Saturday, April 26, 2014

BF Diary: Weaning off, gagal lagi!

Since bekalan dah almost nak abis, aku pun decide why not wean of jugak untuk night feeding.. So two weeks back aku pun gigih masuk tido dengan asam jawa.. Aku sogok dia cakap susu dah basi, that's why masam kekekeke.

for a week plus memang berjaya tido without nursing. Lambat la dia tido, memang tiap hari aku dozed off dulu. Budak tu? Tatau la adventure apa dia masuk, tapi tiap malam mesti end up tengah2, menyelit antara aku and maliki.. Pastu ada la suprise bila bangun pagi, like langsir terbuka luas, kain busuk bergelimpang atas lantai..etc etc

Tapi malam-malam still dia bangun nak susu and tak kisah masam ke apa. since aku ada niat nak stop ni, makin kerap pulak dia bangun malam-malam. Dulu dah subuh baru cari, kadang-kadang tak bangun langsung.

2 days back, strategy asam jawa aku fail terus. Before tido still request nak susu, paling best masam pun tak pe. Dah imune gamaknya budak nih dengan masam asam jawa tuh. Bukan sikit aku letak tau!!

So semalam aku tekat xnak kasi jugak. This really has to stop! Mengamuk la dia menjerit-jerit. Merayu-rayu dia, aku pun nego cakap dia dah besar and aku sakit. Lepas tu aku offer susu coklat, dia accept dalam tersedu-sedu. Habislah 4oz susu tu then start tepuk-tepuk tapi tak tido jugak. Aku yang lelap dulu~

Pastu malam tu pukul 3:30 bangun lagi meraung-raung. Habis aku kene tendang bagai, dia minta tag and susu coklat. Aku offer bm dia xnak. Once maliki amik susu coklat dia, tak nak pulak minum!! Dok gigih gentel tag sampai tido

Next pukul 5:30 bangun lagi dengan the same drama. This time budak ni tantrum lagi dasyat. Tag tak nak, susu coklat tak nak tapi dok mintak jom jom jom. So aku tanya nak tengok tv ke dia kata bukan.. Pastu aku pujuk2 kasi dia calm down dulu, abis tangan aku dia tepis-tepis.

Rupanya dia merajuk dengan aku sebab aku kasi dia susu coklat before tido tadi. Pandang aku macam nak makan orang. Pastu aku minta maaf kat dia and offer susu, dia tanak. Since semua fail, aku pun berdramalah,"mika marah mummy ye? Tanak tido dengan mummy? Ok mummy tido luar ok. Mika tido dengan daddy ye?" Pastu dia pandang je aku. Then for the last time aku offer nak hug, terus dia datang baring kat aku, then cakap "nak nih" sambil tepuk-tepuk.

Nilah budak penuh drama nih.

Kesimpulannya, wean off process macam fail je. Apa nak buat lagi nih? Bior je dia continue or tukar strategy?

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, April 24, 2014

Doa tidur dan Al-Fatihah

dah 2 tiga minggu nak ambik video mika recite doa tidur dengan Al-Fatihah, tapi asyik tertangguh jek.. hahaha

budak ni macam tau-tau je orang nak record suara dia.. mula la confuse doa makan and doa tidur.. heheheh takpelah anak oii.. lama-lama ok la kan..

video

video

tang surah al-fatihah tu pulak, memang bukan aku yang ajar sebab aku rasa macam panjang sangat susah pulak dia nak ingat.. sekali aritu kitaorang solat jemaah, dia pun sama naik jugak baca al-fatihah dengan daddy.. kemain lagi dengan pakai pampers je dia join jemaah sekali hahaha too bad tak leh rakam.. tapinya solat aku pun jadi tak kusyuk sebab terkejut budak ni dah tau surah al-fatihah.. ni belajar kat sekolah ni.. good job teachers :)

selain tu dia pandai jugak baca surah Al-Ikhlas dan doa sebelum belajar.. doa sebelum belajar ni aku dapat tau sebab playgroup mika memang baca doa ni before start session, pastu budak ni dengan bangga baca jugak kuat-kuat.. tersengih-sengih teacher effa dengar.. syabas bette syabas!!

Wednesday, April 23, 2014

What I do~

Aktiviti harian Mika.. bila dia tak layan tv, this is what he loves to do..

 main sticker.. penuh tangan~ selain tangan, mangsa Mika selalunya almari, lantai, basikal and kerusi poang.

 admiring his art work



 ni aktiviti kegemaran.. watercolor! pantang nampak menjerit-jerit nak lukis. mulanya guna brush, pastu alih ke tangan pulak..






 finally guna kaki pulak dah..


kalau kasi dia main kaler-kaler ni.. memang lama dia leka.. tak kisah la guna watercolor or crayon or color pencil.. kalau aku penat and tak larat nak melayan, keluarkan coloring books and color je.. kadang-kadang sampai nak tido pun dia gigih nak mengaler lagi.

