so tahun ni both cake aku order dengan sarangcocoa.. nak contact detail sila message ye~ or search je kat Instagram.
Theme sekolah, still zombie. Ye, Mika tak move on lagi dengan zombie dia walaupun mengigau-ngigau lepas tengok Train to Busan tu.. and disebabkan figure zombie yang aku order haritu tinggal 2 ketul je (the rest dah kene pau dengan kawan-kawan kat school), aku request letak batu nisan and jari zombie je lah..
Rata-rata orang seram tengok cake Mika.. risau jugak aku kot-kot orang tanak makan cake dia lagi tahun ni.. tapi jeng jeng jeng.. laris ye cake zombie dengan budak-budak laki.. katanya Ana sorang je girl yang makan cake dia, yang lain takut.. hehehe excited dia cerita balik tu..
The next day, buat dekat rumah pulak.. ni macam event wajib sebab this is the only time nak jumpa kawan-kawan lama.. raya kami tak buat open house sebab ramai orang dah buat, so guna la birthday anak nak catchup dengan kawan-kawan lama..
tahun ni takde la gigih macam tahun-tahun sudah.. takde nak ikut theme sangat.. cake je yg ada theme.. kita buat theme lego sebab Octonauts tu payah sangat nak cari figurine nya. then gigih buat tassel jek muahahaha itu pun berapa puluh kali jatuh daaaa... orang tu tak kasi tampal kuat-kuat kat dinding baru dia.. ^_^
Birthdayboy lari ye tengok sparklers tu... hahaha
suka tengok budak-budak berkumpul ramai-ramai macam ni.. senang sangat dorang nak berkawan.. padahal jumpa setahun sekali.. nama masing-masing pun dorang tak tau..
budak dua ni.. tak usah cakap la.. melekat... dimana ada ixowa, disitu ada laiqa and vice versa.. siap buat concert jong jong inai
merajuk sebab berebut horse
after party.. pukul 12 pun tak mengantuk lagi budak-budak ni..
bateri apa la dorang pakai ni.. meriah betul rumah bila adik beradik stay over.. Mika orang paling happy sebab ramai orang nak main dengan dia.. Aqilah siap tanak balik.. nanti mak nyah anta Mika kat PV cuti sekolah nanti ye.. hihihihi
No comments:
Post a Comment