Wednesday, December 29, 2010

Cayalah Harimau Malaya!!


Congrats Malaysia!!
Harimau Malaya rocks!
AAAAUUUUMMMM~


p/s: semoga team kita semakin maju! amin~ eh esok tak declare cuti eh?

Monday, December 27, 2010

Happy faces in Genting

Again, cerita basi disajikan... harap maaf but work is killing me!! and i tot year end was supposed to be honeymoon period for us.. sigh~
enjoy the piccas~
 
muka kelaparan.. na looks exactly like those indonesian selling bihun along the path to the mosque in HK...
 
my man!
 
cicomeyyyy!!
 
mickey and minnie in the house!
 
ooo dah boleh jadi bapak orang dah ni!!
 
 
p/s: can't wait for my holiday.... can i just fast foward to next week pleaseeeeeeeeeeeeeeee!!

Thursday, December 23, 2010

Rindu

missing si kenit!!
she look like lilo from Lilo & Stich! kan kan kan?

p/s: cik Aqilah, jgn saman mak nyah plak dah besar nanti~!

Monday, December 20, 2010

Hong Kong Day 6

Finally!! my last post on Hong Kong trip.. lepas ni can move on to plan my Yangon trip pulak.. amin~! last day ni kami agak leisure sikit sebab nak serbu uniqlo.. keluar kul 10 lebih but sadly, uniqlo pun tak buka lagi.. huh takde jodoh betul aku dengan uniqlo ni.. kat sini pun tak sampai, kat HK pun tak sampai jugak.. apa kes?? sebab tanak buang masa, kami gerak ke h&m pulak.. woot2.. suka!! bila h&m nak buka kat sini ni??? i shopping memang tak pandang kiri kanan dah, laki hilang ke mana pun i tak sedar.. oopss, sorry mr hubby~ almost 3 jam jugak spent kat situ hahaha damagenya pun boleh tahan jugak.. aku tengok baju aku pun jadi giler.. tengok baju baby pun giler jugak.. macam mana?? abis jek shopping, perut dah start bunyik.. so we stopped by Ebaneezer's to have our last briyani.. kami pasti merinduimu~~ kat sini i tak pandang pun briyani~

next destination, hollywood road and SOHO.. kononnye they have the longest outdoor escalator.. tapi ada stop in between. tertipu!!!

from hollywood road, we walked all the way to the Peak Tram.. panjat bukit siap!! gigih?? i wish!! in truth, kami tak tau bas apa nak naik to get there.. we don't even know to get to the nearest MRT sebab escalator tu dah ke mana arah tah.. malas nak patah balik.. and since we see the signboard to the Peak, we assume it was just near by.. sekali amik ko, jauh bagai nak giler.. walkway dia pulak sekecik-kecik alam, dah tentunye stroller si kenit tu tak muat kat situ.. harus la pakai jalan sebelah yang tak selamat tu.. sampai kat tempat yang ada tiang2 signboard tu kene angkat jugak la stroller tu! Dugaan~~ harusla korang cari stroller kecik, tak pun beli jek stroller baby alive tu.. hahaha
akhirnya, kami sampai!!! rasa nak melompat2 sebab happy tapi terbantut bila melihat umat-umat manusia yg teramat ramainya.. nasib baik ada aqilah, boleh la dapat priority duk line depan tu.. hahaha siap kasi kami naik dulu.. tq si kenit! kat atas ni jugak lah ada madame tussauds

 si angelina malas mandi (this is what i read in Metro last weekend!)

 duet with mick jagger!!

 tina turner pun ajak aku menyanyi

 takdela tinggi mana captain jack sparrow nih..

 en husband's martial art sifu~
 ketiak masammmmm!!

 penat aku ajar si Einstein ni, muka dia blur jugak! tak paham la tu..

penat jugak bergambar dengan celebrities ni kan... time nak balik panjang giler queue.. semua naik cuak sebab nak kejar Symphony of Light nye show kat Avenue of Star.. hari tak sempat, hari ni last day pulak tu.. nasib baik ada shuttle bus, nak panjat bukit macam tadi harus la tidak!! end up pukul 7.40 baru sampai kat Tsim Tsa Tsui station.. berlari-lari la kitaorg ke avenue of star tu. dah la jauh jugak, yang tu pulak nak pegi toilet (read:me).. 5 min je la aku sempat tengok.. tapi disebabkan autofocus lense rosak, 5 min is not enough for me to setup the camera!! sob sob sob, tumpang camera na jek la..
habis je show, kami split sbb metot nak pegi ladies market again!! and i want to shop in uniqlo.. hahah nak jugak uniqlo... nasib kedai cam dah nak tutup, so sempat rembat jeans je la sehelai.. until the next time ok~~

p/s: mimpi beli ticket NZ jugak malam tadi.. macam mana ni??

