Friday, July 28, 2017

Diary isteri yang ditinggalkan!! part 6

wah.. lama dah tak kene tinggal.. I think the last one was somewhere in November last year kot before we celebrate birthday bebudak nih.. oh my kekok and nervous. sebab budak-budak dah makin banyak akal since dua-dua dah pandai berkomplot sekarang

Day 1
as usual when daddy is not around, I managed to get the kids to bed early. pukul 10 is early dah sekarang ni. last time Laiqa pukul 8:30 dah masuk mimpi.. laaa ni jangan harap. pukul 10 dah cukup baik dah ni. 2 jam dapat melepak tanpa gangguan, bahagia rasanya!!


Day 2
Peaceful morning harini.. since semalam dorang tido awal, bangun pun awal. takde la drama air mata Mika nak mandi macam selalu. tambah-tambah sebab mami yang handle kan hahaha

Berjaya balik awal harini, sebab ada production transport. since nak kene standby kat rumah in case of error, berdesup aku balik. selama ni asyik balik lambat, kerja overtime je kan. ni project dah go-live macam rilex sikit. nak settlekan training and support je before hand-over.

balik rumah, check email sampai kul 10 senyap je. login system tengok changes dah masuk production mihmihmih takde error. jom masuk tido.

Day 3.
Work from home sebab ada Lync training session dari petang sampai malam. So sempat la pegi beraya kat sekolah Mika.

  Selebet anak bujang aku ni, lupa nak pakaikan butang baju huhuhu..
 
Kul 12 dia pun sibuk nak ikut aku balik. nak balik awal sebab nak watch tv katanya muahahaha padahal lepas tu kene drag pegi jenguk rumah baru. nak inspect installation kitchen accessories. wewewe dah siap semua, boleh dah nak masuk. kene panggil orang tolong cuci je.
 
 
Day 4.
Usung Laiqa  pegi class Mika arini, dari swimming sampai la ke drum class. Harus lah menyibuk budak tu. kat swimming class sibuk nak terjun kolam jugak. kat drum class nak main drum jugak. Bila tak dapat, request nak duduk dengan Mika hahaha
 
Saja nak record event today sebab Mika finally dah master breast stroke~~ and since we still continue dengan swimming class dia, coach nak continue ajar butterfly pulak..
 
 
drummer cilik.. kaki pun tak sampai cik kak oiii..
 
Day 5
Laiqa demam. Kan betul, these kids selalu sakit time Maliki outstation. Rasa macam tiap kali dia naik laut, ada jek budak yang tak sihat. Nasib tak teruk, just flu and batuk berkahak. Esok mummy ada training cik adik oiii...
 
Day 6
Maliki turun darat harini.. yes, kejap je trip kali ni.. tu sebab rajin dok update tiap hari and takde stress-stress kali ni.. muahahaha esok boleh la pass baton balik

Thursday, July 20, 2017

Cerita Aidilfitri 2017

Cerita raya kami. Biar gambar je la berbicara~
 
Aktiviti normal bila balik kampong, cuma kali ni jumpa props baru nak main air kat luar.
 
Layan main crocodile. Laiqa mampu jadi tukang kacau je sebab dah kene gigit sekali.. sampai harini duk cakap takutt.. takutt kalau ajak main..
 
 
OOTD first day.. kami #gengemeraldgreen
 





 suka benor buat funny faces. Baju by mami.
 

 jumpa kitten.. terus tanak lepas.. siap nak angkut balik budak belacan ni.
 
