Showing posts with label activities. Show all posts
Showing posts with label activities. Show all posts

Wednesday, April 23, 2014

What I do~

Aktiviti harian Mika.. bila dia tak layan tv, this is what he loves to do..

 main sticker.. penuh tangan~ selain tangan, mangsa Mika selalunya almari, lantai, basikal and kerusi poang.

 admiring his art work



 ni aktiviti kegemaran.. watercolor! pantang nampak menjerit-jerit nak lukis. mulanya guna brush, pastu alih ke tangan pulak..






 finally guna kaki pulak dah..


kalau kasi dia main kaler-kaler ni.. memang lama dia leka.. tak kisah la guna watercolor or crayon or color pencil.. kalau aku penat and tak larat nak melayan, keluarkan coloring books and color je.. kadang-kadang sampai nak tido pun dia gigih nak mengaler lagi.

Thursday, April 4, 2013

The return of TAX REFUND!!

I was so happy when I found that my tax return was credited to my account yesterday!! Hooray!! korang dah dapat?? 
1st thing that came to my mind : shopping spree in HCM!!

Tapi sebab tak sabar nak abiskan duit, I splurge some of it in Japan~! #bermimpi
 
Muji je sebenarnya!

 
Arcylic organizer to organise my make make-up. 
 
I've been eying this organiser for some time, tapi tak pernah jumpa except kat e-bay.. Shipment is very the lambat, and I cannot wait that long. My wallet has yet to arrive.. Sebulan dah SEBULAN!! Tertipu rasa bayar shipping mahal tapi end up dia pakai siput babs je kot nak deliver wallet tu, but that's another story~

  
Tak tau kenapa dorang letak nama dia Chubby Box. They have sooo many design, I have hard time deciding. Kalau ikut nafsu, mesti dua tiga kotak aku tapau!
 
  
Andddd I added a small jewellery container to put my pins and rings. They do have a bigger jewellery case tapi my harta ada dua tiga kerat je, rugi space.
 
 
My humble make up collection. Nasib tak amik 5-tier, 3-tier pun tak penuh!
 
 
Ada space lagi ni kalau nak beli Naked2 and That Gal primer nih~ 
Mika mata juling tengok make up mummy.. Punyalah susah nak snap gambar ni sebab dia dok nak mencapai~


 
Kesian, Mika bertukar menjadi Monster!He cried with actual tears! #drama

p/s: please excuse the noisy picture!! picture are all taken with iPhone4.. low lighting equals to lots of noise!  haih.. nak compact camera satu boleh daddy?

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, March 19, 2012

Earn Your Stripes Challenge - Last Day

Today is the last day for Mamypoko Earn Your Stripes challenge!! FREEDOM!! muahahahha i spent soooo much time on this game just to be on the top 15 list!! 

aku berjanji tidak akan masuk contest-contest macam ni lagi, lama giler kot dorang buat contest ni.. kalau seminggu dua tu boleh la nak accept lagi.. ni 3 bulan giler ke apa?? orang ada anak and laki nak di-entertain woii!! still pelik cemana orang lain cam rileks je main berjam-jam, score berjuta-juta in a day.. takde laki and anak ke nak dilayan?? maybe dorang ada maid kot~ 
awal-awal tu aku pun semangat sampai berjaya naik no 8, tapi after a few weeks macam hish buang masa.. kalau dpt no 1 tu ok la jugak~ tiap hari main 2 session je which is awal pagi and malam-malam, main masa pumping session.. cukuplah just nak maintain top 20 tuh!

p/s: pesan utk sang suami, next time ada contest2 gini sila diam2 je kalau xnak makan minum terabai.. sekian!

Monday, March 5, 2012

Tollhouse cookies~

Finally.. Lepas berbulan oven tak berbau harum, harini saya give in kepada kehendak suami..
Kerajinan melanda sebab harini work from home, sah-sah pukul 6 dah free... No traffic la katakan hihihi tepat jam 6, terus sinsing baju masuk dapur~
Since biskut ni simple jek.. By 7 semua dah siap.. Tinggal tunggu oven berbunyi jek~
hasilnya tidak menghampakan walaupun ni first time kami


Dinner for tonight





Taste wise, yummilicious!!



