Showing posts with label finger-licking good~. Show all posts
Showing posts with label finger-licking good~. Show all posts

Friday, May 10, 2013

Strawberry OVERLOAD!

Dah lama tak update pasal makanan..
Since last week kami pegi Cameron Highlands, banyak la stock strawberry dalam peti.. Nak elakkan pembaziran gigih la masukkan strawberry dalam segala benda.


Chocolate strawberry. Kombinasi serbuk coklat dari coffee bean dengan strawberry. Mika dah tido so tak perlu berebut~ hehehehe
Sila jangan beli serbuk coklat coffee bean sebab tak sedap!! Terlampau milky~ sebab harga mahal, den telan sajalah!


Ni pulak strawberry pancake topped with honey and strawberry! Bekal Mika pergi school sebenarnya, ada lebih mummy tumpang sekaki. Sodap!!


yang ni puding roti oat with strawberry and raisin. ni second batch buat. kegemaran anak bujang nih..


Last but not least Mikaman topped with strawberry!! Hidangan paling enak di dunia~ auummmm!!!

Monday, March 5, 2012

Tollhouse cookies~

Finally.. Lepas berbulan oven tak berbau harum, harini saya give in kepada kehendak suami..
Kerajinan melanda sebab harini work from home, sah-sah pukul 6 dah free... No traffic la katakan hihihi tepat jam 6, terus sinsing baju masuk dapur~
Since biskut ni simple jek.. By 7 semua dah siap.. Tinggal tunggu oven berbunyi jek~
hasilnya tidak menghampakan walaupun ni first time kami


Dinner for tonight





Taste wise, yummilicious!!



Makan satu tak cukup!! Silap-silap habis satu balang malam ni jugak~ kalau jeans takleh sarung, salahkan en suami!
Apa lagi?? Jom makan biskut!!

p/s: Mika pun turun dapur tolong mummy buat biskut~

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, January 8, 2012

Mengidam

Tiba-tiba termengidam benda nih!!


Lepas dh deliver, mengidamnya makin teruk dari pregnant!! Camne nak kurus murus balik camni??

p/s: emo betul dengan diri sendiri.. Jom makan eskrem potong!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, July 22, 2011

Lempok Durian~~

korang pernah dengar tak lempok durian.. selalu orang panggil kuah durian je kan.. tp kami orang-orang perak panggil lempok durian.. ermmm sedap~~ semenjak dua tiga hari ni, cam teringin giler nak makan lempok!! terbayang-bayang tiap malam.. tapi bila sampai kat giant, tengok durian macam tak bernafsu pun.. adakah baby M mengikut jejak daddy tak nak makan durian?? owh tidak!! anak mummy semua kene makan durian okeh~~ wajib period.
al-kisah, nak dijadikan cerita.. balik keje semalam, husband kak manja menunggu depan pintu sambil menghulur seplastik durian.. fuh, rezeki jangan ditolak!! since en husband is not around, aku mengambil pemberian neighbourku dengan hati terbuka dan tersengih riang mengalahkan kerang busuk~ 
walaupun durian tu tak berkupas lagi, ku gagahkan diri mengopek sebijik durian.. orang kampung mesti reti buka durian.. macam aku~! wah, bangga~~ lepas makan beberapa ulas, cam tak puas hati.. terus angkat phone, call mak minta resepi nak masak lempuk!!


hidangan dinner saya malam ini, bersama sebiji manggo~


letak je phone, terus keluarkan bahan-bahan yang diperlukan.. sanggup keluar ke belakang rumah maghrib-maghrib sebab nak ambil daun pandan.. gembira nyamuk sekalian alam menyedut darahku yang manis ni~


hasil yang tidak mengecewakan.. supper roti cicah lempok durian!! priceless~~

kacang je nak buat lempok durian ni rupanye!! jom share resepi:
5 ulas durian dilenyek-lenyek
3 sudu gula (ditambah mengikut rasa)
sehelai daun pandan
secawan santan (bergantung kepada kepekatan yang korang suka)
sedikit gula merah (sebagai pewarna - kalau tak letak pun tak apa)
sedikit garam (nak kasi berlemak sikit rasa lempok tu)

p/s: aqilah mari lah makan lempok durian.. chawanna, cik totty jangan jeles.. korang tunggu mak punya jek la.. tak sempat nak anto ha, dah nak abis dah nih!!

Sunday, February 20, 2011

Road trip si budak bujang!!

