Showing posts with label yangon. Show all posts
Showing posts with label yangon. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

Myanmar - The end!!!

Last day in Myanmar.. YAHOOO!! eh.. bukan aku pegi 4 hari ke? hahahaha anyway we will consider this as the last day as this is the last day we explore the city.. Hari ni kami decide nak pegi tgk Shwedagon pagoda yang terkenal and teramat la besar tu.. and since it's quite far from the hotel, kami hire taxi jek... dalam 2000 kyat jugak nak sampai sini.. nak masuk kene bayar 5 dollar each.. kasut kene tanggal so berkaki ayam la kami..


time kat sini kami jumpa la sorg mamat ni.. tour guide ke apa aku pun tak sure.. somehow dia tau kami ni dari malaysia.. pastu dia sebuk2 nak suruh maliki g sembah2 patung kat bawah tu.. pastu kene mandikan oink-oink kat bawah berhala cam kat bawah ni.. cuma kat bawah ni singa tak silap aku.. according to him, ada 5 different berhala cam kat bawah ni.. represent 5 days in a week (Mon-Fri).. tatau la apa jadi ngn Saturday-Sunday.. tak suci la kot bagi dorg ni.. setiap satu berhala ni ada binatang2 lain kat bawah..
sah-sah la kami tanak kan buat keje sembah menyembah ni.. pastu dia sebuk2 lagi nak baca doa dia cakap.. dia amik la semak samun dalam berhala tu, then suruh aku and maliki pegang.. since aku nak blah cepat, aku ikut jek la.. dia pun baca la mantera dia.. yang aku paham, dia just sebut2 Kuala Lumpur je.. tatau la dia doa apa ahahahahha maliki tengok aku muka bengang jek... bila dah abis mamat tu minta donation plak.. cis, cam harem betul la dorg ni.. maliki kasi la 100 kyatt.. boleh demand mamat tu, cakap tak cukup... hahahahah maliki selamba jawab, "u said u want some donation.. so it doesn't matter how much we give~" dan terus berlalu pegi..





lepas dah puas tengok orang myanmar ni semayang.. kami pun menapak keluar.. konon-konon cam next destination tu dekat jek.. pastu on the way terjumpa la happy world theme park ni.. ada jugak theme park kat myanmar ni eh.. nak la jugak merasa since on the way tadi aku nampak itik kayuh-kayuh dalam tasik tu.. entrance fee pun tak mahal.. 200 kyatt jek per person..
ni la rupanye theme park dia.. more like fun fair ada lah.. ada kete langgar, tempat karaoke.. dan game-game yang seangkatan dengannye..
pastu pegi ke tasik ni.. erm, busuk and terbiar.. but alang-alang dah sampai, layankan aje lah!! mahal giler ko satu itik 1000 kyatt for half an hour.. pe jadah aku dah kayuh itik tu sampai setengah jam kan?? kalau tasik tu cun melecun dan aman damai takpe lah jugak.. and since dia tak kasi aku receipt or ticket tuk naik itik tu.. aku assume dia klentong kitaorg je and amik untung from tourist cam kami.. agaknye, kamilah tourist pertama yang berjaya sampai ke theme park tak siap ni!!

keluar je theme park, tahan teksi pegi another park...Kandawgyi Lake!! tengahari buta, matahari terik pegi park memang tak pernah aku buat~ tempat ni ada jambatan cam kat taman DR tu.. tapi lagi panjang and banyak.. sepanjang-panjang tasik tu ada.. agak impress disitu.. tp panas-panas tu memang takkan aku explore lah! masuk ada entrance fee jugak 300 kyatt kot.. camera pun kene charge!! nasib baik dia tak perasan aku ada video cam and compact camera~ fuh...
makhluk allah ni berdating bawah payung tepi tasik.. oh so romantik.. takde keje betul weh.. panas tu!!
ni salah satu restoran kat dalam ni.. tak amik tau pun apa nama dia~~
jumpa KLCC kat myanmar.. canggih tak canggih??
ni lah penyebab si maliki tu nak drag aku jugak ke sini.. kalau ikutkan hati memang aku nak cabut balik hotel je! restoran atas air.. memang cantik tapi sekadar nak tgk restoran je buang karang bayor entrance fee!
lepas snap gambar sekeping dua, kami tahan teksi and terus turun depan kedai nilar briyani.. hahahah isi perut.. then dah kenyang tahan teksi lagi balik hotel.. sama mcm semalam, by 3pm dah sedap berlanyak atas katil tengok tv~!
satu jek, kalau korang nak mencari ubat kuat.. mai la dtg yangon.. bersepah-sepah orang jual kat tepi jalan.. kah kah kah
abis sudah entry myanmar.. aku sangat happy! boleh cerita pasal baby pulak lepas ni..

p/s: nasib baik ticket free.. next destination?? Germany!! NOT!! i have to forgo this opportunity walaupun orang itu mahu sponsor.. sob sob sob.. TAPI plan after deliver budak kecit ni dah ada.. yahooo!! tak sabar for the next destination.. yang ni confirm best punya!!

