Last week Mika kene gingivostomatitis. Seminggu la melepak kat rumah dengan mummy sebab being a responsible mom, aku tanak le bdk lain kat school dia berjangkit pulak kan. First time aku tau pasal virus nih..
al-kisahnya, last Sunday daddy tolong berus gigi Mika tapi tetiba ada darah. Bila check, nampak la seketul ulcer kat tepi lidah dia. So kami assume berdarah sebab ulcer tu lah.. Then malam isnin tu, aku beruskan gigi dia macam biasa. Kali ni berdarah lagi banyak on the other side pulak. Pastu bukan kat satu tempat je pulak tu.. sepanjang-panjang 3-4 gigi tu berdarah-darah gusi. Terus aku cuak. Mika pulak dok cakap sakit-sakit.
Lepas tu terus la aku dok google pasal bleeding gums during brushing. Baca punya baca, banyak yg cakap serious medical condition macam Leukemia. Tak ke tersentap kat situ. Aku pun belek-belek mulut hero tu, tengok ada ulcer seketul lagi kat belah pipi, then kat gusi dia pun macam ada ulcer dengan benda-benda putih. So aku google lagi pasal bleeding gums in toddler. Jumpalah discussion pasal gingivitis nih. Baca discussion ni baru la hati ni lega sikit.
Tapi hati still resah, tatau nak bawak jumpa paed or dentist sebab gingivitis ni sejenis gum disease kan. Aku memang dah berkira-kira nak bawak Mika jumpa dentist dr bulan lepas tapinya asyik bertangguh. Menyesal pulak rasanya. So aku terus le membaca, pastu baru confident sikit. Last-last decide pegi jumpa paed dulu.
The next day, doctor sahkan symptom Mika. Dia kasi antibiotik and ulcer spray. Rata-rata yang aku baca cakap sepatutnya doc prescribe anti-viral med instead of antibiotik. Tapi knowing doc-doc kat mesia ni.. haih aku redho je lah sumbat antibiotik kat Mika. Nak cari paed lain macam aih seksanya. Doc ni nampak ok, dia check bebetul and pandai melayan budak and bagi penerangan clearly. Cukup la tu.
Dari yang aku baca, gingivostomatitis ni boleh disebabkan oleh coxsackie, culprit tuk HFMD. Time kene HFMD aritu, Mika takde pun ulcer bagai cuma merah-merah kat tangan and kaki sikit. Tapi kali ni doc detect banyak ulcer dalam mulut dia, kat anak tekak segala. Atas bibir pun ada ulcer. No wonder la susu pun tak abis.. kesian Mika, dah la kurus. Makin kurus la lepas nih.
Last Friday, aku start balik berus gigi dia. Still berdarah sikit although makan semua dah ok. Now dah ok, aku pun dah anto dia pergi sekolah. hahah tapi drama la sikit budak tu sebab seronok 4 hari ponteng sekolah. marah teacher datang ambik dia kat kereta, nak suruh aku dukung sampai depan pintu jugak! nasib takde drama air mata macam 2 weeks ago.
kalau anak korang terkene juga camni, jangan la panik. High chances it's gingivostomatitis. tapi do go and consult your doctor~
For more info:
Gingivostomatitis on babycenter
Gingivostomatitis on MedlinePlus
p/s: kalau nak tengok cemana, g le google.. tak rela aku nak tempek kat sini sebab banyak gambar yg teruk-teruk je kat google tu. alhamdulillah Mika punya takde lah seteruk tu.
Tuesday, November 18, 2014
Monday, November 17, 2014
Persiapan tuk Baby L!
jom update pasal persediaan nak menyambut ahli baru keluarga kami nih.. kesian anak no.2, sebab boleh recycle barang-barang abang or kakak..
so checklist baby L takde la panjang berjela macam time Mika aritu.. checklist ni pun semua adalah keperluan.. takde dah barang-barang merepek yang mengikut nafsu macam dulu, eh kecuali baby carrier hahahah walaupun niat nak pinjam je dulu kasi test drive tapi hati ni meluap-luap jugak nak beli!! tiap hari stalk seller and fsot kat MBW group tapi takde rezeki.. so rembat baru je le..


sebakul je baju baby L!! tu pun tak penuh bakul!! ni pun sebab campur dengan kain bedung, towel, kain lap etc!! ini tidak adil kan adik kan?? baju-baju Mika yang aku simpan pun aku bawak keluar jugak.. tak kisah la warna biru ke apa, anak-anak aku is universal. biru ke pink ke semua boleh pakai!

haa yang ni saya puas hati.. baby L's first project.. 1st dress yang mummy jahitkan dari kain baju kurung lebih-lebih tahun lepas.. satu jek pun yang mampu nak buatnya sebab ada la makhlus halus yg pantang tengok mummy duk sorang-sorang menjahit! ni pun 2nd attempt sebab 1st attempt guna knit cotton adalah disaster! satu pun cukup kan dik, boleh la kita sambung online shopping bila adik dah keluar nanti.. pilih sendiri ok?
so checklist baby L takde la panjang berjela macam time Mika aritu.. checklist ni pun semua adalah keperluan.. takde dah barang-barang merepek yang mengikut nafsu macam dulu, eh kecuali baby carrier hahahah walaupun niat nak pinjam je dulu kasi test drive tapi hati ni meluap-luap jugak nak beli!! tiap hari stalk seller and fsot kat MBW group tapi takde rezeki.. so rembat baru je le..

Baby L's one page checklist. Breastpump tetap ada dalam checklist baby L. Niat nak menyusu lama macam Mika jugak, so kene la beli baru nak amik semangat baru. lagipun takde dah barang-barang mahal untuk baby L. car seat and breastpump je yg mampu menjulingkan mata daddy nak membayarnya.


Subscribe to:
Posts (Atom)