baru je recover, kene pulak HFMD!! total budak yang disahkan dapat HFMD ni 6 orang termasuk mika.. so, nursery decide nak tutup untuk aktiviti pembersihan~! selama SEMINGGU!! nasib la en suami ada, boleh la bergilir-gilir take turn cuti jaga anak.. timing pulak off sebab aku tengah bz giler kat office..
kesian anak teruna saya.. tergaru sana sini, tido pun tak selesa sebab gatal-gatal.. blister mika penuh kat tangan, ketiak, leher.. kaki sikit jek.. muka ada sikit dekat area mulut dia.. ulcer setakat hari ni belum ada lagi dalam mulut, tapi dah boleh nampak dinding pipi dia dah merah-merah and air liur asyik meleleh..
sedih.. haraplah tak melarat sangat.. karang susah dia nak makan minum kang takut dehydrate pulak..
HFMD ni takde ubat.. doktor cuma prescribe calamine lotion nak kurangkan gatal.. owh, dia kasi jugak antibiotik tapi aku campak dalam tong sampah.. sebabnye, HFMD ni sebab virus bukan bakteria.. so antibiotik pun takde effect..
pesanan khidmat masyarakat: kepada mommies-mommies semua, kalau anak korang tak sihat, (other than normal fever, flu or cough) TOLONGLAH TOLONG jangan hantar anak korang ke nursery!! mika allergy pun aku cuti walaupun confirm tak berjangkit.. aku tak kisah kalau korang tak kesian kat anak korang, tapi PLEASE LA JANGAN MENYUSAHKAN mak bapak lain.. sekian terima kasih!!
No comments:
Post a Comment