Thursday, September 11, 2014

Desaru

Lamanya tak pegi holidayyyyy!! rindu nak pegi holiday lama-lama.. weekend getaway tak sama feelnya macam pergi holiday~ sebab come Monday, kene rush-rush nak masuk opis macam orang lain jugak, tak special langsung perasaan tu.. my last holiday?? setahun yang lepas ok.. SETAHUN!! ni weekend getaway ke Desaru ni pun cerita 5 bulan lepas!! sadisnya rasa! En Maliki, dengarlah keluhan hati isterimu ini.. i need holiday untuk hilangkan stress uruskan rumah and anak sorang-sorang kat rumah.. mandi laut jom! kalau nak buat suprise beli ticket ke Lombok pun lagi dialu-alukan.. lepas lagi nak naik flight ni hahaha

dah-dah, jom sambung cerita Desaru.. ni pun kira cam adhoc holiday.. amik kesempatan bila Maliki dah abis project and bertenggek kat rumah berbulan-bulan lamanya.. hahaha permintaan aku simple jek. nak mandi laut and tido hotel.. plan asal nak pegi pangkor, tapi sebab very the last minute, semua hotel penuh.. jenguk jugak pulau Tioman tapi singkat sangat masa nak plan nya.. terus decide nak ke Desaru since tak pernah pun sampai ke sini.

kami gerak malam Jumaat then tido kat budget hotel dekat melaka.. ni cari hotel yang on the way je sebab nak mengurangkan masa perjalanan.. lepas tu, esoknya pagi-pagi gerak ke Pulai Desaru Beach Resort and Spa. Mulanya nak book hotel sebelah ni sebab ada waterpark, tapi hahaha duduk pun semalam ada hati nak jenguk waterpark and mandi laut.. tinggi sangat cita-cita!

 Lepak kat playroom sementara tunggu Maliki settlekan hal check in.



Since bilik akan siap kul 3 lebih nanti, pegi la jalan-jalan cari lunch. unfortunately, tak jumpa satu pun kedai makan yang memenuhi citarasa. Kedai-kedai kat sini ternak lalat agaknya, tak selera aku nak makan.. silap-silap kang nak kene melayan perut pulak.. so end up makan kat marybrown.

suka la dpt duduk atas swing.. jakun sekejap~


selesai lunch, balik hotel tengok-tengok bilik tak ready lagi. masuk-masuk bilik lantai basah lencun lagi.. fail giler ok service hotel ni.. tak payah la korang datang sini.. breakfast pun tah pape je.. stress aku~!



sampai-sampai kami berdua layan tido hahaha sementara tunggu Maliki pegi massage.. terbalik kan.. hehe since aku dah layan spa masa kat Melaka, aku skip la session kali nih.. layan tido lagi best!!

selesai je sessi spa dia, terus kami serbu pantai.. hotel ni ada beach access so senang tak payah nak keluar-keluar lagi.

Mika dengan muka tak rela.. penakut air dia ni, menurun apaknya la tuh hahaha kena kasi buat BOSET gamaknya baru hilang takut cam daddy.


bila takde rupa daddy and mummy nak mengalah, Mika la mengalah.. terpaksa la merelakan diri direndam.. lambat nak panas enjin kalau jumpa laut budak ni..

 yang ni dia suka! sampai nak maghrib baru kami naik.. tapi lepas tu sambung pulak berendam dalam kolam hahaha sekali lagi Mika terpaksa rela~



 





Malamnya pegi cari seafood.. sekali lagi last minute, so dan-dan tu jugak la kitaorg dok google tempat makan kat sini. last-last decide pegi Restoran Terapung Bujang Fire Fly. Kalau sempat, boleh la layan tengok firefly. verdict, ok lah makanan dia cuma tak boleh nak order sesuka hati.. menu dia semua dah letak package by package.. redho jek la tak dapat makan sotong goreng tepung tapi dapat makan ketam ikan masin.. tastenya kene pulak dengan tekak aku, so layannnnn~


Abis makan kitaorg pegi tengok firefly.. hehe expectation haruslah tinggi sebab terpengaruh dengan iklan-iklan yang aku tengok kan.. tapinya ahahaha tertipu.. ada la firefly nya and banyak jugak cumanya takde la macam dalam iklan-iklan dorang firefly tu memang terbang sesuka hati so korang macam ada kat fantasy land gitu kan..

realitynya, pakcik-pakcik ni kene baling air nak kasi firefly tu terbang hahaha kesian kena kacau.. kalau tak dorang sedang enak diulit mimpi gitu~ tapi still terpegun jugak aku tengok firefly banyak-banyak camtu..


boat ni sempoi jek.. buat sendiri.. bawah tu letak tong je kot bebanyak.. sebab syarat nak pegi tengok firefly ni boat kene balance.. so penumpang kene stay kat seat memasing, kalau tak boat boleh collapse.. dah le takde safety measure langsung, life jacket pun tak pakai..



esoknya layan Mika main games kat bawah.. uihhh mak mahalnya la nak naik ride ni.. RM2 satu ride.. kat giant leh naik free je anak oiii!



lepas breakfast yang tah pape tu, kitaorg pi jalan-jalan sekitar hotel. tengok ayam and burung.. Mika sukalah aktiviti nih.. kat rumah tak leh jumpa~

 tengah negotiate nak minta dukung!





lepak melayan perasaan berdua atas hammock.. uihh bestnyaaa

 ni dah start berbunyi sebab bosan duk ngn mummy, nangis nak kat daddy pulak..

 daddy nya nun jauh di sana!

 last-last daddy kidnap Mika bawak jenjalan, aku still melayan perasaan kat atas hammock.


 balik sambil terjerit-jerit.. ada misi si Mika tu.. paksa aku pegi tengok monkey and horse. tak boleh tengok mummy bersenang lenang sikit budak ni.




tengok dari jauh je la tapinya hahah sebab busuk and orang tu tengah dok mandikan kuda tu.. monyet tu pulak monyet liar so mmg tak beranilah~

lepas checkout, mummy pulak ada misi.. nak shopping kat JPO.. miahahaha walaupun esok dah start keje, disogok dengan shopping terusss kembang kempis hidung.. hati gembira jeeekkk!!

Thursday, September 4, 2014

Mika @ 2thn 10bln~

things that he likes at 34months.. anything yg involves puzzle, playdoh, bubbles, air, blocks and colors!
















ni semua attempt tuk kurangkan sakit kepala nak melayan kerenah dia memalam hahaha

satu lagi dia suka gile main finger paint tapinya hati ini tak cukup kuat dan tabah nak melayan and clean up the mess sebab sah-sah satu badan dia conteng so kita ganti dengan crayons je lah!