Tuesday, December 27, 2011

Sakitnya bersunat!!

Mika telah berjaya disunatkan pada usia 66 hari.. Sedikit terlambat disitu tapi still aku nak cakap "weeeeee, anak teruna mummy dh besar!" huhuhu
Aku tak pernah berhajat pun nak sunatkan cik adik sayang ni awal2, mainly because aku mummy yang over!! Dah terbayang nak buat majlis yang ada berarak2 tu la kononnye (poket nipis lagi ada hati nak buat majlis besar-besaran!). Bila en suami kata nak sunat awal, of course i said "NO!"
Tapi bila pikirkan en suami saya seorang penakut lemah semangat dalam bab2 sunat ni, risau pulak kalau trait tu jatuh kat Mika.. Mana tumpah kuah kalau bukan ke nasi kan? Terbayang plak aksi pujuk memujuk or worst acara aci kejar nanti lagi haru jadinye :p pastu pulak si #tet# cakap xpayah la kesian baby kecik lagi, terus aku tukar fikiran! Dan2 tu aku setuju nak sunatkan~
Mula nak buat kan Umra tp Dr Rafi cam reluctant nak buat, katanya nanti xde memory si Mika ni.. Then bila kami insist nak jugak, dia suruh tunggu sebulan.. Hence the delay!! Pastu bila tanya je xde sapa nak entertain kami, terus google cari tempat lain. 1st choice pusrawi tp bila call xde orang nak entertain jugak weekend..
Hasil bacaan web susuibu.com, dapat tau Pusat perubatan Naluri ada jugak khidmat khatan, doc diimport from Pusrawi.. So call terus buat appointment tuk last Thursday~



Mika busan tunggu doc sbb xsabar nak sunat!
Aku telah dipaksa masuk oleh en suami (takut la tu nak hadap sorang2).. Doc tu suruh aku duk tepi sebab takut aku nangis muahaha pesan 20x kot jangan nangis~
Mika pulak mula2 sengih2 je kene agah ngan daddy, tp lepas kene bedung dah berbunyi~ bila doc cucuk bius kat bird dia, terus pegi high volume sambil geleng-geleng pala xnak sunat! Sepanjang nak tunggu kesan bius, melalak la si kecik tu!! Bila doc dok snip2 kat bawah tu pun dia melalak, geleng2 macam sakit sangat!! Padahal marah orang bedung and tak dukung and pujuk dia~ sebak jugak aku tgk dia melalak2 camtu tapi aku diam je kot2 termenangis kang xmacho pulak! Nak dekat 20 minit jugak dia melalak camtu sampai tersedak2.. Keluar je bilik doc, semua patient lain pandang2 hihi Mika pulak teresak2 menangis~ sedih la kot.. Sumbat botol pun merepek2 lagi marah benor dia!! Malam tu Mika sedikit moody and mengada2, minta gayut lebih lama (balas dendam la nih!)~
Esoknye Mika dah back to normal, ceria macam selalu dah telah bertukar menjadi superhero malaya.. Mikaman!!!



p/s: Mikaman tengah sibuk berperang dengan mata dikala blog ni ditulis!
p/ss: Mikaman dah nak masuk sekolah Khamis ni.. Mummy happy tapi sedih haihhh~

- Post using BlogPress from my iPhone

2 comments:

ajan said...

Yeay baby Mika now is a man!
Congratulations Mika. Boleh geng dengan Kimi dah. Boleh gelakkan sape yang tak sunat.

p/s: Cerita betul: Kimi gelakkan anak abang aku yang tak sunat lagi. Dia tanya "Mommy apesal tote dia tak macam tote kimi pun?"

Gelak besar wey!

Harlaney said...

Huhu aku pun ckp kat maliki benda yg sama.. Mesti dia pelik tgk tote bdk xsunat nanti