Eh eh.. road trip lagi?? Huhu I love road trip!! But this time I didn’t go with my dear husband sbb dia sangat berlagak tanak balik dari dubai tu!! Lucky I have kak Noorul and en Hizam jadi peneman!!  We didn’t actually plan for this road trip.. the reason why we went out in the first place is for them to show me how to get to Giant Shah Alam for my interview.. haha nak pergi Giant Shah Alam pun aku tatau walaupun berpuluh kali dah lalu, tp since there was no reason for me to drive there.. I don’t really pay attention to the road.. tau-tau dah sampai jek. So haruslah tak confident kan nak drive sorang-sorang!!
Since tak jauh mana pun, and berbekalkan direction yang en husband kasi.. tak sampai sejam pun dah settle.. and since hari masih awal (cewah!) kitaorg pon decide nak pegi somewhere else.. dok melepak kat rumah je amat la memboringkan.. kak Noorul suggest nak pegi Tanjung Malim, kononnye ada kedai makan sedap kat situ.. tp sebab semua orang tatau nama kedai or the exact location, kitaorang tukar plan!! Maka bermulalah siri jalan-jalan cari makan edisi port klang! Hihihi
Kak Noorul cakap ada kedai sedap kat pulau indah.. since takde sapa pernah sampai, kitaorang iyekan aje lah… drive punya drive, sampai le ke pulau indah ni!! Jauh gile ye pulau ni!! Last-last kitaorang end up dekat Westport! Satu kedai makan pun tak nampak batang hidung.. haruslah pelik kan!! Pastu buat u-turn, then amik the other exit.. kot-kot la jumpa kedai makan.. sekali jeng jeng jeng!!!
Kitaorang sampai to the end of the road kat pulau indah ni!! Hahaha boleh?? Punya la excited aku and Noorul sebab tak pernah sampai ke tempat-tempat yang hujung-hujung dunia nih.. nasib tak turun amik gambar jek!! Last-last singgah dekat guard house bangunan Commercial Free Zone Tanya kat mana nak cari seafood.. rupanya segala kedai makan seafood ni boleh jumpa kat tanjung harapan jek..
Sampai jek tanjung harapan, rambang mata sebab banyak la sangat kedai makan kat sini.. lagi pulak semua tatau kedai mana yang memang best.. aku aritu ngan cik abang pun main tikam je.. tak berapa nak sedap la pulak.. so kene la make sure kali ni mengena kedai sedap!
Last-last kami pilih Restoran D’Harapan!! Kedai yang paling hujung sekali!!
 
sotong goreng tepung!! aku tak recommend la korang order sotong goreng tepung kat sini sebabnye tak sedap mana pun.. yang aku masak pun sedap lagi.. tepung dia tebal sangat, dah macam cucur sotong dah.. tepung dia pun tak rangup, sama cam cucur!! sangat disappointed!!
 
yang ni pulak asparagus.. masak apa aku pun tak reti nak cakap.. sebabnye, kitaorang serah jek kat tukang masak.. sebab tak reti nak decide nak masak apa.. agak menyesal jugak sebab tak sedap mana.. patut suruh dia grill biasa saja sudah.. dah tentu yummy!
 
oh la la!! Lala masak pedas!! favourite aku nih.. for me ok-ok jek la resepi ni.. aku rasa yang dekat TPM tu lazat berkrim lagi..
 
Ni ikan jenahak masak stim limau!! this is the best served food that nite.. aku cium bau je dah teruja..oooo, tengok gambar ni je pun boleh buat aku terliur.. kuah dia rasa masam-masam and pedas!! sangat membuka selera.. yang hijau-hijau tu semua cili.. memang berasap makan dia, tapi ni la lauk yang paling laku and licin malam tu!! lain kali memang kene datang lagi makan ikan ni!!
Sotong bakar!! aku tatau pun sotong bakar boleh jadi sesedap nih!!! sotong bakar ni memang berbaloi-baloi la kalau korang order.. kuah cicah dia pun sedap sehingga menjilat jari.. lepas ni confirm aku tak pandang dah sotong goreng tepung unless kalau aku sendiri yang masak.. rasa dia lebih kurang macam rasa satay jugak la.. cuma gantikan la ayam or daging tu dengan rasa sotong..
time flies when you're having fun kata orang.. betul sangat!! bila happy cause you got delicious food and nice people with you, tak sedar pun betapa lamanye kitaorang melepak kat kedai t.. kul 12 baru la kami gerak pulang~~

p/s: kesedapan ikan jenahak and sotong bakar mengatasi kekurangan lauk-lauk yang lain tu!! so yes, i'll definitely come again!

