Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Wednesday, September 16, 2015

Journey to the East: Gotemba Outlet

It's shopping day!! SHOPPING DAY!! Excited nak pergi outlet!! Sebab nak pergi shopping, camera dan apa yang tak perlu semua kene tinggal.. Kami bawak badan je untuk menjayakan misi kali ni.
Niat di hati cuma nak shopping utk anak-anak jek.. Eh niat hati aku, niat hati Maliki nak balik with his money intact hahaha awal-awal tau misi aku yang bakal berjaya!

Excited jugak budak ni nak pergi shopping. Keluar berlenggang kangkung like we have all the time in the world.

kurusnya si Mika nih, dah macam mc hammer dah style seluar gebeh gitu.

Orang kat sini ramai sesangat masa ni.. Rimas jugak la sebenarnya, tapi alang-alang dah sampai.. Tutup mata and keep on shopping. Sampai-sampai sini, terus terjah GAP. Borong baju anak-anak.



Kat Gotemba ni ada prayer room.. So sangat la senang nak solat bagai. Cumanya, prayer room ni sentiasa berkunci. Korang kene pergi cari penjaga kunci dia untuk unlock. Tapiii dia campur laki pompuan, takde divider ke apa. Kalau ada org lain, nak amik wuduk tu lecehnya!!! Nasib masa kami masuk xde orang lain. Seronok Laiqa golek-golek. Dengan tak berseluarnya. Boleh dia berak kat sini sampai bocor.. Dah la sejuk jugak masa ni. Gara-gara tak pakai seluar, sejuk sangat kot sampai demam dia esoknya.


kami pilih kedai yang brand memang kami pakai like Nike, Adidas, Timberland and Levi's. Kat Levi's ni aku terkena. Dok sibuk-sibuk belek belt, pastu gatal nak tau leather apa. Sekali amik ko!!! En babs rupanya, eeeeeeee sangattt. First time ni, first time. Kat Malaysia macam xpernah pulak nampak belt guna cik babs ni, so aku assume memang dorang tak pakai ler leather babi nih. Sangat naive di situ!! Maliki gelakkan aku pastu lari kat tempat lain sebab dia kata kalau tak tau takpe. So dia refuse nak check belt dia pegang tu haram ke halal hahahha selamat katanya dia xpegang belt aku pegang tadi '-'

Aku pulak start dah pikir kat mana nak cari tanah nak samak ni.. Yang selama ni aku nampak tanah kat park je.. Uwaaaaa~~ nasib kejadian en babs ni lepas aku dah solat kat prayer rooms tadi


Paling best, sambil shopping sambil menikmati permandangan indah.. Boleh nampak Mt. Fuji dari sini. Aku tak expect pulak boleh clear nampaknya walaupun tau dekat jek. Paling tak sangka, nak pulak dia tunjukkan diri. Dengar kata pemalu orangnya, selalu susah nak nampak snow capped peak dia tuh.

Nak dijadikan cerita, masa nak balik ni kami terserempak dengan minah Indonesia yang tegur kami kat kedai Nike tadi, Indah namanya. Dia study kat Jepun, working part time kat Nike for the extra moolah. Sembang punya sembang, dia cakap la train yang kami naik tu leceh and lama.
So dia suruh ikut route dia selalu guna. Katanya 2x tukar je or naik je Shikansen, lagi senang and cepat.
Kitaorang memang xpakai JR pass tu sebab takde travel jejauh mana. Suica je all the way. So kami opt for the cheapest fair lah, kene la tukar-tukar train a few times. Dia siap suruh ikut dia so dia boleh tunjukkan jalannya. Maliki 50-50 je nak ikut, tapi dia sungguh-sungguh betul nak suruh kami ikut route dia selalu pakai. Bila Maliki tanya, dia cakap dia pun nak pergi Tokyo, terus setuju.

Katanya jam 7:20pm train tu sampai sebelum dia tinggalkan kami. Rupanya, dia duduk kat area-area situ and dia biasa guna route ni kalau nak ke Tokyo. Miscommuncation la tadi tu, kata nak pergi Tokyo. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai trainnya. Lepas 10min, Maliki pergi balik ke kaunter tanya. Rupanya last train route yang dia bagi tu pukul 5ptg!! Haaa ambik, nasib la tak tunggu mcm orang bodoh.

