Thursday, July 20, 2017

Cerita Aidilfitri 2017

Cerita raya kami. Biar gambar je la berbicara~
 
Aktiviti normal bila balik kampong, cuma kali ni jumpa props baru nak main air kat luar.
 
Layan main crocodile. Laiqa mampu jadi tukang kacau je sebab dah kene gigit sekali.. sampai harini duk cakap takutt.. takutt kalau ajak main..
 
 
OOTD first day.. kami #gengemeraldgreen
 





 suka benor buat funny faces. Baju by mami.
 

 jumpa kitten.. terus tanak lepas.. siap nak angkut balik budak belacan ni.
 
 Genting premium outlet. tak best for me, semua outlet kat Malaysia ni tak best bagi aku. aku masuk VS, harga underware dia sama macam harga boutique masa aku beli time sale aritu. baik aku tunggu sale je.. cuma kasut pure boost aku tu murah kat sini..
 



 hasil tangan Mika. aku pesan tak nak nampak kaki..
 
 ni time beraya kat Perak. beraya kat charcoal factory lepas pekene mee udang mak jah. hipster sangat. mee udang mak jah tak sedap. mee keras tak celur, kuah cair, udang tak fresh and kecik. pastu takde mee udang biasa, dia jual special nya jek..
 











kami.. dulu kini dah selamanya.. saya nak bagitau, ni baju raya tahun-tahun before masa Mika umur setahun lebih.. I boleh pakai lagi you, jangan jeles~~
 



 BTS
 

 #teamrayakajang rumah wajib tiap tahun sebab boleh layan tempoyak

itu je lah kot cerita raya kami.. lepas habis beraya ke rumah sanak saudara, kami bertandang rumah kawan-kawan macam biasa dan macam selalu, we are too busy eating and catching up tak sempat la nak bergambar-gambar..

Friday, July 14, 2017

Laiqa oh Laiqa

Kisah ni dah jadi lama dulu dah, tapi aku peram sebab aku tanak menulis time tengah panas hati.. nanti tak cantik Bahasa yang aku pakai.

Nak dijadikan cerita, di suatu malam yang damai, Laiqa datang kat aku inform dia yak yak. So aku dengan hati yang malas, pegi la cuci. Tetiba masa aku selak baju dia, nampak kesan merah besar kat badan dia. Kesan tu macam bengkak sikit. Terus berdesup jantung aku. Aku pun angkat baju dia, tengok-tengok kesan tu ada kat on both side badan dia.. betul-betul kat bahagian ribs yang last tu. Bila aku tanya, dia cakap "sakit perut sakit perut" sambal tak kasi aku pegang.

Then aku teringat masa aku nak buckle kan car seat pun dia cakap sakit perut. Aku ingat auta sebab dia tanak buckle sebab kekadang dia buat jugak angin tanak duduk kat car seat dia.



Aku pun message la teacher dia tanya kot-kot dia ada jatuh ke apa.. Teacher dia cakap takde. Then bila aku tunjuk gambar, dia cakap mungkin kene gigit semut sbb sekarang semut menjadi-jadi kat sekolah. Dia kata dah larang Laiqa main kat situ, tapi Laiqa main jugak.
Ko agak-agak apa aku rasa masa ni? Tak agak-agak la kene gigit semut. Aku cakap tak mungkin semut gigit macam tu sekali rupanya, bukan dia tak pernah kene gigit semut selama ni. Then dia boleh reply, dia garu la tu kot lepas ken gigit. Sekali lagi darah aku naik. Tak agak-agak. Yes memang kesan tu macam ada melecet, tapi more to sebab kulit tergeser dengan benda keras/kasar. Macam jatuh kat jalan tar tu. Anak aku berpuluh kali jatuh. Lutut luka la, tangan tergeser la. And anak-anak aku jugak kaki garu, sampai berdarah-darah dorang garu. Selalunya kalau gatal, dorang garu takde la kesar besar macam ni. Kalau korang perasan, at one side kesan tu bentuk rectangular.

Then aku msg supervisor, pun kasi alasan sama. gigit semut. aku message owner, owner senyap.

Sebab tak puas hati aku pegi clinic. Doc confirm ni abrasion trauma sebab jatuh bergeser ni. Macam mana dia jatuh aku pun tatau. Dia suruh aku be alert and monitor betul-betul si Laiqa tu.

Bila aku inform dorang balik apa doc cakap, supervisor dia minta maaf. Dia pun tak sure apa jadi, tak perasan jatuh. Then dia pun cakap bukan macam kesan kene gigit semut.

Disclaimer: Aku tau Laiqa bukan kene dera sebab dia tiap hari memang seronok nak pegi skul. Balik tersengih-sengih melompat-lompat. Sayang teacher dia and teacher dia pun sayang dia. Aku tau anak-anak aku memang lasak sesungguhnya. Size je kecik.

Kesimpulannya, aku marah bukan sebab anak aku jatuh. Aku bukan mak-mak yang over, darah sikit nak naik court bagai. Aku marah sebab dorang tak inform aku yang anak aku jatuh. Aku tak suka perasaan terkejut tengok benda asing (read: darah, Lebam, etc..) kat badan anak-anak aku. Aku tak suka bila teacher kasi jawapan yang vague and meneka-neka. Bila ko jawab tak tau, aku lagi was-was. Takde orang ke monitor bebudak ni main. Benda-benda ni boleh buat aku hilang kepercayaan kat korang. paham tak??

The next day baru owner reply.

So aku cakap elok-elok kat supervisor and owner, please please make sure ada orang supervise budak-budak ni. Jatuh ke tertonggeng ke, at least boleh inform parent. Takde la dapat surprise kasi terduduk kat rumah.

The next day, Laiqa balik darah dengan toes berdarah. Pun takde sapa inform. Aku perasan masa buckle dia dalam car seat. So tatau la dorang amik serious ke tak feedback aku the day before.

p/s: Laiqa ni macam lagi lasak compare to Mika. So far macam-macam report aku dapat dari teacher dia. Dulu kat astana gigit kawan, tolak kawan, gaduh, jatuh tersembam kat almari sampai berdarah kat atas mata. Berkejar aku balik sebab teacher dia panic darah banyak huhuhu. Kat skul baru pulak bape kali dah balik toes berdarah.

- Posted using BlogPress from my iPhone