 Genting premium outlet. tak best for me, semua outlet kat Malaysia ni tak best bagi aku. aku masuk VS, harga underware dia sama macam harga boutique masa aku beli time sale aritu. baik aku tunggu sale je.. cuma kasut pure boost aku tu murah kat sini..
 



 hasil tangan Mika. aku pesan tak nak nampak kaki..
 
 ni time beraya kat Perak. beraya kat charcoal factory lepas pekene mee udang mak jah. hipster sangat. mee udang mak jah tak sedap. mee keras tak celur, kuah cair, udang tak fresh and kecik. pastu takde mee udang biasa, dia jual special nya jek..
 











kami.. dulu kini dah selamanya.. saya nak bagitau, ni baju raya tahun-tahun before masa Mika umur setahun lebih.. I boleh pakai lagi you, jangan jeles~~
 



 BTS
 

 #teamrayakajang rumah wajib tiap tahun sebab boleh layan tempoyak

itu je lah kot cerita raya kami.. lepas habis beraya ke rumah sanak saudara, kami bertandang rumah kawan-kawan macam biasa dan macam selalu, we are too busy eating and catching up tak sempat la nak bergambar-gambar..

Friday, July 14, 2017

Laiqa oh Laiqa

Kisah ni dah jadi lama dulu dah, tapi aku peram sebab aku tanak menulis time tengah panas hati.. nanti tak cantik Bahasa yang aku pakai.

Nak dijadikan cerita, di suatu malam yang damai, Laiqa datang kat aku inform dia yak yak. So aku dengan hati yang malas, pegi la cuci. Tetiba masa aku selak baju dia, nampak kesan merah besar kat badan dia. Kesan tu macam bengkak sikit. Terus berdesup jantung aku. Aku pun angkat baju dia, tengok-tengok kesan tu ada kat on both side badan dia.. betul-betul kat bahagian ribs yang last tu. Bila aku tanya, dia cakap "sakit perut sakit perut" sambal tak kasi aku pegang.

Then aku teringat masa aku nak buckle kan car seat pun dia cakap sakit perut. Aku ingat auta sebab dia tanak buckle sebab kekadang dia buat jugak angin tanak duduk kat car seat dia.



Aku pun message la teacher dia tanya kot-kot dia ada jatuh ke apa.. Teacher dia cakap takde. Then bila aku tunjuk gambar, dia cakap mungkin kene gigit semut sbb sekarang semut menjadi-jadi kat sekolah. Dia kata dah larang Laiqa main kat situ, tapi Laiqa main jugak.
Ko agak-agak apa aku rasa masa ni? Tak agak-agak la kene gigit semut. Aku cakap tak mungkin semut gigit macam tu sekali rupanya, bukan dia tak pernah kene gigit semut selama ni. Then dia boleh reply, dia garu la tu kot lepas ken gigit. Sekali lagi darah aku naik. Tak agak-agak. Yes memang kesan tu macam ada melecet, tapi more to sebab kulit tergeser dengan benda keras/kasar. Macam jatuh kat jalan tar tu. Anak aku berpuluh kali jatuh. Lutut luka la, tangan tergeser la. And anak-anak aku jugak kaki garu, sampai berdarah-darah dorang garu. Selalunya kalau gatal, dorang garu takde la kesar besar macam ni. Kalau korang perasan, at one side kesan tu bentuk rectangular.

Then aku msg supervisor, pun kasi alasan sama. gigit semut. aku message owner, owner senyap.

Sebab tak puas hati aku pegi clinic. Doc confirm ni abrasion trauma sebab jatuh bergeser ni. Macam mana dia jatuh aku pun tatau. Dia suruh aku be alert and monitor betul-betul si Laiqa tu.

Bila aku inform dorang balik apa doc cakap, supervisor dia minta maaf. Dia pun tak sure apa jadi, tak perasan jatuh. Then dia pun cakap bukan macam kesan kene gigit semut.

Disclaimer: Aku tau Laiqa bukan kene dera sebab dia tiap hari memang seronok nak pegi skul. Balik tersengih-sengih melompat-lompat. Sayang teacher dia and teacher dia pun sayang dia. Aku tau anak-anak aku memang lasak sesungguhnya. Size je kecik.

