Yangon Yangon!! dah nak sebulan berlalu, baru arini aku ada feel nak mengupdate blog ni pasal yangon trip kami.. jom tengok apa kami buat on the day we arrive in Yangon~!
Arrival Card dia bukan card pun..nipis gila arrival card dia.. boleh jadi tracing paper~
Welcome to Yangon.. kami sedang berada di dalam teksi cabuk.. layan jek!! tulisan dorang cam tulisan thai plus geometri sebab ada bulat-bulat and petak-petak~
Bilik dia not bad, besar and selesa~
we stayed at Panda hotel since all the hotel there are fully booked~~ breakfast dia tak banyak choice.. and taste pun biasa jek~ paling tak tahan, sepanjang kitaorang duduk kat sini.. 2-3 times jugak la power trip.. bila power trip, chanel tv pun hilang.. bila chanel hilang kene la pandang sesama sendiri while waiting for them to reboot the decoder~~ nasib service dia agak pantas!! hotel ni a bit old fashion sikit.. dia takde kettle sendiri.. kalau korang nak air panas(masak meggi), kene la request.. within 2 minutes, nanti ada orang ketuk pintu minta flask yang ada kat bilik korang.. then another 10 minutes dia datang balik dengan air panas.. efficient you~~hotel ni quite far from town compare to other hotel yang dah fully booked tu.. so to those yang nak pegi yangon, jangan book hotel last minute if you want to stay near the town! other than that, hotel ni ok jek~ ok la based on the price per night dia~
Ni lah kyatt~ korang takkan jumpa kat malaysia ni.. kat yangon pun susah nak cari!! money changer dia semua black market punya.. so pandai2 la korang nak mencari supaya tak kena tipu.. kami first day dah terkene sbb minta tlg taxi driver tukarkan kat org dia.. ingatkat betul la dia nak tlg, rupanya dia songlap nak dekat 6000 kyatt!! cis!! owh, make sure korang bawak USD ke sini.. kalau tak, takde sapa nak layan request korang nak tukar duit~! Rate dia time ni is around 1USD = 8900 kyatt... rate ni kitaorg tau on the last day!! kitaorg tukar 1USD = 8300... pffttt! duit dia buruk giler, siap ada orang buat kira2 bagai! and sangat busuk!!
sampai2 jek kitaorang lepak kat hotel... kumpul tenaga nak berjalan kaki ke chinatown.. dlm 2km dr hotel.. excited la nak g night market... cam night market kat HK tu.. tak ke gila tengok barang2 kat sana...punya la jauh jalan, tapi tak jumpa2 jugak.. signboard semua takde.. gamble jek la since nampak orang ramai kiri kanan jalan.. jalan punya jalan punya jalan.. tak nampak pun chinatown nye.. tp kat kiri kanan jalan ada la orang2 jual sayur la, ayam la, daging la.. aku terkedu!!! ni ke chinatown dorang???
aku still tak dapat terima hakikat, jalan terus ke depan dengan harapan jumpa la chinatown sebenar.. lepas tu nampak signboard kat bawah ni.. sob sob sob.. mmg kitaorg dah sampai chinatown!!
then kitaorg sambung lagi, jumpa pulak segala macam buah.. dari buah pisang, strawberry, tembikai... durian pun ada!!
hancur harapan.. ada ke orang pergi bercuti beli souvenir buah-buahan?? or ayam or itik or sayur?? hahahaha by the time aku pass benda-benda ni kat korang confirm dah terkulai layu semua~!
kat malaysia kita boleh tengok orang melepak kat mamak2, kat myanmar orang melepak tepi kaki lima jek.. meja and kerusi budak2 jadi meja makan dorang.. atas meja selalunye ada tempat basuh tangan, teko air kosong and flask air panas.. korang nak air teh, kopi.. sila buat sendiri.. kikiki~ sepanjang-panjang jalan ada gerai-gerai macam ni!!
disebabkan hampa takde aktiviti nak buat malam-malam, kami teruskan berjalan nak mencari kedai makan halal.. apa lagi boleh buat kan?? stress stress ni makan lagi bagus!! so jumpa la kedai briyani ni (kat myanmar, semua kedai halal jual briyani!! takde variation.. takde kebab.. takde sandwich..) so tiap hari choice yang ada chicken, mutton, lamb or fish briyani jek! harga sangat murah dalam 1500kyatt je.. around USD2~~ tapi kedai ni takde jual juice.. yang ada air mineral jek..
before sampai kami dah bercita-cita nak hang out kat chinatown ni every night since kat sini takde benda pun boleh buat malam-malam.. kononnya!! sekali chinatown jual lauk-pauk and sayur, apa kes nak hang out malam-malam tengok sayur-sayur ni kan..??
lepas makan, dengan hati yang hancur... kaki yang sakit, kami gagahkan diri menapak balik ke hotel.. jalan gelap gulita ok!! pastu singgah la ke 7eleven dia (ooo sini pun ada 7eleven!!! tapi diaorang panggil 7Mart~)
tujuan nak masuk dalam 7Mart ni saja nak buang masa since takde apa pun nak buat dah!! tengok barang-barang apa dorang ada.. last-last end up beli 3 kotak milo.. harga lebih kurang malaysia tapi kotak dia kecik lagi! pastu masa nak membayar tu, boleh cashier tu selamba meludah kat dalam kedai tu.. just toleh belakang then "hakk tooiii"!! wooohhh aku sangat geli!! damn lah dorg ni tak bersopan~!
orang myanmar ni suka sangat makan sireh.. so dorang ni macam ada bauuu sikit.. tak tahan aku.. dalam flight lagi aku dah leh cium bau dorg ni sbb ada org dia duduk belakang seat aku.. *now i know kenapa hidung ku sangat sensitive time tu* aku saje nak cerita pasal sireh ni sbb air ludahan mamat tu tadi kaler merah sirih.. heee kotor weh kotor!!
satu lagi peel dorang ni, kalau tak cukup duit kecik nak kasi balance.. main suka-suki jek amik barang dalam kedai dia yang harga sama macam balance kau patut dapat.. without asking whether you are ok with it.. boleh gitu?? end up aku dapat mentos kecik kemetot tu satu plus satu lolipop yang tak tentu status halalnye..
p/s: teringin nak pergi yangon?? wait for our next update ya~~
6 comments:
jap jap, terus terang first thing yg aku nak ckp,
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!
aku tak benti gelak dowh! aku tak sangka korang leh pegi yangon nih! sumpah cam cilanat dgr cite duit busuk, takde ape bagai hahahaha! adehhhhhhhhhh! aku tak tahan la nak gelakkkkkkkkk!
tabik la korang!
hahahaha tau takpe.. mati kutu!! takpe ko tunggu post aku yg seterusnye.. boleh gelak guling2.. tp serius duit dia busuk gile tak ingat nye..
chawanna rasa nk pergi jgak ni, mesti best! Tiket, Ooo tiket!
hangpa pegi la.. nnt aku recommend tempat best!! aqilah mesti suka nye lah~
ni la destinasi percuma namanya...
aku tunggu part best huhu
Post a Comment