Sunday, December 19, 2010

Macau Day 5

Today we gonna win big money!!! We are going to VEGAS, well the Asian version that is!! Since kat genting tak boleh nak masuk casino, kami ke Macau nak merasa~~

Plane dah naik, train pun dah naik, so kami cuba naik ferry pulak ke Macau.. Kitaorg beli return ticket from ferry First World.. Cita-cita nak tengok lampu-lampu malam dia Macau, so beli la return ticket kul 9 mlm~~
60 min jugak baru sampai.. tu tak termasuk queuing up kat immigration lagi.. punya la ramai orang.. bila dah lepas imigration tu, ramai la travel agen approach nak offer package tu.. RM200 per pax for 5 hour, tu offer paling murah... agak giler disitu.. kalau for the whole day tu boleh la jugak, ni 5 jam jek.. kalau kitaorg dtg mmg nak pegi gambling jek, 5 jam duk dalam casino logik la jugak.. nasib baik terjumpa si Anne ni, berbaloi2 la kitaorg ikut dia ni.. RM200 for the whole day excluding transport sebab kami guna kaki and free shuttle!!
Keluar jek dari ferry terminal tu, kami disambut pulak dengan bunyi-bunyi kereta racing A1 grand prix.. meriah!! sempat la kami duduk tepi tu tengok dari jauh.. haha
First stop in Macau - The Venetian. Grand giler hotel ni..
Macam Venice!! They even have the Gondola with gondolier that can sing~~ aku mmg bercita-cita nak naik, malangnye tak cukup masa.. so sempat lambai2 jek la gondolier2 tu.. sob sob sob

Toilet dia pun macam bilik hotel jek.. ahaha hebat! budak dua ekor tu siap posing kat toilet!


Terpegun tengok painting2 kat ceiling dia!
Next stop is City of Dreams.. It's a shopping mall with a huge casino!!
Seterusnye, we went to Senado Square.. we took the free shuttle bus from City of Dreams.. Free rideeee!!


St Paul Ruins. You can find lots of souvenir shop along the road to the ruin, tapi for muslim.. sila berhati-hati!! sepanjang-panjang jalan ni jugak ada promoter2 hulur2 tester babi salai.. bau dia gua mmg tak boleh tahan!!
lepas tu, kami tinggalkan family chawanna untuk panjat Museu de Macau! Ms Totty tengah aim nak bom Grand Lisboa casino~


Next desitination, Grand Lisboa Casino. Memang sangat grand, sesuai dengan namanye. Jatuh cinta aku tengok chandelier dia..
Water show in front of Wynn hotel
 Dah penat berjalan, si kenit decide to leave a piece of her in Macau.. simpan impian nak jejakkan kaki kat sini lagi la si kenit tu.. kene la cari toilet nak tukar diapers.. merasa la masuk hotel Wynn plak..
From Wynn hotel, we took another shuttle bus to the Fisherman's Wharf. This is the first theme park in Macau. Menurut kata Anne si tourist guide kami, on the opening day.. ada orang mati on the roller coaster, since then dorg tutup terus roller coaster tu.. tatau la betul ke tak, sebab masa kitaorg sampai memang tak buka tempat tu..
Seharian tak makan sebab nak kejar masa, last2 before balik to HK.. kami sempat singgah kat Aruna's Maharaju Indian Curry restaurant. They serve halal food!! yahoooo, we get to eat another briyani for dinner~
Dalam ferry, on the way back to HK.. muka kepenatan, especially Aqilah tu.. trip kali ni lah paling banyak aku dok mengisi arrival form tu.. tension gua!! ms totty siap kene tahan dengan HK immigration on the way back lagi, kene soal siasat.. hahaha dia suspect ms totty kita simpan drugs dlm bontot la kot kakaka
Bila dah sampai HK, hilang penat semua.. Sempat la singgah cuci mata kat Esprit outlet and Bonjour.. panas jugak la cik abg tu dok menunggu kat luar.. hahah nasib badan~~ lepas tu, kami terserempak pulak dengan vendor machine jual air soya.. comel gile kotak dia!! siap ada contest lagi, lucky winner will get a cute momentee shirt.. semangat aku beli 2 kotak sebab first time aku beli, dpt pack Working when i want that cute loving pack.. padahal first attempt tu dah menang dah..
malangnye, aku tak reti nak baca chinese character.. so haruslah aku tak tau apa instruction kat kotak tu.. masuk FB and join the page.. tapi sekor haram pun tak kasi hint nak collect kat mana t-shirt tu.. semua dok pakat2 cakap congrats jek.. hampeh betul.. end up bawak balik je kotak-kotak tu buat souvenir!