Thursday, April 17, 2014

Superhero Art Gallery

Masa merayap-rayap dekat Jonker Street few months back, kami ternampak satu kedai jual baju-baju marvel superheroes. saja la masuk nak tengok kot-kot ada yang menarik.. menarik memang menarik, harga je yang tak menarik! masa dalam ni baru perasan yang dorang ada marvel art gallery kat atas. katanya 3D painting. since harga ticket murah jek, (RM10 for adult and RM5 for kids) so kitaorg pun masuk je lah.. bukan ada benda lain pun nak buat kat sini.

the first piece yang greet our entrance, mr Hulk.

budak ni terus gigil ketakutan.. dari meloncat-loncat mengekek-ngekek panjat tangga terus terdiam. aku suruh amik gambar pun menangis.











mana anak bujang saya time daddy bergambar sakan ni?

duduk kat ceruk pintu sambil gentel tag and kertas to calm himself..







i like this the most.. heheh sebab Mika ingat ni pintu keluar.. so dia excited nak buka nak keluar.. tiba-tiba keluar gambar hulk bila buka pintu. mencicit dia lari..

look at his expression.. hehehe sorry Mikaman


kecik je art gallery nih, tapi ok lah for the fee yang dorang charge..RM10 je, jangan korang expect yang melampau-lampau kan..

Monday, April 14, 2014

Sekitar Majlis Aqiqah Nina

2 minggu lepas kami balik Terengganu lagi untuk majlis aqiqah baby Nina Maizara. Layan gambar je lah entry kali nih.

 baby Nina yang diraikan~

 Proud sister.





 sempat nak berselfie lagi dua beranak nih

Mika tunjuk poket yang penuh sweets. budak ni paling happy walaupun seharian tak nap.

 paksa mummy buka candy untuk kesekian kalinya. haih!

 playing with his cousins. all girls.

 sepanjang majlis, sikit pun dia tak berenggang dengan geng nih.

layan main teddy bear. apalah nasib anakku, the only boy in the group.

aktiviti wajib bila balik kampung. melepak atas pangkin luar rumah, with mok long and mok ngoh.

 ustaz seksi

 melepak with Toki pulak.

percubaan nak main layang-layang. total failure sebab kawasan kecik and angin tak berapa nak kuat.

p/s: Mika jadi watak utama jugak sebab takde orang nak jadi photographer sepanjang majlis hahaha

Friday, April 11, 2014

BF Diary: Sisa sisa EBM

Dah 5 minggu aku stop mengepam. Target 2 tahun dah berjaya dicapai, sekarang nak set wean off totally before 3 tahun. Ramai dah orang bising, dah besar katanya anak aku tu tak boleh breastfeed lagi. Sekarang adalah phase untuk menghabiskan sisa-sisa ebm dalam deep freezer.

Ni je tinggal, boleh tahan 9 hari hari je lagi.

Mika still reject fresh milk, both susu lembu and susu kambing. So terpaksa berharap pada susu segar perasa coklat.

Why terpaksa? Sebab kandungan gula susu coklat lagi tinggi dari fresh milk biasa. Walaupun aku tak strict sangat pasal makanan dia sekarang, aku still nak minimize sugar intake Mika. Nasib la Farm Fresh ada perasa coklat. So sekarang anta pergi school satu botol ebm satu botol susu coklat.


Freestyle pun dah bungkus masuk store.
  
Thank you, you served me well.


So sekarang tinggal satu je lagi nak settlekan, nak wean off kan Mika totally from breastfeeding. Siang dah jarang-jarang, and most of the time dia boleh accept kalau aku suruh tunggu..


Tapi time malam payah nya hoiii!!! Time nak tido memang dia standby awal-awal bagitau nak susu. Kalau aku delay cakap nak gosok gigi, nanti dia tunggu depan pintu toilet. Kalau aku cakap susu abis, start la berbunyi radio cabuk dia tu.. Sambil cakar-calar muka aku, tarik tarik rambut nak susu. Acane tuh?


Cuba kasi idea sikit macam mana nak kasi dia tido sendiri tanpa menyusu? Tidur buai aku tak terima.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, April 9, 2014

Mika's dictionary~

While playing with his toy crane, bakul crane tercabut.
Mika: Amimak!!! (Alamak)

On the way balik dr futsal session tonight, nampak motor meluncur laju, overtaking our car.
Mika: motor racing!

Halfway through the ride,
Mika: penatnya~

Tunggu turn nak main futsal


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, April 2, 2014

2-Hours Skirt!!

Last week gelabah korek almari nak cari baju untuk majlis aqiqah anak buah baru kat Terengganu. Since dah stop mengepam nih, berat naik tiba-tiba sebab aku still makan macam zaman-zaman menyusu dulu.. jadinya, banyak baju yang jadi ngam-ngam je. terpaksa la sedar diri dan cari alternatif lain.

Jalan paling mudah, jahit baju sendiri. sebab kesuntukan masa, aku buat skirt je, pakai dengan blouse. yang penting sopan~ sebab tak sempat nak shopping kain, aku rembat je kain kakak aku yang terperap dalam toolbox. kain project skirt dia yang tergendala sebab salah budget.. hahaha

skirt kembang ni tak berapa nak cantik sebab pakai getah.. almaklumlah, last minute nya decision, so tak cukup bahan.. sampai Terengganu baru aku ajak Maliki borong zip kat Mydin, cangkuk je tak jumpa lagi.


 berposing dengan ustaz Mika dibawah terik matahari..



selesa pakai skirt besar-besar macam ni.. nak kene buat lagi skirt nih.. boleh la bergaya ala-ala hijabster pulak lepas nih!