Sunday, April 26, 2015

Throwback: Buku Tiga Lima

Tengok buku 555, mesti teringat zaman sekolah dulu. jangan tak tau advance aku ni.. zaman sekolah rendah dah pandai main kutu. buku 555 tu lah jadi buku ledger kutip duit kutu hahahaha tak pasti jugak mana aku dapat idea main kutu ni and siapa yang suggest tapi dulu kutip sehari 20 sen.. akhir minggu dpt rm5.. rotate la tetiap minggu.. dulu dapat RM5 tu macam dah hebat ok!! nanti pegi kedai buku yang kat hujung dunia tu beli pensel tekan yang memacam bentuk ehehehe

la ni, dorang buat kedai pulak nama buku tiga lima. hipster cafe katanya.. layan je lah.. berpuluh kali tengok orang share pasal hipster cafe kat ipoh.. tiap kali tengok orang share, tiap kali tu lah aku simpan niat nak pegi balik Ipoh nanti.. tapi selalu tak cukup masa.. aritu balik, paksa jugak semua orang pegi. sebenarnya, ni bukan first choice kami. tapi sebab kedai yg kami pilih tu tutup, sampai la kami kat sini.

bangunan dia buruk amat. in reality, kalau ni kedai biasa, tak ingin aku nak masuk sebab nampak kotor. tapi sebab dah masuk list hipster cafe, berpusu-pusu orang datang nak melepak kat sini. termasuk la aku yang sibuk nak merasa apa la yang best sangat hipster cafe nih.







Verdictnya, bukan semua menu dia best. Maliki je yang sungguh-sungguh cakap makanan dia sedap, tak ingat apa namanya tapi lamblah. aku and muni order pasta, aku punya ok not bad tapi takde la sedap menjilat jari. sadly, the overpriced drink sangatlah mengecewakan. air chocolate aku blend sendiri kat rumah lagi sedap!

dah kenyang perut, pergi jenjalan kat flea market kat belakang tu.. makan ice cream strawberry asam boi. Mika is the happiest kid on earth sebab dapat makan memacam. tak berjaya habis pun ice cream tu, sebabnya dok seronok meloncat sana sini kelepuk jatuh ice cream atas lantai. tamat la riwayat ice cream tu.


ni lepas kejadian ais krim jatuh. yang bagusnya, dia tak menangis pun. aku just gelak, cakap padan muka then cakap pegi basuh tangan.. terus dia pegi sinki ni nak buka air.. hahaha sinki ni sekadar hiasan je, macam mini library tapi takde pulak kerusi untuk orang melepak membaca. Lagi pulak tu belakang ni toilet. So serius aku tak paham fungsinya.


lepas tu daddy beli pulak ais kepal ni.. meloncat-loncat semula la si Mika tu.



Lepas tu kami biarkan Mika bersuka ria kat kawasan lapang area Plan B tu. kemain seronok dia siap menari cucuk langit. Mika ni seriously sangat hyper. SANGAT!! Adib pun struggle nak control dia.





refused to go back.

Laiqa malas nak layan kerenah abang. Hisap tudung lagi sedap!


Balik rumah terus pengsan.

Thursday, April 23, 2015

Cinta Hati









Monday, April 20, 2015

Peha ayam kene potong!!

This peha ayam went under the knife last Friday.. Ni gambar last week, Jumaat lepas dah keluar mata, kulit dah mengelupas and dah makin besar.


We're not really sure what caused this tapi bengkak ni kami perasan before her 1st jab and ada kesan a very very small lubang. Tak ingat satu or dua. Masa consult 1st paed, bengkak tu keras. So dia suruh monitor jek sebab dia suspect bengkak from jab. Which is normal since Mika pun pernah lebam for a few months sebab jab jugak.

Lepas tu consult another paed pun cakap the same thing. So pasrah lah. Lepas 3 bulan, masa blk Ipoh tiba-tiba bengkak tu jadi lembut, macam ada liquid dlm tu. Blk KL consult balik paed tu, minta referral letter, consult doc pakar kanak-kanak an-nur, setuju nk proceed with minor surgery. Tapi kene pegi ultrasound dulu nak make sure it's safe, takde salur darah yada yada then schedule surgery.

Baru nak tarik nafas, GL ada issue pulak ting tong ting tong postponed, issue GL settle, doc pulak tak available.. Hence the delay~ pheewww!

Mengamuk, combination tak cukup tidur and annoyed nurse datang check and suruh tukar baju.

Unfortunately tak boleh ikut masuk OT, sedikit lega sebenarnya sebab ngeri nak tengok bila dengar apa dorang kene buat. Dengarlah dia meraung masa nak kene gas. Kejap je procedure nya, nama pon minor surgery.

Tapinya, budak tu keluar OT dah jaga.. Start menangis2 sebab lapar. Puasa la katakan.. Yg aku cuak sebab doc cakap kene tunggu dia bangun, ni keluar2 mata dah celik huhuhu

Kata doc banyak giler nanah dalam tu, kaler hijau.

Harapnya sembuh elok la kaki awak tu cik adik, jangan bernanah balik. Tak sanggup dah mummy nak tengok.

Mood tak berapa baik, aku rasa effect gas huhuhu orang agah pun pun takde response. Stone la tuh.