that's the end of day 5

p/s: bila la wa nak abis mengupdate pasal HK holiday nih? dah nak basi dah ni~

Wednesday, December 15, 2010

Window of the World, Shenzen

Hari ke-4 dimulakan seawal jam 9 a.m.. Awal sangat la pukul 9 tu kan.. aku rasa sedap sangat la kot tido kat hotel buruk tu sampai tak boleh nak bangun awal!! Agenda hari ni adalah untuk menggembara  ke Shenzen. Plan asal nak pegi Window of the World and shopping jek sebab masa queue nak naik Jungle River Cruise tu kami sembang dengan this one family from Malaysia, dia cakap things in Shenzen is cheaper than HK!! mau tak excited aku dengar?? katanya, cuci and blow rambut kat saloon cost RM5 jek.. mani and pedi pun RM5 jek.. tak ke gile aku mendengarnye!
You can go to Shenzen using the MTR. Just take the East Rail Line from the East Tsim Sha Tsui station to Lo Wu. 40-45 mins je dah boleh sampai!
 
It's a bit difficult to travel in Shenzen since most (read: all) people don't speak english.. harus la kami sesat barat nak mencari train station.. wifi pulak tak available cam kat HK.. damn you Maxis!! Nasib kami baik bila ada pakcik security sorang ni, can speak english and is very helpful. Dia nampak kot muka kami yang confuse tengok signboard semua tulisan chinese, dia offer nak tolong kami.. dari tukarkan duit, beli ticket sampai la macam mana nak guna "ticket" tu.. haha since dia guna token macam Sg Wang parking token tu, semua terkebil-kebil tatau nak guna macam mana!
Akhirnya kami sampai di Window of the World! Sekali lagi sesat nak cari Window of the World, macam kat Malaysia pulak!! Signboard here is very confusing!!
 
There's about 130 reproduction of worlds famous attraction here. They are divided into a few different region namely the Europe, Asia, Africa, Asia and Oceania. Please visit Window of the World for more detail, tak larat gua nak elaborate panjang-panjang!
 
The Temple of Emerald Buddha and  Gyeongbok Palace
Sila pakai comfortable shoe as this place is HUGE!! Kalau tak nak jalan, boleh je nak hire buggy or scooter. Tak pun naik monorail, tapi monorail ni tak cover semua area.. plus boleh bergambar dari jauh jek.. Rugi!! Paling senang dan best kalau naik kaki! 
 
The Borobudur and Angkor Wat
 
Mount Fuji!
 
Itsukushima Shrine. Sakura pun ada!! Best oo pegi Jepun!
 
Ops!! Aku dah sampai ke Taj Mahal.. korang dah??
 
Venice and St. Mark's Square.
 
2nd trip to Amsterdam!! Wohoooo, hari tu nampak modern nye windmill jek.. Tapi asal dorang tak buat Red Light District jugak kat sini?? bukan famous attraction jugak ke tu??
 
The Spanish Step
 
Leaning Tower of Pisa
 
Eiffel Tower and Arc de Triomphe
 
Pont du Gard, Big Ben and Westminster Palace,  Colosseum
The Acropolis of Athens and Pyramid and Sphinx of Giza
 
Niagara Fall
 
Mount Rushmore, Skyscrapper in Manhattan and Statues of Easter Island
 
Statue of Liberty, Lincoln Memorial, Jefferson Memorial
 
Setakat tu je aku mampu ingat nama-nama miniature yang aku jumpa. gambar yang tak diberi nama tu, ya ampun, aku pun tak tau. sila la google.. hahaha tempat favorite aku ialah the Acropolis of Athens and Niagara Fall. So kalau ada yang interested, be prepare to spend the whole day here. Kami sedikit tergesa-gesa that day sebab nak kejarkan shopping sangat!
Kisah shopping tak perlu nak tulis sebab memang takkan habis. Susah nak cari jalan pulang sebab semua orang tak faham apa yang kami tanya. Aku dengan Maliki macam orang gila dok tegur semua orang yang lalu lalang. Lepas tanya 10 orang, baru ada sorang yang boleh membantu. Sakit jiwa disitu bila terkenangkan katil keras di HK!
Last but not least, Remember to apply for China visa if you plan to go to Shenzen!

p/s: Banyak tempat-tempat menarik yang gambarnya tidak diupload due to limited time!! Banyak jugak tempat-tempat menarik yang kami tak sampai sebab ticket flight mahal sangat ;p