Wednesday, April 20, 2011

Yangon, Myanmar Adventure~!

we started the day quite late today.. pegi breakfast near to 9 AM.. pastu blk bilik lepak2 before bersiap-siap nak explore myanmar (kononnya!!)

plan hari ni just nak pegi shopping kat scott's market.. dengar cerita mcm best!! bab2 shopping ni aku kan memang no 1!! dengan matahari yang teriknye, ku gagahkan jugak berjalan kaki nak pegi scott's market.. 2k lebih kurang jugak la distancenya from Panda hotel.. kaki aku first day lagi dah melecet.. 2nd day tak payah cerita la.. JOM BAN CLARKS!! hasilnye, nak dekat 10 helai handsplast jugak aku tampal kat kaki gara-gara semangat nak shopping~~
lori kontot spotted on the way to Scott's Market
all cab in myanmar look like this!!
 
sireh anyone??
pakaian rasmi myanmar!! kain pelikat and shirt.. they wear this to the office~~

sampai2 je scott's market, aku terkebil-kebil.. pandang kiri nampak kedai kain.. pandang kanan, kedai painting.. pandang depan kedai lacquerware... aku pun jenguk2 la kedai kain dia kot2 ada kain menarik nak buat baju raya.. sekali semua longyi jek... haih.. kalau beli nak pakai g mana pn aku tatau.. hampa betul~~

then jalan ke dalam lagi.. byk giler kedai jewelry.. depan lagi kedai jual ruby.. pusing pening jugak la dlm tu.. last2 jumpa kedai magnet.. and kedai baju.. betapa la tak bestnye datang jauh2 semata2 nak shopping magnet and tshirt jek.. hoh abis duit yg berlambak tu tatau la nak buat apa.. nak tukar balik confirm susah giler nak cari money changer.. plus kami tak rela ditipu lagi..
Scott's Market
painting made from rock!! ruby dan segala mcm batu yg aku pun tak kenal!
wedding boutique.. lebih kurang baju kita jek!
 
hand made puppets
lacquerware
lepas borong apa yang boleh, kitaorg gerak g sule pagoda temple pulak.. aku cam reluctant nk pegi sbb mlm smlm dah sampai.. lgpun dia tgh under construction.. tp sbb dah sampai, ikutkan je la.. sekali lagi kami menapak dalam panas..snap gambar sekeping dua.. orang-orang yg dlm temple tu ada jugak ajak masuk.. tp aku ngn cik abg cam tak minat nak masuk temple2 ni.. kat depan temple ni ramai la org menjual barang.. apa korang nak? anak ayam?? jagung?? semua ada~~
Burmese style.. bedak sejuk ke tepung gomak aku pun tak sure.. tp almost all ladies and girls pakai benda ni.. setompok kat pipi camtu~
macam kat london tak??

then maliki ternampak pulak one park across the temple.. tergedik2 la nak pegi.. teringat cemana aku berhempas pulak berjalan kaki keliling London semata-mata nak g kat hyde park last year.. sampai2 kene bayar fee.. 500 kyat sorang!! hahaha nak masuk park pun kene bayo.. masuk2 takde apa2 pun park dia.. cuma ada satu independence monument jek.. pastu rumput panjang.. nyamuk kemain banyak.. snap gambar sekeping dua dalam matahari terik tu..
guna barb wire jek for security~
penat posing, kitaorang sambung jalan cari pharmacy sbb nak stock up handsplast tuk kaki tercinta.. them kitaorg teruskan misi yang paling penting!! tuk mengisi perut yang lapar.. hari ni nak makan kat nilar briyani pulak.. selesai lunch, selesai la rancangan kami hari ni.. kitaorg pun terus balik bilik walaupun jam baru pukul 3.. kah kah kah~~ layanzz!!

p/s: cemana?? ada hati nak pegi yangon??

Monday, March 21, 2011

Yangon, Myanmar!

Yangon Yangon!! dah nak sebulan berlalu, baru arini aku ada feel nak mengupdate blog ni pasal yangon trip kami.. jom tengok apa kami buat on the day we arrive in Yangon~!
 
Arrival Card dia bukan card pun..nipis gila arrival card dia.. boleh jadi tracing paper~
 
Welcome to Yangon.. kami sedang berada di dalam teksi cabuk.. layan jek!! tulisan dorang cam tulisan thai plus geometri sebab ada bulat-bulat and petak-petak~
 
Bilik dia not bad, besar and selesa~ 
we stayed at Panda hotel since all the hotel there are fully booked~~ breakfast dia tak banyak choice.. and taste pun biasa jek~ paling tak tahan, sepanjang kitaorang duduk kat sini.. 2-3 times jugak la power trip.. bila power trip, chanel tv pun hilang.. bila chanel hilang kene la pandang sesama sendiri while waiting for them to reboot the decoder~~ nasib service dia agak pantas!! hotel ni a bit old fashion sikit.. dia takde kettle sendiri.. kalau korang nak air panas(masak meggi), kene la request.. within 2 minutes, nanti ada orang ketuk pintu minta flask yang ada kat bilik korang.. then another 10 minutes dia datang balik dengan air panas.. efficient you~~hotel ni quite far from town compare to other hotel yang dah fully booked tu.. so to those yang nak pegi yangon, jangan book hotel last minute if you want to stay near the town! other than that, hotel ni ok jek~ ok la based on the price per night dia~
 