The next day patient kecik ni lari kejap from hospital nak g jadi pom pom girl Mika. Mood elok je takde nampak cam sakit pon.



Then before balik buat dressing baru la nampak luka dia yang amat menggerikan. Open wound kan, lebih kurang 2cm. Nurse main selak2 macam selak langsir nak bersihkan belah dalam tu. Lopong peha anak dara ni. Sampai rumah, dressing dia bergerak pulak. *nangis* nampak lagi lubang tu huhuhu paksa Maliki betulkan.


Semoga cepat sembuh luka tu cik adik.. Susah hati mummy nak naik belon gini.

First experience anak kene admit, harapnya yang terakhir lah.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, April 15, 2015

We made it!!

We survived, just the three of us.. Daddy outstation sehari and i was super nervous. Xpernah kene tinggal overnight with the kids.

Tq Laiqa for being such a good girl. Tido awal, abang terjerit2 pun tak heran dah.

Abang macam biasa.. Drama king sokmo dengan hyper dia lagi. Takde aksi mami monster kali ni. Satu je dah pandai tanya.. Dok ulang2 tanya mana daddy mana daddy amd lambatnya daddy ni hahahaha time daddy ada tanak kawan pulak 🙊




Maliki dah balik boleh pass baton. Goodnight and sweet dreams.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, April 12, 2015

Hujung minggu bersama Mikaman

Dah berminggu-minggu plan nak main dekat padang tergendala.. yang lagi menyedihkan, tiap kali hujan bila dah sampai dekat parking. and each time Mika end up main dekat indoor playground giant. so this week kami tak plan nak ke padang sebab tanak hampakan Mika untuk ke-sekian kalinya. kali ni main dekat rumah je.

Mika loves to play with color, especially water color. disebabkan crayola nya color cam limited je, aku stock up water color biasa je.. berkotak-kotak aku angkut, senang nak main bila boring-boring. so hari ni ajak dia main color, outside. Double the fun hihihi canvas dia?? lantai porch hahaha tak renyah nak kemas-kemas. leave it to the expert, en. hujan.

Dinosaur kata Mika. 

Lepas tu tukar canvas baru pulak. Aku keluar-keluar dah camni dah rupanya. 

"mommy jadi monkey ok?" kene paksa tadah muka.

this is sooo not a good idea. satu, the paint smell terrible! dua, susah nak wash out.. hahaha aku kene sental 3 kali baru hilang warna purple tu. kene cari face paint pulak la lepas nih.

this is how monkey look like according to mika.

daddy pun tak berjaya melepaskan diri. daddy jadi tiger katanya.. zoo mana la budak ni pergi tiger warna biru.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, April 6, 2015

Harta karun Mika

cuti tinggal 0.5 hari lagi walhal baru 3 bulan keje. akibatnya anak tak sihat pun pejam mata hantar pergi sekolah. then rasa bersalah, balik half day pick up dia. 
dari rasa bersalah, sampai sekolah ketawa berdekah-dekah. kenapa?

sebab dia demam, aunty kasi tido kat atas instead of masuk class. lepas tu dia berak dalam seluar. tak nak bagitau aunty and cuba sorokkan bukti. nak tau kat mana dia sorok?? dalam beg sekolah!!! hahahahahaha HAHAHAHAHA hahahahaha

cikgu perasan pun sebab lepas mandi, nak ambik baju lain ada bau semerbak dalam tu dah terjumpalah harta karun Mika. sampai la ni aku tak buka sebab nak kasi hadiah kat Maliki hahahah according to aunty, semua baju habis kene kecuali baju tido.

mummy: kenapa Mika tak bagitau aunty nak berak?
mika: takpelahhh
mummy: abis taik kene bag cemana?
mika: takpelahhh
mummy: sapa nak basuh bag sekolah mika?
mika: takpelahhh
mummy: mika basuh sendirilah
mika: takpelahh, mika basuh bag *confident sangat padahal nak suruh tanggal spender pun menjerit!!

sebab tak puas hati, aku tanya lagi dan lagi dan lagi.. sambil bagi a few option kat dia kot-kot dia tatau nak suarakan reason dia sorok harta karun dia tu, takut ke malu ke.

mika: nanti aunty suruh face the wall cemana.. mika tanak face the wall~

padahal aunty cakap kalau suruh dia face the wall, dia tak takut pun. siap buat dek lagi! lepas tu siap refuse lagi buat apa yg aunty suruh buat dalam class.. #anaksapani

tengok!! ko tengok.. dah sebulan lebih potty train pun takde improvement ni!! aku salahkan maliki sebab selalu paksa dia basuh berak sendiri sambil cakap eee eee~~

p/s: serius tak leh bayangkan cemana la rupa dia masa nak sorokkan harta karun dia tu, sangat lawak tapi kesian pun ada.. apa la dia rasa sampai macam tu sekali solution dia...

Friday, April 3, 2015

Mermaid la sangat~

Laiqa the-not-so-graceful-mermaid hahaha training byk lagi ye adik





Ekor mermaid pun besar lagi, tak fit properly asyik nak tertanggal je. Budak ni pulak tak boleh duduk diam, rasanya menurun perangai abang! Naya nih!

Picture courtesy of cik totty! Esok amik gambar Laiqa lagi ye muni hehehehehe

- Posted using BlogPress from my iPhone