So terus mesyuarat pintu kami kat situ. Kalau nak patah balik kat stesen near Gotemba tu nak dekat sejam dah. Nak tukar-train sampai ke Tokyo lagi, nayaaa!! Kul bape pulak nak sampai. Sebab faktor masa tak mengizinkan, campur penat lagi, kami decide naik shikansen je lah. Total for 2 unreserved seat, convert la sendiri #nangis

our very 1st unplanned Shikansen ride. 
sampai rumah dh gelap.. sempat la Maliki curi tanah kat apartment depan tempat kami menginap.. kebetulah ada small area dorang tanank pokok2 renek kat situ..
Untuk korang-korang yang plan nak pergi Gotemba ni, silalah pergi guna train. more convenient, dia berhenti betul-betul kat depan Gotemba outlet. tak payah nak tunggu shuttle bas, or nak tukar-tukar train. you can book the ticket online!! senanggggggggggggg! and if u plan to go to Mt Fuji jugak, aku suggest bundle them together sebab dah dekat sangat dengan Gotemba ni. ada direct bus dari Gotemba ke Mt Fuji and vice versa. you can save time and money going to and fro. 
kami dah plan nak naik bas as suggested by Ain. the day before, kami pergi station bas dia tapi ticket semua dah sold out. buang masa sangat, one reason why we are late to Nezu sebab initial plan nak pergi Gotemba. kira last minute switch la. then ingat nak book for the next day sebab ada lagi available, tapi tak berani nak book sebab asyik keluar lambat je the last few days. kang tertinggal bas kang, nangis lagi. hahah the bus fare is not cheap tau kat Jepun ni.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, March 8, 2014

Malaysia International Parenthood Fair 2014

setelah berkurun kami tak berkunjung ke Parenthood or Motherhood expo, hari ni kami mengulang balik sejarah silam.. chewah.. no no saya tidak pregnant, not yet. cumanya iklan Parenthood expo kali ni terlampau menggamit hati nak pergi.. nak tengok iklan dia kat sini

aku kasi tempek point menarik yang dorang dok promote-promote kat sini

50% off Mamy Poko for the 1st 300 customers per day
3,000 Goodie Bags worth RM50 each

ni plan ad hoc sebab Maliki bangun lambat.. bila bangun lambat dia amik EL sebab malas nak punch card merah. lepas tu dia sibuk-sibuk nak pergi sengsorang nak borong pampers mamy poko yang kononnya half price. disebabkan aku pun tak busy mana, aku korbankan la cuti sehari kot-kot sempat nak berdating tengok wayang pulak satgi #harapan sangat

15 minutes before opening kami dah tercegat depan entrance door SACC.. time ni ramai dah parents yang menunggu.. first time sampai awal sebab nak borong pampers..


the crowd yang nak memborong mamy poko jugak.. unfortunately, harga 50% tu hanya untuk satu pack.. SATU PACK!! yang lain harga standard kalau sale, RM30 untuk small pack.. whatttt??!! nak beli kene queue ambik nombor then queue pulak untuk membayar.. muahahah ridiculous giler.. lepas je dengar penerangan ni, ramai yang blah.. termasuk la aku.. kot ye pun nak attract ramai parents, janganlah guna tactic kotor camni wahai pengajur.. tak boleh dimaafkan!

 orang mula bergerak meninggalkan booth mamy poko

 stock cenonet ni je dorang bawak.. obviously dorang tak expect big crowd le kat sini..

disebabkan kecewa dengan penipuan mamy poko nih, kami beralih arah ke huggies. takkan nak balik tangan kosong kan.. harga drypants or huggies dry pun lebih kurang je normal price, cuma huggies ultra yang agak berbaloi.. berbaloi kalau korang beli based on package yang dia tambah kat atas ni.. tapi range diapers tu boleh dicampur-campur.. since aku tak pernah try huggies ultra ni, kitaorg beli lah untuk mencuba. kat luar mahal jugak so cam membazir nak try hahaha kitaorang ambik package tu dapat free gift bath tub baby berbentuk itik dan lampu tidur. free gift tu sah-sah ada quota per day..

 booth autumnz, harga still sama macam dulu.. tapi aku tak borong cause plan nak stop mengepam.

then ada satu lagi jenama diapers tak terkenal.. aku ingat first time dia introduce brand ni kat motherhood expo midvaller, letak harga RM25 for a pack.. la ni jatuh RM10 hahahah katanya bagus jugak tapi tatau ler kan sebab tak pernah try. aku beli 2 pack pants je saja nak mencuba. orang kata jangan pandang sebelah mata, kot-kot bagus tak ke untung.. aku tak beli diapers biasa sebab dia guna tape biasa je instead of velcro.. aku tak gemar.

then jalan-jalan cuci mata since lama tak menjeguk sale gini.. canggih dah food processor little bean ni, harga naik RM10. canggih wa cakap lu, aku nye dah buruk dah hahahaha

lepas tu g cari cooler bag nak ganti bag sekolah mika yang dah cabuk tuh, tambah sippy cup seketul pastu balik.. owh tak lupa jugak aku gatal nak dengar promo learning english with Noddy.. owh man, sangat merepek la promoter dia punya penjelesan.. compare to Grolier, aku rasa Grolier lagi bagus walaupun aku tak beli jugak.. ni sekadar nak tengok cd je yang dual language hahahah mahal je lebih.. semua dok sibuk suruh ajar anak dari kecik, kalau tak asyik tido or main je.. yang ni kata-kata promoter Grolier muahahaha kesian anak dia.