Makan satu tak cukup!! Silap-silap habis satu balang malam ni jugak~ kalau jeans takleh sarung, salahkan en suami!
Apa lagi?? Jom makan biskut!!

p/s: Mika pun turun dapur tolong mummy buat biskut~

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, September 20, 2011

Parenthood : Baby Cot!

hari tu kami siarkan operasi basuh membasuh.. so today operasi bertukang pulak diudarakan.. chewah!! tak lain tak bukan baby cot tuk budak kecik ni lah.. sekali lagi, terima kasih yang teramat-amat kepada kawan-kawan office yang bermurah hati sponsorkan baby cot tuk baby M.. saya and baby M sangat suka!!
baby cot ni telah dideliverkan a week before raya, time aku tak mandi lagi tengah sebuk nak buat kuih raya before balik ke kampung halaman~~ so kami peram je la dulu baby cot ni, walaupun aku memang dah tergedik-gedik nak pasang malam tu jugak hahaha aku memang over and aku tak kisah ;p
habis jek cuti raya, kitaorg pun berhempas pulas mengemas rumah pulak.. satunye sebab nak make space tuk menyambut si kecik ni nanti.. duanye sebab aku nak berpantang kat KL je kan, so confirmlah nanti sedara mak nenek semua nak datang bertandang tengok baby baru kan (eh ada orang nak datang ke??).. so aku nak make sure rumah ku bersih tip top and selesa and guest friendly la kononnye.. so berhempas pulas la kami suami isteri (eh, isteri tolong tengok je banyak.. tq en abang sayang).. dari bedroom kami sampai la ke guest room and store room.. banyak la barang-barang yang aku campak dalam tong sampah sebab en suami adalah seorang hoarders yang berjaya!! 2 hari en suami berhempas pulas kemas rumah baru settle!!
 
finally, the time has come to unwrap baby M's baby cot :D
 
 
baby cot dipasang terus dalam bilik sebab malas nak mengangkat.. master bedroom itu sangatlah kecik, rasa cam nak suruh baby M tido kat luar jek.. hahaha (bila la nak dapat rumah besar sikit nih??)
 
sangat suka sebab ada wheels.. konon2 senang la nak mengusung baby cot ni sampai ke dapur.. malangnye tak muat plak baby cot ni kat space yang kecik tu.. so end up kene tanggalkan wheels dia..
 
look, ada orang minyak menyorok bawah katil baby M!!
baby M duduk sebelah cermin.. jangan nanti jadi vain and perasan sorang-sorang sudah!! gambar baby cot yang final tak dapat nak disertakan kat sini sebabnye tak siap pun lagi.. bila dah pasang bedsheet and crib bumper baru la kita up gambar~

p/s: dengan ini, mummy mengistiharkan mummy sudah ready to welcome baby M to this world.. keluar when you are ready ye sayang.. muahsss~

Tuesday, June 21, 2011

Bila mak buyung nak melawa!

Dua minggu lepas, aku busy mengalahkan mak datin.. kene attend 5 weddings in 4 day.. glamour tak glamour aku kan.. hahahaha *mode perasan*

Dua wedding kat Terengganu.. punyalah gigih amik jugak cuti Khamis tu nak kejar wedding cousin cik abang! Sila kenang jasa isterimu ini, ye wahai sang suami!! 

Petang Jumaat berkejar pulak balik KL sebab ada majlis cik Tepah, kawan lama dengan majlis Jai.. Excited giler nak pegi wedding si Tepah sebab boleh bergathering bersama-sama kawan-kawan tiga suku itu~~ haruslah budget nak melaram la kan since sejak-sejak pregnant ni aku macam sangat selekeh.. usahkan nak pakai make up, nak tampal bedak pegi office pun susah! pastu nak berjumpa kawan-kawan lama yang sah-sah memang akan melaram macam nak gile.. tanak aku ketinggalan!! so berangan la nak pakai heels macam biasa...aku pun amik le heels yang memang dah lama tersadai dalam boot keta, kaki plak sarung kasut slipper hijau.. konon-konon sampai sana baru pakai heels tu.. 

bila dah sampai hall kat Manjalara Damansara tu, aku pun sarung la heels.. tengok-tengok heels tu dah lunyai!! waaaa.. punya la panik kan.. aku dah la takde kasut lain except selipar hijau yang aku pakai tadi.. sob sob sob.. baju dah cun melecun siap lip lap dah, sekali selipar hijau.. owh nooooo!! baju merah, handbag biru, kasut hijau?? dah macam pokok krismas la kan...
nasib baik cik abang gigih cari kasut croc aku yang hilang dalam kereta dia masa pegi Terengganu aritu.. nasib baik jumpa.. at least better than selipar hijau tu!! so terpaksa la aku merelakan..
tak pernah dalam sejarah aku pakai crocs dengan baju kurung.. pregnant or not, baju kurung must be paired with heels!!

the next week nye pulak, aku mimpi apa tah.. nak melaram pegi office plak.. so aku pakai la slack dengan baju blouse formal... tatau la kenapa aku blur sangat hari tu.. aku sarung la selipar hijau keramat tu, sebab nak panaskan enjin sementara kemas-kemas laptop.. bila dah siap-siap, aku sekali lagi tanpa sedar menyarung selipar hijau tu lagi.. kunci pintu gate macam biasa then dengan happynye drive pegi office.. sampai kat traffic light depan office, aku terpandang kaki sendiri.. then terfikir kenapa aku pakai kasut selipar tu.. 
 selipar hijau keramat!

sungguh la blur, dah la takde kasut extra dalam kereta... pakai dah formal, dengan make up bagai.. tapi kaki pakai selipar je.. warna hijau pulak!! stress sungguh.. dengan muka selamba aku masuk je office... hahaha nasib tak ramai yang perasan.. cuma aku rasa sangat annoyed sebab bila turun tangga, bunyi selipar tu sangat bising.. bila dia berbunyi, orang semua tengok kat kaki aku.. dang!

p/s: orang kata kita jadi pelupa lepas delivery sebab banyak wire dah putus.. aku baby dalam perut pun dah nyanyuk semacam ni apa kes?? scarrrryyyy!!

Sunday, May 22, 2011

Pizza Keras!

Dinner malam ini ialah:::
Biskut Pizza!!

Penat fikir nak makan apa.. Sejak pregnant ni, time makan paling aku menyampah sebab selalu tatau nak makan apa.. Semua tak kena, yang itu nampak tak sedap, yang ni nampak tak menarik!! Selalu ada org tukang drive or tapau tp orang itu outstation lagi.. Redha jek la kan baby~~ makan je la apa yang mummy sumbat!!
Instant pizza pun jadilah~~ tp instant pizza ni keras gedeguk!! Lagi keras dari cookies.. Hahahaha cik totty baca instruction takat heat the pizza for 5-6 minutes jek.. Terus campak dalam microwave.. Sekali keluar keras giler.. Nak tanak layankan aje, tak baik membazir~

Muka terpaksa!

p/s: cik abang, kasihanilah kami.. baliklah cepat!

- Laney on BlogPress

Sunday, February 20, 2011

Road trip si budak bujang!!

Eh eh.. road trip lagi?? Huhu I love road trip!! But this time I didn’t go with my dear husband sbb dia sangat berlagak tanak balik dari dubai tu!! Lucky I have kak Noorul and en Hizam jadi peneman!!  We didn’t actually plan for this road trip.. the reason why we went out in the first place is for them to show me how to get to Giant Shah Alam for my interview.. haha nak pergi Giant Shah Alam pun aku tatau walaupun berpuluh kali dah lalu, tp since there was no reason for me to drive there.. I don’t really pay attention to the road.. tau-tau dah sampai jek. So haruslah tak confident kan nak drive sorang-sorang!!
Since tak jauh mana pun, and berbekalkan direction yang en husband kasi.. tak sampai sejam pun dah settle.. and since hari masih awal (cewah!) kitaorg pon decide nak pegi somewhere else.. dok melepak kat rumah je amat la memboringkan.. kak Noorul suggest nak pegi Tanjung Malim, kononnye ada kedai makan sedap kat situ.. tp sebab semua orang tatau nama kedai or the exact location, kitaorang tukar plan!! Maka bermulalah siri jalan-jalan cari makan edisi port klang! Hihihi
Kak Noorul cakap ada kedai sedap kat pulau indah.. since takde sapa pernah sampai, kitaorang iyekan aje lah… drive punya drive, sampai le ke pulau indah ni!! Jauh gile ye pulau ni!! Last-last kitaorang end up dekat Westport! Satu kedai makan pun tak nampak batang hidung.. haruslah pelik kan!! Pastu buat u-turn, then amik the other exit.. kot-kot la jumpa kedai makan.. sekali jeng jeng jeng!!!
Kitaorang sampai to the end of the road kat pulau indah ni!! Hahaha boleh?? Punya la excited aku and Noorul sebab tak pernah sampai ke tempat-tempat yang hujung-hujung dunia nih.. nasib tak turun amik gambar jek!! Last-last singgah dekat guard house bangunan Commercial Free Zone Tanya kat mana nak cari seafood.. rupanya segala kedai makan seafood ni boleh jumpa kat tanjung harapan jek..
Sampai jek tanjung harapan, rambang mata sebab banyak la sangat kedai makan kat sini.. lagi pulak semua tatau kedai mana yang memang best.. aku aritu ngan cik abang pun main tikam je.. tak berapa nak sedap la pulak.. so kene la make sure kali ni mengena kedai sedap!
Last-last kami pilih Restoran D’Harapan!! Kedai yang paling hujung sekali!!
 
sotong goreng tepung!! aku tak recommend la korang order sotong goreng tepung kat sini sebabnye tak sedap mana pun.. yang aku masak pun sedap lagi.. tepung dia tebal sangat, dah macam cucur sotong dah.. tepung dia pun tak rangup, sama cam cucur!! sangat disappointed!!
 
yang ni pulak asparagus.. masak apa aku pun tak reti nak cakap.. sebabnye, kitaorang serah jek kat tukang masak.. sebab tak reti nak decide nak masak apa.. agak menyesal jugak sebab tak sedap mana.. patut suruh dia grill biasa saja sudah.. dah tentu yummy!
 
oh la la!! Lala masak pedas!! favourite aku nih.. for me ok-ok jek la resepi ni.. aku rasa yang dekat TPM tu lazat berkrim lagi..
 
Ni ikan jenahak masak stim limau!! this is the best served food that nite.. aku cium bau je dah teruja..oooo, tengok gambar ni je pun boleh buat aku terliur.. kuah dia rasa masam-masam and pedas!! sangat membuka selera.. yang hijau-hijau tu semua cili.. memang berasap makan dia, tapi ni la lauk yang paling laku and licin malam tu!! lain kali memang kene datang lagi makan ikan ni!!
Sotong bakar!! aku tatau pun sotong bakar boleh jadi sesedap nih!!! sotong bakar ni memang berbaloi-baloi la kalau korang order.. kuah cicah dia pun sedap sehingga menjilat jari.. lepas ni confirm aku tak pandang dah sotong goreng tepung unless kalau aku sendiri yang masak.. rasa dia lebih kurang macam rasa satay jugak la.. cuma gantikan la ayam or daging tu dengan rasa sotong..
time flies when you're having fun kata orang.. betul sangat!! bila happy cause you got delicious food and nice people with you, tak sedar pun betapa lamanye kitaorang melepak kat kedai t.. kul 12 baru la kami gerak pulang~~

p/s: kesedapan ikan jenahak and sotong bakar mengatasi kekurangan lauk-lauk yang lain tu!! so yes, i'll definitely come again!

Wednesday, January 5, 2011

Dalam hati ada taman!!

Spotted!!
Rock-rock jugak, dalam hati tetap ada taman!!

p/s: Road trip adventure akan di-upkan later this week.. i hate streamyx!

Friday, October 29, 2010

New~!!

Bored with the same background, i've finally find the time to revamp this blog. I'm sticking to white and red as this is our wedding theme and i totally dig this 2 colors combination!


This layout and design is best view in chrome, although i don't see any different in IE except for the missing semi transparent background for the sidebars. I haven't test this via Safari or Firefox, hope there won't be much different there as well~


I hope you guys like it!! 

Tuesday, October 26, 2010

It's our secret!!

wanna know why out of sudden i updated my blog with Wondergirls video and lyrics?? Remember this post Glamfest 2010??

uh-huh.. i was one of the selected one to perform this during the Glamfest this year.. and to tell you the truth i believe my name will be "the selected" one every year!! dang!!

today is the 2nd practice session with our choreographer and we are struggling.. the dance looks sooo simple and yet it was sooo complicated as you have to move both arms and legs at the same time.. and if that's not confusing enough, you have to remember which arm or leg to move first.. while doing all that, try counting your steps while trying to catch the beat.. hahaha i seriously look like one retarded clown.. 

the "best" part is, on top of all that we have to act and lip-sing in Korean!! not sure if i can do this.. 

p/s: don't tell a soul, k? this is suppose to be a secret~!

Wednesday, October 20, 2010

Project Salt Water Aquarium - Part 2

pagi ahad, sekali lagi dia bangun awal. excited sebab dah boleh start isi segala macam mak nenek dalam filter dia. first attempt letak air je, partition2 tu semua tercabut sebab tak dapat menampung pressure air. kesian! lama jugak la dia bertarung nak settlekan problem partition tu.. sampai aku pun naik tension! lepas tu kitaorg g rumah baby lah, singgah rumah na la.. on the way ke rumah na, singgah kedai akuarium kat danau kota tu beli pump. dia beli 2 pump, satu nak turunkan air ke luar and satu lagi nak naikkan air masuk dalam akuarium.  balik2 je dari midvalley, semakin excited dia nak start pump air. godek punya godek, siap la akhirnye!!

lega la konon sebab dah siap. pasang2 je pump tu, mula2 cam cantik je dia nye flow. tapi bila dah lama, air kat akuarium tu jadi makin sikit and air dalam filter box tu semakin banyak sebab dia beli pump, satu pressure kuat, satu lagi slow sikit. punya la lambat reaction pak cik ni sampai air akuarium tu dah hampir nak kering. bila air kat dalam filter tu dah nak melimpah, dua2 ekor panic. pastu en husband plak pandai, pegi tutup filter yang nak anta air masuk balik dalam akuarium tu! mmg melimpah2 la air dalam filter tu!! nasib aku cerdik jugak nak tutup filter satu lagi... satu keje lagi nak lap lantai plak. kalau air tawar takpe, air masin pulak tu! pastu menyesal kenapa tak beli filter sama jek.. pikir punya pikir akhirnye dia buat filter system biasa jek sementara mencari idea nak menjayakan filter system impian dia.

keputusan akhir: mission failed.




p/s: tatau la bila dia nak resume project dia ni.. macam akan tergendala je lagi. angan angan taik ayam betul la!

Sunday, October 17, 2010

Project Salt Water Aquarium

Dah beberapa bulan akuarium salt water kami terbiar, blame the lazy husband. lepas momo dan si biru membunuh diri, dibiarkan je akuarium tu. nak jenguk pun tak sampai hati sebab ikan tinggal 3 ekor jek. lepas tu pump pulak rosak, lagi la takde mood dia nak mengodek-godek akuarium tu!! so hasilnye, segala macam rumpai laut berkumpul kat batu tu dah macam hutan banat.. ikan2 tengok pun ngeri!! nasib si poppy tu tak bunuh diri.. tapi crabby jadi semakin depressed sampai sanggup membunuh diri!! yahooo leh la aku menternak udang plak dalam tu.. sebelum ni segala macam udang abis kene makan dengan crappy si hermit crab. pandai buang bukti plak tu!! curi2 makan udang dekat belakang batu.. ingat aku tak nampak la kan!!


pagi sabtu, husbandku bangun awal giler.. sampai zohor jugak la dia dok bersihkan akuarium and bancuh air baru.. lepas tu kitaorg pegi shopping, ikan2 dia biarkan dalam besen kecik tu jek.. kesian jek ikan2 tu. aku dok risau kot2 ikan2 dalam tu mati. tapi en husband confident cakap selamatnye dorg tu.. so dengan senang hati aku ajak pegi mines. saja nak jenjalan.. kakaka.. dah pukul 9 mlm baru balik!! so lambat la dia start berkerja. dia just sempat buat partition tuk filter dia je. time dia tengah buzy ni la aku dok curi2 buat kad anniversary tu. dan malam tu jugak si goby berjaya membunuh diri!! hahaha walaupun dah ditutup besen tu dengan paper, dia jumpa jugak lubang nak melompat keluar.. betul la orang kata dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.. time kitaorg sedar tu memang dah keras kejung jek kat atas lantai.. so ikan pun tinggal la dua.


p/s: to be continue~~ guwa mengantuk giler neh.. penat layan si kura-kura tadi!!

