2014

Baby Laiqa has arrived!

Alhamdullillah.. Saya dah selamat melahirkan baby no.2 last Saturday 6 Dec 2014. 20 days earlier than my EDD.

Syukur dapat achieved my VBAC :) Alhamdulillah, dipermudahkan urusan untuk delivery kali ni.

Meet my princess, Laiqa. My hypnobirth baby.




Reaction abang Mika? Takut-takut nak duduk kat baby. Pandang dari jauh je.. Day 2 baru berani kiss, day 3 baru berani pegang.. Yang penting kuat merajuk and selalu buat ayat kesian. Kalau balik dr school aku xsambut kat pintu, dia cakap, "kenapa tak buka pintu? Mika dah balik dah. Kesian Mikaaaa.."

p/s: dapat merasa drug free birth, xsia-sia menelaah pasal hypnobirth...

Monday, November 17, 2014

Persiapan tuk Baby L!

jom update pasal persediaan nak menyambut ahli baru keluarga kami nih.. kesian anak no.2, sebab boleh recycle barang-barang abang or kakak..

so checklist baby L takde la panjang berjela macam time Mika aritu.. checklist ni pun semua adalah keperluan.. takde dah barang-barang merepek yang mengikut nafsu macam dulu, eh kecuali baby carrier hahahah walaupun niat nak pinjam je dulu kasi test drive tapi hati ni meluap-luap jugak nak beli!! tiap hari stalk seller and fsot kat MBW group tapi takde rezeki.. so rembat baru je le..

Baby L's one page checklist. Breastpump tetap ada dalam checklist baby L. Niat nak menyusu lama macam Mika jugak, so kene la beli baru nak amik semangat baru. lagipun takde dah barang-barang mahal untuk baby L. car seat and breastpump je yg mampu menjulingkan mata daddy nak membayarnya. 

sebakul je baju baby L!! tu pun tak penuh bakul!! ni pun sebab campur dengan kain bedung, towel, kain lap etc!! ini tidak adil kan adik kan?? baju-baju Mika yang aku simpan pun aku bawak keluar jugak.. tak kisah la warna biru ke apa, anak-anak aku is universal. biru ke pink ke semua boleh pakai!




haa yang ni saya puas hati.. baby L's first project.. 1st dress yang mummy jahitkan dari kain baju kurung lebih-lebih tahun lepas.. satu jek pun yang mampu nak buatnya sebab ada la makhlus halus yg pantang tengok mummy duk sorang-sorang menjahit! ni pun 2nd attempt sebab 1st attempt guna knit cotton adalah disaster! satu pun cukup kan dik, boleh la kita sambung online shopping bila adik dah keluar nanti.. pilih sendiri ok?

Thursday, November 13, 2014

Baby L~

Meet baby L.. aku rasa muka sama je ngan Mika huhuhu gambar ni masa scan 3D at 20++ weeks aritu.. punya lama baru sibuk nak update.. nasib badan la dik..


kesian adik macam "di-anak-tirikan" je~ nasib anak no 2 nih.. nak update pasal pregnancy pun malas huhuhu awak kene faham, abang Mika awak tu attention monster!! nanti awak keluar awak buli abang cukup-cukup k :)