Showing posts with label HFMD. Show all posts
Showing posts with label HFMD. Show all posts

Monday, January 20, 2014

HFMD

belum cukup setahun since last HFMD outbreak kat Taska Mika, last week jadi balik!! Masa kat Melaka Isnin lepas Taska hantar message nak inform ada budak kene HFMD, suruh parents check for symptoms before sending off their kids.tapi ada jugak yang terlepas.. tak tau la memang parents dorang ignorant sangat or dorang memang tak nampak tanda-tanda lagi..

lepas habis cuti aku anta la Mika macam biasa since sekolah takde pulak update kata sekolah tutup ke apa,, xelang dua hari pastu aku tengok ada pulak bintat seketul kat tangan dia.. kat tapak kaki pulak ada merah-merah cam gatal kene gigit semut.. haih geram geram!!

friday doc confirm memang HFMD and suruh quarantin.. bila inform sekolah, rupanya hari selasa tu ada jugak budak kene lagi. so Mika ni mangsa ketiga.. tapiiiii still takde pulak notis tutup sekolah.. harap-harapnya tak tutup sebab dorang buat operasi clean up due to the long weekend lah.. kalau tak memang nak cari nahas!!

so Mika sekarang tengah dalam process recovery.. nasib baik la tak teruk jugak kene kali ni.. seketul kat tangan and a few kat tapak kaki.. and seketul ulcer kat lidah.. sebab ulcer tu, air liur dia duk meleleh-leleh mengalahkan air terjun! serius! sampai aku pun naik rimas abis baju basah!! yang lain nampaknya cam dah kering, tinggal ulcer tu je lah.. ulcer selalu lambat nak baik.. 

so harini aku EL la duk melayan Mika kat rumah.. harap-harap esok elok la ulcer dia tu.. amin~

p/s: entry untuk rujukan di masa hadapan.. harapnya lepas ni takde la lagi kisah HFMD nih!


Friday, March 22, 2013

Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)

Since Mika terkena HFMD last week, rajin lah aku membaca pasal HFMD ni sebab nak tau lebih banyak pasal penyakit ni.. dan seperti biasa, dalam panik-panik aku bila tau Mika sakit, first thing first haruslah aku tanya en google before jumpa doktor.. bukan apa, kalau dah tau sikit-sikit pasal ni, boleh la bersoal jawab dengan doktor dengan lebih lanjut.. and based on my experience selama ada Mika nih, doktor-doktor kat Malaysia ni senang sangat nak prescribe ubat-ubat yang tak perlu pun sebenarnya..

jom aku share apa yang aku tau~

- sejenis penyakit berjangkit sederhana yang disebabkan oleh virus coxsakie.
- paling senang berjangkit ke atas kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah
- sangat mudah berjangkit
- jangkitan melalui direct contact dengan air liur, mucus or poo poo
- takde ubat untuk disease nih.. doctor might prescribe paracetamol untuk kurangkan sakit
- tak perlu antibiotik sebab penyakit ni disebabkan virus bukan bakteria..! aku sapu calamine lotion je nak kurangkan gatal..
- once dah terkena, tak semestinya tak kene lagi.. just like flu, kanak-kanak boleh terkena jangkitan hfmd ni berkali-kali sebab virus nya ada banyak jenis

telltale sign
- sakit tekak
- fever
- develop rashes with blister in their hands, foot and mouth

kalau anak korang terkene HFMD, kene quarantine sampai betul-betul sihat.. boleh kasi pcm to reduce the pain or teething gel.. make sure they get enough fluid to avoid dehydration.. 


smlm aku siap dapat call from org dari klinik kesihatan asking me about mika's condition.. org tu tengah visit nursery mika pasal HFMD breakout aritu.. dia nak ensure nursery to free from virus ke apa aku lupa nak tanya pulak. lepas tu siap bagitau yang virus ni normally still exist dlm usus diaorang for 29 days.. so for these 29 days dia still boleh spread the virus to others through his poopoo.. so sesiapa yang bersihkan berak dia kene basuh tangan with antiseptic wash.. 

p/s: as expected, doktor alam medic tu prescribe antibiotik.. yang telah ku campak dalam tong sampah.. alhamdulillah Mika dah semakin pulih.. most of the blister pun dah mula hilang~

Sunday, March 17, 2013

HFMD

Last week Mika kene his first allergy attack.. he's allergy to the pcm prescribed by alam medic brand hoemal.. habis bengkak muka.. selama ni dia kasi axcel jek..



baru je recover, kene pulak HFMD!! total budak yang disahkan dapat HFMD ni 6 orang termasuk mika.. so, nursery decide nak tutup untuk aktiviti pembersihan~! selama SEMINGGU!! nasib la en suami ada, boleh la bergilir-gilir take turn cuti jaga anak.. timing pulak off sebab aku tengah bz giler kat office.. 



kesian anak teruna saya.. tergaru sana sini, tido pun tak selesa sebab gatal-gatal.. blister mika penuh kat tangan, ketiak, leher.. kaki sikit jek.. muka ada sikit dekat area mulut dia.. ulcer setakat hari ni belum ada lagi dalam mulut, tapi dah boleh nampak dinding pipi dia dah merah-merah and air liur asyik meleleh.. 
sedih.. haraplah tak melarat sangat.. karang susah dia nak makan minum kang takut dehydrate pulak..

HFMD ni takde ubat.. doktor cuma prescribe calamine lotion nak kurangkan gatal.. owh, dia kasi jugak antibiotik tapi aku campak dalam tong sampah.. sebabnye, HFMD ni sebab virus bukan bakteria.. so antibiotik pun takde effect..

pesanan khidmat masyarakat: kepada mommies-mommies semua, kalau anak korang tak sihat, (other than normal fever, flu or cough) TOLONGLAH TOLONG jangan hantar anak korang ke nursery!! mika allergy pun aku cuti walaupun confirm tak berjangkit.. aku tak kisah kalau korang tak kesian kat anak korang, tapi PLEASE LA JANGAN MENYUSAHKAN mak bapak lain.. sekian terima kasih!!