Ni barang-barang goodie bag dia yang worth RM50 tuh.. meh aku listkan. catalog ikea RM20, sample diapers huggies RM5, Avent breastpad RM5, pigeon breatpad and wipes RM15 and last but not least, bag recycle RM5. there you go RM50! again penganjur, kotor tactic kau!! KOTOR tau!

ni free gift lampu tidur.. aku takde la excited sangat.. tapi bila buka wah impress jugak hahaha Mika and Maliki paling excited siap berkubang dalam gelap main lampu ni!


cantik effect dia.. agak berbaloi dapat lampu nih.

kesimpulannya, kalau korang nak pegi untuk borong diaper huggies boleh la.. kalau nak shopping barang-barang baby aku rasa sangatlah tak berbaloi.. expo ni kecik sangat, well known participant tak banyak.. mostly penuh dengan penjual-penjual kecik je yang jual baju baby tapi harga normal or lagi mahal dari yang korang boleh beli dari online shop.. serius tak tipu! so kalau korang nak borong diapers go go go.. kalau tak, tido layan hindustan lagi bagus!

Tuesday, July 2, 2013

Jelajah Eropah : Amsterdam

Hari kedua kami di Amsterdam lebih leisure.. sepanjang hari kami habiskan untuk bershopping dan makan-makan... gambar-gambar yang nak disaji dalam post kali ni semua gambar random yang sempat disnap in between shopping and makan.. sah-sah aku kalau shopping camera simpan dalam bag eheheh lebih focus katanya~!







 Vandalism di mana saja~











p/s: beratus-ratus lemon jugak abis borong baju tuk Mika.. Mika jugak yang untung!

Sunday, May 26, 2013

Ho Chi Minh: Sightseeing and Shopping

Tiga hari dah berlalu, tinggal 2 hari je lagi untuk kami shopping dekat Ho Chi Minh nih.. duit dalam poket pun makin nipis.. Agenda shopping hari ke-4 kami di Ho Chi Minh ni sekadar beli kain cotton dekat Ben Thant market. Macam-macam barang ada kat sini, dari kacang-kacang, baju, lapik meja, bag, kain cotton sampai la ke barang kecantikan macam make-up dior dan Imedeen..


Di sekitar Ben Thant ni korang boleh jumpa kedai buah, baju, kasut dan bag.. korang cakap nak buah apa. manggis? rambutan? semua ada!! bag pun ko petik je brand apa korang nak, semua ada!


rakyat Malaysia memang ramai kat kawasan Ben Thant ni.. kira kanan depan belakang aku nampak orang kita je mostly kat sini.. siap boleh dengar kata-kata macam ni "eh, dorang ni lah yang naik satu flight dengan kita aritu". ok aku pun cakap benda camni dekat Leon jugak hahahah memang tak rasa macam kat negara asing.


 


Untuk yang nak bercuti ke Ho Chi Minh dengan anak kecil, awal-awal aku nak cakap tempat ni tak stroller-friendly. First day kat sini aku sorong stroller sebab nak test kan.. haih, cuak aku tolak stroller atas jalan besar sambil melawan or mengikut arus traffic. sebabnya, orang-orang kat sini park motor kat tempat jalan kaki tepi-tepi bangunan secara sesuka hati. jadi for the next 4 days dengan jayanya kami mengendong mika dengan baby carrier. our first holiday without stroller!! imagine the whole day kendong beras sekampit hahaha tapi boleh tahan selesa Stork from Snugbaby nih.. aku boleh carry Mika straight for 4 hours~


Destinasi seterusnya kami menuju ke Taka Plaza tuk survey bag. Dekat sini pun macam-macam ada. Ada orang kata ni macam outlet for brands like H&M and Zara. Memang banyak baju Zara kat sini, tapi tatau la kesahihannya.


Lepas cuci mata kat Taka Plaza, kami meneruskan perjalanan nak pergi Lucky Plaza pulak. agak jauh dari Ben Thant sampai kami makan langsat nak cari tempat ni.. yang sedihnya, penat berjalan tapi tak jumpa jugak plazanya. last-last kami cancel jek and decide nak sambung ke Hard Rock Cafe.


salah satu kebaikan babywearing ni, senang nak bonding! Daddy and Mika bonding time.