Ni lah kyatt~ korang takkan jumpa kat malaysia ni.. kat yangon pun susah nak cari!! money changer dia semua black market punya.. so pandai2 la korang nak mencari supaya tak kena tipu.. kami first day dah terkene sbb minta tlg taxi driver tukarkan kat org dia.. ingatkat betul la dia nak tlg, rupanya dia songlap nak dekat 6000 kyatt!! cis!! owh, make sure korang bawak USD ke sini.. kalau tak, takde sapa nak layan request korang nak tukar duit~!  Rate dia time ni is around 1USD = 8900 kyatt... rate ni kitaorg tau on the last day!! kitaorg tukar 1USD = 8300... pffttt! duit dia buruk giler, siap ada orang buat kira2 bagai! and sangat busuk!!
sampai2 jek kitaorang lepak kat hotel... kumpul tenaga nak berjalan kaki ke chinatown.. dlm 2km dr hotel.. excited la nak g night market... cam night market kat HK tu.. tak ke gila tengok barang2 kat sana...punya la jauh jalan, tapi tak jumpa2 jugak.. signboard semua takde.. gamble jek la since nampak orang ramai kiri kanan jalan.. jalan punya jalan punya jalan.. tak nampak pun chinatown nye.. tp kat kiri kanan jalan ada la orang2 jual sayur la, ayam la, daging la.. aku terkedu!!! ni ke chinatown dorang???
 
aku still tak dapat terima hakikat, jalan terus ke depan dengan harapan jumpa la chinatown sebenar.. lepas tu nampak signboard kat bawah ni.. sob sob sob.. mmg kitaorg dah sampai chinatown!!
then kitaorg sambung lagi, jumpa pulak segala macam buah.. dari buah pisang, strawberry, tembikai... durian pun ada!!
 
hancur harapan.. ada ke orang pergi bercuti beli souvenir buah-buahan?? or ayam or itik or sayur?? hahahaha by the time aku pass benda-benda ni kat korang confirm dah terkulai layu semua~!
 
kat malaysia kita boleh tengok orang melepak kat mamak2, kat myanmar orang melepak tepi kaki lima jek.. meja and kerusi budak2 jadi meja makan dorang.. atas meja selalunye ada tempat basuh tangan, teko air kosong and flask air panas.. korang nak air teh, kopi.. sila buat sendiri.. kikiki~ sepanjang-panjang jalan ada gerai-gerai macam ni!!
disebabkan hampa takde aktiviti nak buat malam-malam, kami teruskan berjalan nak mencari kedai makan halal.. apa lagi boleh buat kan?? stress stress ni makan lagi bagus!! so jumpa la kedai briyani ni (kat myanmar, semua kedai halal jual briyani!! takde variation.. takde kebab.. takde sandwich..) so tiap hari choice yang ada chicken, mutton, lamb or fish briyani jek! harga sangat murah dalam 1500kyatt je.. around USD2~~ tapi kedai ni takde jual juice.. yang ada air mineral jek..
before sampai kami dah bercita-cita nak hang out kat chinatown ni every night since kat sini takde benda pun boleh buat malam-malam.. kononnya!! sekali chinatown jual lauk-pauk and sayur, apa kes nak hang out malam-malam tengok sayur-sayur ni kan..??
lepas makan, dengan hati yang hancur... kaki yang sakit, kami gagahkan diri menapak balik ke hotel.. jalan gelap gulita ok!! pastu singgah la ke 7eleven dia (ooo sini pun ada 7eleven!!! tapi diaorang panggil 7Mart~)
 
tujuan nak masuk dalam 7Mart ni saja nak buang masa since takde apa pun nak buat dah!! tengok barang-barang apa dorang ada.. last-last end up beli 3 kotak milo.. harga lebih kurang malaysia tapi kotak dia kecik lagi! pastu masa nak membayar tu, boleh cashier tu selamba meludah kat dalam kedai tu.. just toleh belakang then "hakk tooiii"!! wooohhh aku sangat geli!! damn lah dorg ni tak bersopan~!
orang myanmar ni suka sangat makan sireh.. so dorang ni macam ada bauuu sikit.. tak tahan aku.. dalam flight lagi aku dah leh cium bau dorg ni sbb ada org dia duduk belakang seat aku.. *now i know kenapa hidung ku sangat sensitive time tu* aku saje nak cerita pasal sireh ni sbb air ludahan mamat tu tadi kaler merah sirih.. heee kotor weh kotor!!
satu lagi peel dorang ni, kalau tak cukup duit kecik nak kasi balance.. main suka-suki jek amik barang dalam kedai dia yang harga sama macam balance kau patut dapat.. without asking whether you are ok with it.. boleh gitu?? end up aku dapat mentos kecik kemetot tu satu plus satu lolipop yang tak tentu status halalnye..

p/s: teringin nak pergi yangon?? wait for our next update ya~~