Kesimpulannya, aku marah bukan sebab anak aku jatuh. Aku bukan mak-mak yang over, darah sikit nak naik court bagai. Aku marah sebab dorang tak inform aku yang anak aku jatuh. Aku tak suka perasaan terkejut tengok benda asing (read: darah, Lebam, etc..) kat badan anak-anak aku. Aku tak suka bila teacher kasi jawapan yang vague and meneka-neka. Bila ko jawab tak tau, aku lagi was-was. Takde orang ke monitor bebudak ni main. Benda-benda ni boleh buat aku hilang kepercayaan kat korang. paham tak??

The next day baru owner reply.

So aku cakap elok-elok kat supervisor and owner, please please make sure ada orang supervise budak-budak ni. Jatuh ke tertonggeng ke, at least boleh inform parent. Takde la dapat surprise kasi terduduk kat rumah.

The next day, Laiqa balik darah dengan toes berdarah. Pun takde sapa inform. Aku perasan masa buckle dia dalam car seat. So tatau la dorang amik serious ke tak feedback aku the day before.

p/s: Laiqa ni macam lagi lasak compare to Mika. So far macam-macam report aku dapat dari teacher dia. Dulu kat astana gigit kawan, tolak kawan, gaduh, jatuh tersembam kat almari sampai berdarah kat atas mata. Berkejar aku balik sebab teacher dia panic darah banyak huhuhu. Kat skul baru pulak bape kali dah balik toes berdarah.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, June 17, 2017

Ramadhan, Puasa dan Mika

Assalamualaikum~~

Alhamdulillah, diberi kesihatan berpuasa lagi tahun ni..

Jarang-jarang betul dapat jenguk blog sekarang ni.. bulan puasa pun still busy kejar go-live..

Anak bujang sorang tu pun dah start puasa.. memang ada plan nak train tapi expect half day.. first 2 day memang dia ikut adik makan.. on the third day sahur pukul 6:30, terkejut bila amik from school aunty cakap dia puasa lagi. Tapiiii, balik rumah terus dahaga...
Hari ke-4, tahan lama lagi.. sebab janji nk mkn ice cream mcD kalau dia puasa full.. tapiii 7:10 dia dah sambar fries atas kecuaian daddy huhuhu

Hari ke-5 baru berjaya puasa full.. tapi still sahur 6:30.. oklah tu huhuhu so berjaya la dia berpuasa 3 hari.. dia cakap malu nanti aunty cakap dia tak puasa ahahaha

Berkali2 aku tanya aunty dia, betul ke dia puasa.. aunty cakap betul, dia tahan.. bila tanya nk makan tak sebab a few friends request nk berbuka tak tahan, mika cakap xnak..

as of today dah 13 hari dia puasa in total.. and dah pandai bangun sahur sesame.. pass dah dia puasa.. cuma kene make sure dia tak boring lepas balik sekolah.. kalau tak start la buka peti la nak cari benda nak makan hahaha

weheee i'm amazed.. sebab mummy start puasa betul2 pun masa 9 tahun.. before tu sokmo pegi kedai beli coklat rice.. aku ingat time tu aku ckp puasa, then simpan duit belanja.. balik sek, pergi kedai beli coklat rice hahahaha sangat independent aku dulu.. masa darjah satu dah duduk sorang2 kat rumah.. urus diri sendiri balik dari sek agama and siap2 nak pergi sek kebangsaan.. hehehe ingat dia pun sama sebab banyak akal mcm mummy dulu..



kisah baju raya pulak? walaupun start awal tahun ni, still takde kesempatan nak sambung.. fuh fuh fuh.. dah la tak shopping sangat sebab nightmare betul pegi shopping with the kids.. nak g sengsorang takde masa pulak.. nak amik cuti pun tak boleh.. so ala kadar je la kita tahun ni.. mummy tak shopping, anak-anak pun tak shopping..
kita recycle je lah baju yg berlambak-lambak dalam lemari tu.. kome berapa pasang baju raya tahun ni? boleh lawan che ta tak??

oklah, nak sambung buat keje.. next week Monday dah start training.. data loading tak settle lagi.. 15 hours for one period je, berjanggut la tunggu.. project dah go-live tapi user still tak boleh view data.. menjawab la esok hahahah

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, May 9, 2017

House of Kambing!!