Sepanjang perjalanan, ramai orang jual paper art card nih.. sangat kagum aku tengok.. gigih and tekun sungguh tukang buat card ni.. satu card 1USD jek~

 
kat ceruk-ceruk jalan ni jugak aku jumpa kedai ni!! wahhhhh ada ke kat Malaysia kedai ni?? untuk korang yang bercita-cita nak memiliki kasut nih, dipersilakan.. dekat je Malaysia dengan Ho Chi Minh ni.. ticket pun tak mahal sangat.. ehehehe


On the way ke Hard Rock, kami lalu dekat Ho Chi Minh City Hall. seronok la Mika sebab dapat lepas kat sini.. dekat area taman ni jugak ada monument pak cik Ho.





Tak jauh dari sini pulak, ada Opera House. depan dia pun ada taman kecik jugak. Mika dah throw tantrum dah kat sini.. terduduk-duduk atas lantai..


Rupa-rupanya takut nak lalu dekat bawah ni!! Bertuah sungguh budak ni.



Ho Chi Minh Opera House

 

Tak jauh dari Opera House tadi, korang akan jumpa Saigon Notre-Dame Basilica. cathedral yang ala-ala Notre Dame kat Paris tu~


Seterusnya, kami ke Central Post Office. Attraction-attraction ni semua dekat-dekat.. tak sampai sejam pun kami spent tuk ambik gambar tempat-tempat ni semua. Al-maklumlah, agenda utama kami kat Ho Chi Minh ni nak bershopping!


dalam post office ni pun ada kedai-kedai menjual souvenir.. tali pinggang dengan kepala ular.. ngeri aku! tak leh imagine camne la nak pakai belt ni kan? free postcard pun ada kat sini..








budak kecik ni pun sibuk punggah baju dan segala macam benda yang dia boleh capai.. nasib la staff HR HCM ni baby friendly melayan je kerenah dia.. too bad tak byk HR design for toddler, so Mika tak dapat apa-apa.

plan yang cuma sekadar nak beli baju HR bertukar bila en.suami kata nak belanja makan.. HRC ni pun mesra budak.. sementara nak tunggu makanan sampai, waitress bagi Mika crayon and some paper.. pastu dapat air kosong in a cute water tumbler.. pastu dua tiga kali jugak waitress dia babysit Mika sementara kami makan sebab Mika ni tak boleh duduk diam.. panjat meja la, panjat kerusi la..


City Hall night view

The next day, kami buntu sebab duit dah habis tapi banyak lagi barang nak dibeli.. hahaha so pagi-pagi try la keluar duit kat atm.. en.suami kata atm card dia boleh je keluar duit sebab dia pernah guna kat Dubai.. macam-macam ATM kami guna, satu pun tak lepas. card aku pulak baru je tukar and aku tatau bila tukar atm card, activation tu kene buat semula. alih-alih balik bilik, baca pasal atm card oversea withdrawal activation.. nasib la sekarang dah boleh activate via phone je.. terus call bank. happy bila customer service cakap atm card boleh digunakan dalam masa 10 minit.. hihihihi lepas je solat zohor, terus gerak Mika and gerak ke Ben Thant.


kedai ni lah temmpat tukar duit yang aku mention dalam entry sebelum ni.. currency exchange dekat sini lebih murah compare to Malaysia.

Budak bosan tunggu daddy pilih bag.. tolong nyonya kemas baju.

yang ni pulak upacara menambah kain cotton.. hahaha tatau la bila nak tempah.. kena tunggu lepas raya la aku rasa.. aku borong semua kain cotton kat kedai ni.. banyak selection and murah.. RM25 je untuk 4 meter.. ada satu kedai nama "DAM" boleh dapat RM24 je 4 meter, tapi tak banyak pilihan.. or maybe aku je malas nak menggodek..

ni kedai makan harian kami.. kedai ni sebenarnya kedai baju dan telekung. mungkin permintaan ramai kot dari orang Malaysia, terus dia tukar satu cawangan jadi kedai makan.. dekat sini la aku berkenalan dengan beberapa orang Malaysia.. memang sentiasa penuh kedai ni.. kopi dia pun sedap!!


Last minute shopping. daddy gigih menghabiskan sisa-sisa duit, Mika pulak dah penat and bosan.


tamat la sudah acara shopping secara berjemaah kami di HCM nih..hari nak balik KL, hotel takde electric sebab ada maintenance pencawang electric dekat kawasan tu.. terpaksa la kami turun tangga dari tingkat 6 dalam keadaan yang suram.. diguide oleh cahaya lilin je, romantic sangat ptuii! nasib dorang ada tukang angkat bag..


mengade. acara kuak lentak dekat airport. happy dapat lepas and kawasan lapang. #bukananaksaya




p/s: untuk sesapa yang nak pegi HCM, selamat bershopping.. kalau ada kesempatan, jenguk la White Sand Dune dekat Mui Ne tu.. berbaloi-baloi.. itu memang highlight holiday kami kali ni..