Since pregnant ni, selalu la aku menjenguk shopping and sales nye website sebab nak tunggu Pureen warehouse ni.. dengar2 cerita warehouse ni la yang paling best and murah tuk stock up babies supplies especially baby clothes.. harus la aku nak merasa, kalau betul2 berbaloi, boleh la pergi every year.. muahahah
sebelum pergi, haruslah buat research dulu.. penat jugak la aku membaca comment-comment feedback from mummies yang pergi ke event ni.. macam-macam cerita la aku dengar.. paling merisaukan bila semua org cakap, event ni mmg selalu overcrowded.. sampai ramai jugak mommy-to-be yang pengsan bagai.. erks~ plus ramai la pulak org-org tak bertanggungjawab.. grab as much as baby clothes that they can get their hands on, pastu duduk kat tepi-tepi jalan tuk pilih yang mana dorang betul-betul nak.. kalau sikit takpe jugak.. sampai 2 bag apa kes kan.. beg biru ikea tu pulak tu.. yang mana dia reject, boleh tinggal camtu jek kat tepi jalan.. memang takde kesedaran sivik betul la!! saje jek aku tak mentioned pasal ni kat cik abg sebab nanti dia refuse to go plak..
akhirnya, sampailah masa yang ditunggu-tunggu!! aku pun semangat giler la nak pegi kan.. niatnye takde la nak memborong sangat since dah beli sikit2.. tapi bila dah sampai.. owh sangat la rambang mata bila tengok baju kiut miut priced from RM3 - RM12!! dari 3-4 helai, terus jadi berhelai2... oopss~~ tatau la macam mana aku leh berjaya menyelit2 antara lautan manusia yang dah macam pirana dengan perut yang dah boroi nih.. manusia2 tu semua jenis tak kisah plak tu, ko pregnant ke tak, kalau menghalang laluan, dorang main tolak jek.. fuh, sangat bahaya!! nasib ada cik abang jadi bodyguard yang berjaya menjaga saya dengan jayanya!!
mari kita lihat hasil tangkapan di Pureen warehouse nih!!
stock baju from newborn to 12 months.. newborn 3 helai jek since ramai yang cakap baby ni cepat besar kan.. paling gembira, semua baju diatas adalah set!! gigih kami suami isteri meredah lautan manusia dan baju bajan~ bukan senang sebab nak dapat set sebab dia memang jual separately!! cheapest pair ialah RM4~~
diaper bag tuk letak barang baby untuk dihantar ke nursery - RM20, hooded blanket - RM12 and burp cloths - RM10 for 12 piece..
Pureen A-B-D detergent - RM16 for 2 litre, baby head-to-toe RM11, kids head-to-toe RM9.. i have to admit, aku tersalah beli yang kids head to toe wash tu.. ish, akibat tak cukup research la nih! nanti pass kat Aqilah je la kot~
Nappy liner - RM8 for 100 pieces, disposable nursing pad - RM8 for 12 piece , washable nursing pad - RM6/pair, cotton buds - RM1 each (ni stock tuk mummy.. hahahah~) and bottle brush - RM4
Last but not least, diapers.. Pureen Basic S75 RM24, Pureen Dry5 S66 - RM24 and Pureen Dry5 Premium S48 - RM24. Sangat murah!! rasa cam nak borong banyak-banyak.. tapi since tatau sesuai ke tak tuk baby, aku beli sikit jek.. kalau sesuai, next sale kita borong.. ni kalau kira2 based on apa yang Na bagitau (baby tukar diapers every 3-4 hours), so average 6-8 diapers per day~~ so baby M, bertahan la sebulan pakai diapers2 diatas tu okeh~!!
all in all, aku sangat berpuas hati la dengan warehouse sale ni.. memang murah and berbaloi.. so kalau baby M boleh pakai pureen diapers, wajib serbu the next event! kalau tak, tak berbaloi pun pergi.. so lepas ni tutup la diary shopping tuk baby M (semoga aku dapat bertahan dari membeli baju bajan lagi lepas nih, which seems impossible.. hermmmm~~).. kalau tak, kene gari tangan kaki and avoid all shopping malls.. owh tidak~
tips tuk mommies-to-be yang bercita-cita nak pegi to the next Pureen Warehouse Sale:
1. go on the first day kalau nak borong baju.. sbb 2nd day baju yang kiut miut banyak yang dah habis~~ i know because i went on both day.. kalau nak berjaya lagi, pergi seawal yang boleh..
2. sampai-sampai, ignore la section depan yang jual diapers bagai.. terus head to the clothes section kat dalam sebab barang-barang kat luar tak crowded and lambat habis..
3. queue tuk payment is superrr loooonnngggg.. kalau nak cepat, sorang kene queue, while sorang lagi hunt for barang-barang yang nak dibeli.. cik abang pegi queue terus lepas kitaorang grab detergent and kebetulan cashier kat belakang baru buka.. then aku continue amik diapers
4. kalau korang takde niat nak shopping baju.. tak berbaloi datang on the first day.. serius.. 2nd day sangat relaks.. orang tak ramai sangat, queue nak bayar pun pendek je!
5. paling penting... make sure you don't go alone.. sangat bahaya especially for mommy-to-be!
selamat berjaya~~
p/s: kejadian manusia-manusia tak bertanggungjawab amik baju sampai 2-3 bag, then duduk tepi jalan tuk sort out the baju bajan memang berlaku.. dan aku sangat tak setuju dengan perangai mereka semua.. tak kira la korg pregnant ke tak.. kalau tak larat, tak payah la pegi warehouse sale yg supercrowded camni.. paling penting, sila la letak balik baju bajan berbag yang korang reject tu kat tempat dia.. so orang lain boleh pilih jugak..