Yes!! Kambing!! Kambing hidup ada, kambing bakar pun ada!! concept dia, lepas ko telan, ko pay respect kat anak beranak dia kat dalam kandang.. hahaha entrance fee to the ladang, RM3 per head.

my kids love it.. tanak balik la jugak.. sampai terlambat pergi class Mika muahahaha aku prefer tempat macam ni over shopping mall sebab kat sini boleh biar je dorang berlari berkeliaran.. paling-paling terpijak taik kambing seketul dia hahaha




camel!! suka kejar orang nak menjilat hahaha kelam kabut la lari si Mika tu sebab dia ingat camel nak makan dia hahahaha

sampai harini aku still terbayang-bayang grill lamb dia... nak kene repeat pulak lagi ke before puasa ni?

Friday, April 21, 2017

Pulau Redang, Terengganu

Throwback Thursday la kekonon... since tahun ni tak dapat nak berjalan-jalan.. kita throwback je lah cerita tahun lepas.. tahun lepas pun takde holiday jauh-jauh, berjimat cermat kekdahnya.. so trip mega kami pegi Pulau Redang.. lama dah mengidam nak pegi pulau tapi asyik tak jadi je sebab selalu terpengaruh dengan ticket murah air asia.. 

This time kami berjalan sempena birthday aku.. holiday bermalas-malasan namanya sebab takde nak rush pegi memana.. boleh tido and melepak sesuka hati.. tapi kalau dah kolam depan bilik, tak de la dapat nak bermalas-malasan sangat sebab budak berdua tu duk la berzikir nak mandi kolam nak mandi kolam..

3 hari dua malam ni kerja kami berendam je siang malam pagi petang!! keluar kolam masuk laut and vice versa hahaha

berjaya jugak pergi snorkeling.. paling bahagia bila budak yang takut air satu masa dulu.. berjaya terjun tengah-tengah laut... the only kid yang terjun dalam trip tu... walaupun jenuh la aku nak mengayuh tarik dia ke hulu hilir hahaha

laiqa pulak jenis tak takut air.. nak terjun masuk laut jugak ^_^  aku je tak berani nak kasi dia turun.. menangis dia tak dapat turun.. 

kat sini jugak lah terkubur iphone 6 Maliki.. masuk air laut.. confident air dah kering by the time kami balik Terengganu.. meletop phone time charge.. so terkubur la gambar-gambar snorkeling segala.. sadis tak.. this time around bawak iphone je ke hulu hilir, camera besar tinggal sebab tak kuasa nak usung..

ni je lah gambar-gambar yang ada dalam phone aku.. 



 lepas check in, 3 beranak ni pulun tido dulu



dah terjun kolam baru nak sapu sun block.. Mika ni senang sangat sunburn.. susah nak hilang pulak tu.. 2 bulan after the trip pun still boleh nampak line kat tangan and kaki.. in fact, swimming class dia pukul 10-11am tu pun, sunburn macam duk seharian kat tepi laut..





Pekene ice-cream at More More Tea Inn.. sebelum Laiqa jatuh kedebuk mencium lantai.. excited sangat dapat makan ice cream hihihi






my handsome beach boy


minah kaki ayam.. ke hulu hilir memang tak nak berkasut 

elok pulak dia friendly habis dengan mamat-mamat kat resort.. kene umpan mandi kolam je.. tersengih-sengih dia ikut...


to-die-for view.. kalau lah boleh tengok tiap hari.. confirm tak stress.. company company patut buka office kat tempat gini.. mesti happy je semua orang buat kerja.. 




ingat nak repeat pegi pulau lagi tahun ni, tapi harga replace iphone maliki dah sama dengan harga pegi holiday ni.. so simpan je lah hasrat murni tu.. tunggu tabung penuh balik~