Friday, May 31, 2013

Legoland : Mika against the Theme Park!



Ini entry tahun lepas sebenarnya, Oct 2012 to be exact. Tiba-tiba nak update sebab aku kemaruk nak pegi cuti-cuti Malaysia pulak dah!


Kami pergi Legoland ni sempena 1st birthday Mika. Alasan sangat gunakan nama Mika, padahal aku yang sibuk nak bercuti! Sebab gunakan nama Mika, tempatnya pun kene la bersesuaian dengan budak tu kan. Ticket Legoland ni aku beli online je kat sini. Beli online ni untung sebab ada discount, lagi-kali kalau beli awal (at least 7 days before).

 
Posing Mat Romeo. Walaupun kami datang awal pagi, tempat ni macam padang jarak padang terkukur. Panas terik! tapi itu tak berjaya menghalang Mika dari memberikan pose terbaik untuk mummy.


 
Queue takde la panjang sangat dekat kaunter ticket dia sebab kami pegi weekday.


Tersengih anak bujang aku dok meraba skirt minah tuh.. banyak giler patung-patung macam ni di sekeliling Legoland ni. yang paling best, patung-patung tu ada yang berbunyi just like the real thing. 

pak cik ni tengah tido tengah-tengah panas terik nih.. siap berdengkur lagi.. sebab tu Mika tengok dia pelik

sampai-sampai je terus orang request jadi model kan.. retis ok my boys nih huhuhuhu

one of the ride yang nampak sangat menarik.. unfortunately, tempat ni tak sesuai untuk babies.. tu memang aku dah expect.. tapi bila stupid train ride yang parent boleh naik sekali tuk jalan keliling Legoland pun ada height limit, itu sudah melampau!! tak paham aku..


The red giant Kurita.
 

 
Mika ni memang pencinta air.. asal jumpa fountain camni, tak lepas dia tenung.. kat Paris aritu pun sama jugak. aku tunjuk dia patung-patung lego, buat muka bosan jek. tengok air ni, macam nak terjun dari stroller dia! lain kali mummy bawak awak bercuti dalam bilik air je la cukup.

Einstein. Kesian pak cik ni. Semua orang yang amik gambar dengan dia sebuk dok korek-korek hidung dia..Cobaan~

 
Daddy nak tunjuk skill main Hook-a-Dragon.
Sessi perbincangan Mika and daddy. "Daddy dapatkan Mika dragon yang palinnngg besar sekali, ok?" kata daddy.

"boleh ke daddy aku nih?" Mika sedikit skeptikal dengan kehandalan daddy. Nervouse, hisap jari to calm himself.

 
Aktiviti memancing dimulakan!

 
"Mika tak nak tengok!"

Tengok muka Mika pun dah tau, his daddy failed to win him the biggest Dragon. 4x baling, daddy berjaya kumpul 7 points je.. satu je lagi nak dapat the large one. Total damage kat sini RM30.

Ni pulak, Solero shot Legoland style. Powered by human! *gasp*

 
Powered by human as in by whoever yang naiklah! once they start, you have to pull yourself up. dia ada time limit. bila time's up, automatically the chair akan turun bawah balik. nampak macam best jek! next time, you just wait!!

Big Red Apatosaurus. Air liur meleleh-leleh dia nih.


 
The playground. Kat sini baby friendly and shaded. So takde lah berpanas terik. Seronok la si Mika nih. 




Dalam banyak-banyak mainan kat sini, Mika paling suka dekat lantai! Dok la sibuk mengorek lantai masuk mulut.


 
Trying to make new friend. cute. kat playground ni jugak ada satu area untuk main lego. bersepah-sepah lego budak-budak duk baling-baling.



 
Pon pon.. tepi tepi Mika nak lalu ni.. kereta-kereta, lori etc, semua ada bunyi.. but you have to keep pressing the button sebab bunyi dia kejap-kejap jek.



 Mummy's personal ambulance driver.

"Hang on mummy, we're almost there," jerit Mika tersengih-sengih sambil memecut laju.. kecut perut wa cakap sama lu!!!


see, seronok tak seronok Mika main kat playground ni. hihihi kids, senang je nak happy. tak dapat naik ride, dapat main kat playground pun dah puas hati. habis je main dekat sini, kami masuk baby room dia, yes they do provide baby room kat sini. sangat luas. daddy is not allowed! then dia ada one area tuk kids main lego dalam tu, which is useful kalau ada ramai anak. nursing area pulak sangat selesa. kerusi paling cikai kerusi poang rocking chair tuh. then dia ada a few baby cot and bouncer. wah, the first ever ni aku jumpa baby room yang sediakan baby cot! two thumbs up Legoland!
Dah minum susu, haruslah Mika terkulai layu. so kami pun singgah makan pizza yang amatlah mahalnya! kalau kat oversea ko tak komplen pun mahal #kedekut

p/s: eh panjang pulak cerita Legoland ni.. nanti kita sambung lagi..

No comments: