Wednesday, February 2, 2011

Cuti-Cuti Edisi Terengganu!

Last weekend, kami decide nak balik secara adhoc ke kampung halaman Kg Terengganu.. lama gile tak balik.. the last visit was last year for Raya.. plan nak balik untuk Raya Haji terpaksa dilupakan since ticket ke Hong Kong telah dibeli tanpa sedar.. hahaha lain kali usha ticket sila refer to PH calendar sekali ye~!
Disebabkan kerja yang menggila secara tiba-tiba, hasrat nak balik awal tak kesampaian.. tu pun nasib baik boleh cabut awal dari biasa.. terpaksa la bertelagah dengan boss yang tiba-tiba nak paksa aku keje hari sabtu.. kus semangat, boleh masuk tanjung rambutan sebab nervous breakdown melayan kerenah mereka-mereka yang sungguh tidak bertimbang rasa! Ok dah off topic!
So jumaat lepas, aku berjaya melarikan diri pukul 6.30.. yahoo!! Walaupun tak sehebat mana achievement ni! Sampai rumah, dinner telah terhidang… terima kasih sang suami! Last-last, kitaorg gerak pul 8 jugak lepas solat maghrib.. since dah faham mrr2 tu mesti jam tak hingat, kitaorg confident je pegi amik MEX.. sampai KL, harus la stuck jugak..  stuck sejam lebih.. sudahnye, pukul 9 baru sampai Gombak.. hahaha.. takde hasil cabut awal!
Nak dijadikan cerita… bila jem campur hujan.. pukul 3 pagi baru sampai! Mau tak lembik aku kan.. hohoho.. bangun subuh pun dah nak dekat pukul 7.. lepas tu tak ingat dah mak mertua ke, pak mertua ke.. aku sambung membuta sampai kul 11..  bangun2 terus dapat makan lunch.. menantu bertuah sungguh!!
Since musim hujan.. melepak kat rumah jek layan cerita melayu dengan mak.. bila hujan dah reda, sang suami ajak keluar melepak tepi pantai sambil makan ikan celup tepung.. mula-mula aku agak skeptical la kan nak makan ikan celup tepung.. cam aku tak pernah masak!! Tp since kat tepi laut, aku laju jek bersiap.. so kami pun pegi la melepak kat Teluk Ketapang..
Teruja aku bila sampai cause angin dia kuat tak ingat nye.. kalau aku buka payung.. confirm aku terbang sampai ke Thailand dah!


Walaupun aku kenyang lagi from my super big lunch, aku balun jugak sotong goreng tepung sepinggan along with ikan pari dan ikan kembung.. sangat impress dengan diri sendiri boleh melantak sedemikian rupa!

Super strong wind!! Rambut dah serabai tak ingat punya!
Siap makan, kitaorg lepak pulak tepi pantai.. ramai jugak orang dating melepak kat sini.. yang bercintan cintun tak payah cakap la kan.. first time tengok laut time musim tengkujuh ni.. langit pun kelabu jek, angin kuat.. ombak dia tak payah cakap la!! pantai ni dah bertambak, tapi ombak punya kuat.. air melimpah jugak ke darat!
 




Puas amik gambar, sang suami sebuk-sebuk nak beli satay ikan pulak.. konon-konon nak makan sambil layan ombak~ aku rasa dia ternak cacing ko dalam perut!! Makan tak pernah kenyang~ tengah beli satay tu, hujan start balik.. so end up makan satay ikan dalam kereta jek.. 
permandangan dari dalam kereta!! jadi lah asal nampak laut~
Apapun, aku suka laut.. tak kira la musim tengkujuh ke musim panas ke.. lain kali kita dating kat sini lagi ye sang suamiku! Next time aku nak pegi semua pantai yang ada kat Terengganu ni… lagi bagus kalau boleh singgah semua pulak yang ada.. pulau kapas pun aku nak singgah jugak!! 

p/s: Gambar adalah hasil tangkapan iphong dan ixy 210 sahaja kerana lense saya masih belum sembuh lagi.. still risau sebab trip to yangon nye dah makin dekat.. kene angkat lense baru ke?? Duit sila jatuh dari langit sekarang jugak!

2 comments:

Biqque said...

sedapnyerrrrrrrrrrr!

ok, agak gerun aku tgk ombak tu...eeeiii mcm tsunami! slow2 je dtg...

wah yangonnnn! bestnyerrrrrr!

Harlaney said...

tulah pasal.. bila ombak terhempas kat tambak dorg, ko rasa cam hujan jek percikan air dia..
sotong and ikan celup tepung memang best!!