Thursday, February 17, 2011

Murni Discovery, Aman Suria

Last Friday, since the husband is not around for the gazillion times.. i decided to join my colleague for dinner!! berjimba-jimba sambil berlagak bujang is fun once in a while~~ since i can't stand spending another day watching the tv or surfing the net, i asked hizam if he's free to hang out!! since budak itu adalah socialist yang sangat hebat, dengan pandainye dia pilih Murni Discovery.. Noorul and I has been dying to go to this place sebab budak-budak servicedesk selalu la dok promote2 kesedapan kedai nih!! pucuk dicita, ulam mendatang!!
plan nak keluar pukul 8pm, betul-betul lepas Noorul abis keje.. tetapi sebab berjanji dengan apek itu, harus la delay sejam.. hish janji kul 8, keluar office kul 9!! apa kes?? panas jugak la bontot mak duk menunggu kat rumah, siap dok kira-kira bape banyak kereta lalu depan rumah lagi!!
dalam kul 9.30 baru kak Noorul sampai, then tunggu apek pulak another 20 minutes.. last-last, 10 lebih baru sampai ke Murni Discovery tuh.. perut dah berkriuk-kriuk dah!! si hizam pun tension jek menunggu kat kedai tu.. ngehngehngeh!! sampai jek terus minta menu!! kami macam jakun (read: noorul and myself) bila tengok menu tuk drinks dia.. very the creative one i tell you!! korang nak air apa?? poison, i love you.. semua ada!!! dengan skill manipulative yang ada pada diriku yang kecik molek ni, aku berjaya la suruh dorang order air yang aku nak, boleh?? hasilnya??
dont worry, be happy and i miss you!! this is the secret message i want to send to my dear husband!! cool kan?
for me, among these three.. the best drink is none other than "dont worry" sebab ada asam boi!! my favourite!!
as for food pulak, aku order lamb chop.. sedap!!! sauce dia pun yummy jugak.. aku kasi 3.5 bintang~~ 
gambar ni dicuri from murni discovery fb, uploaded by NurAnisya Shahriman
kak noorul makan mee raja, which is one of their specialty dish. takde la sedap mana aku rasa, tak faham kenapa jadi specialty.. review mee raja pun mostly semua cakap this is one of the best dish~ lain orang lain rasa la gamaknye kan?
gambar ni pulak aku curi kat sini : pic source
Apek pulak order Nasi Lemak Ayam Goreng!! Nampak sedap, tapi aku tak mencuba pun cause i was too buzy enjoying my lamb chop~~
gambar ni pun curi jugak from here
punya la best kan bujang, dok bersembang-sembang sampai pukul 1 lebih baru ingat nak balik! ngehngehngeh, sekali sekala terlepas kene la enjoy!!

p/s: semua gambar curi cause si apek tak pass lagi gambar yang kami amik!! hish apek nih!

Thursday, February 3, 2011

Rocky and Pocky

Boleh percaya tak baru hari ni aku tau chocolate Rocky asal dari Japan.. hasil dari research that I did today I found out that its original name is Pocky, but was renamed to Rocky in Malaysia cause Pocky sounds like “Pork”.. 
 Pic source: Wikipedia
Kenapa tiba-tiba aku nak tulis pasal chocolate ni.. cam takde keje lain kan.. alkisahnye, aku ni kan hantu chocolate. Boleh dikatakan everyday aku kene makan chocolate, kalau tak rasa something is missing.. so masa kat Terengganu last week, tiba-tiba aku teringin nak makan Nini chocolate celup!! Since dah tau memang ada jual kat Petronas, aku pun amik kesempatan la time en husband isi minyak.. niat dihati nak beli dua.. satu nak makan satu nak simpan tuk the journey back to KL.. ubat tahan mengantuk la konon. Sekali aku terpandang la si Rocky ni.. terus changed my mind.. belum sempat bayar, nampak pulak flavor ni.. 
Milk flavor pun ada tapi tak sempat nak snap gambar cause i was super excited!! lain dari lain sebab memang sepanjang aku meronda kat chocolate section kat supermarket memang aku tak pernah nampak.. terus la amik 2 kotak hahaha nasib baik sedap.. masalahnye, kalau tiba-tiba aku mengidam nak banana choc flavor ni nak cari celah mana kat kl ni?? Takkan nak balik Terengganu pulak kan.. naya!


information source - Wikipedia


p/s: roger-roger la aku kalau korang terserempak dengan kotak monyet ni!

Wednesday, July 21, 2010

Sandwich satu!

i'm working from home today since i'm not feeling so well.. heaven giler boleh kerja sambil bergolek2 depan tv.. pastu bila free and bosan takde keje.. boleh main wii!! hahaha satu je drawback.. tak dpt mkn lunch.. 
1- malas nak masak sbb mkn sengsorg
2- malas nak keluar tapau sbb takde mood


kakaka... kesimpulan nye.. aku sangat malas hari ni... tadi makan maggi jek.. but right now, i'm craving for this:
o'briens chicken tripledecker.. yummy!!

lemak berkrim disukai ramai!! bila agaknye boleh makan ni lagi??