Wednesday, September 22, 2010

Happy Winner!!


YAAHHHHOOOOOOOO!!


YESSS!! We won the photo challenge contest!! 

And the grand prize for this challenge issss 
(drumroll!!!)


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Return tickets to Yangon, Myanmar for two

Jangan jeles!! Berbaloi2 masuk contest anjuran travelholic neh!

Thanks to Sekupang Team, pihak penaja and all the juries.. i heart u guys!! Tahun depan sila buat lagi.. aku confirm join tanpa segan dan silu!!

For more info on Yangon, please go to this link Yangon Attraction
p/s: cik abg sayang.. kene start buat itenary la camni!

Tuesday, September 21, 2010

Mari menganyam ketupat..

Demi untuk menyahut cabaran Photo Challenge Team Sekupang, aku berusaha belajar menganyam ketupat sambil2 belajar masak nasi briyani... hehehe 

first step, process melilit daun kelapa di kedua2 belah tangan.. 
process menganyam bermula.. muka serius + stress giler sbb tgn keras.. seksa gila nak anyam daun2 kelapa tu.. mulut plak tak abis2 baca mantra "atas, bawah.. atas, bawah.."
ketupat dh nampak rupa sikit..
last step ni mmg mencabar kesabaran aku.. berpuluh kali buat pun tak jadi.. sampai ayah mertua aku pun naik confuse and lupa cemana nak end kan anyaman nih.. hahah kesian~~
happy berjaya siapkan ketupat tuk photo challenge.. walaupun buruk ketupat tu, ada rupa ketupat jugak kan.. tak rock la pegang ketupat siap bawah lampu ketupat tu ;p
harap2 tahun depan tak lupa la cemana nak menganyam ketupat neh.. aritu wa dah belajar tp sbb tak pernah buat, harus la lupa balik.. 

Monday, September 20, 2010

Photo Challenge Balik Raya - Laney

1. Blogger bergambar dengan itik/ayam hidup, mesti tunjuk guna jari telunjuk kat itik/ayam tu


2. Blogger cangkung tepi sungai/tasik, mesti kuis2 air sungai/tasik tu

3. Blogger tengah mandi hujan, mesti basah kuyup lencun abis 

4. Blogger tengah buat kesalahan jalan raya, tak kisah salah apapun, tapi mesti tengah buat salah - ni mcm selalu je kitaorg buat hahaha

5. Blogger diri sambil makan kuih raya bawah palang goal, mesti nampak padang tu luas, tak kisah goal post apa pun - challenge ni dua kali aku buat sbb first time aku p duduk bawah palang goal tu.. cis nasib aku pegi mana2 pun mmg sorong balang kuih.. hahahah

6. Blogger bermain bunga api dalam hujan

7. Blogger pakai baju kurung/baju melayu, duduk atas troli shopping dan buat sign PEACE

8. Blogger menganyam ketupat di bawah lampu berbentuk ketupat - gambar ni amik kat mydin terengganu.. penat aku belajar menganyam ketupat siang tu.. sambil2 masak nasi briyani.. paling best, ayah mertua aku yang ajar menganyam.. pastu sama2 pening camne nak end kan anyaman tu... hahahah tq ayah~ 

9. Blogger mencuci kereta di tepi sungai - basuh kereta tepi sungai perak sambil memakai baju kurung.. ada berani? hahaha

10. Blogger melambung buluh lemang yang sudah dibakar dihadapan balai polis - tak cukup dgn baling lemang depan balai, aku melompat2 lagi tanda kegirangan.. hahaha keta boleh park kat dalam area balai tu sbb balai ni tepi jalan besar.. 

so apa kata pengadil?? best giler buat challenge nih.. tahun depan make sure ada lagi ye.. hadiah harus lagi mantap dr thn ni.. ticket ke europe la plak kot.. ngeh ngeh ngeh!!