Dua minggu lepas, aku busy mengalahkan mak datin.. kene attend 5 weddings in 4 day.. glamour tak glamour aku kan.. hahahaha *mode perasan*
Dua wedding kat Terengganu.. punyalah gigih amik jugak cuti Khamis tu nak kejar wedding cousin cik abang! Sila kenang jasa isterimu ini, ye wahai sang suami!!
Petang Jumaat berkejar pulak balik KL sebab ada majlis cik Tepah, kawan lama dengan majlis Jai.. Excited giler nak pegi wedding si Tepah sebab boleh bergathering bersama-sama kawan-kawan tiga suku itu~~ haruslah budget nak melaram la kan since sejak-sejak pregnant ni aku macam sangat selekeh.. usahkan nak pakai make up, nak tampal bedak pegi office pun susah! pastu nak berjumpa kawan-kawan lama yang sah-sah memang akan melaram macam nak gile.. tanak aku ketinggalan!! so berangan la nak pakai heels macam biasa...aku pun amik le heels yang memang dah lama tersadai dalam boot keta, kaki plak sarung kasut slipper hijau.. konon-konon sampai sana baru pakai heels tu..
bila dah sampai hall kat Manjalara Damansara tu, aku pun sarung la heels.. tengok-tengok heels tu dah lunyai!! waaaa.. punya la panik kan.. aku dah la takde kasut lain except selipar hijau yang aku pakai tadi.. sob sob sob.. baju dah cun melecun siap lip lap dah, sekali selipar hijau.. owh nooooo!! baju merah, handbag biru, kasut hijau?? dah macam pokok krismas la kan...
nasib baik cik abang gigih cari kasut croc aku yang hilang dalam kereta dia masa pegi Terengganu aritu.. nasib baik jumpa.. at least better than selipar hijau tu!! so terpaksa la aku merelakan..
tak pernah dalam sejarah aku pakai crocs dengan baju kurung.. pregnant or not, baju kurung must be paired with heels!!
the next week nye pulak, aku mimpi apa tah.. nak melaram pegi office plak.. so aku pakai la slack dengan baju blouse formal... tatau la kenapa aku blur sangat hari tu.. aku sarung la selipar hijau keramat tu, sebab nak panaskan enjin sementara kemas-kemas laptop.. bila dah siap-siap, aku sekali lagi tanpa sedar menyarung selipar hijau tu lagi.. kunci pintu gate macam biasa then dengan happynye drive pegi office.. sampai kat traffic light depan office, aku terpandang kaki sendiri.. then terfikir kenapa aku pakai kasut selipar tu..
selipar hijau keramat!
sungguh la blur, dah la takde kasut extra dalam kereta... pakai dah formal, dengan make up bagai.. tapi kaki pakai selipar je.. warna hijau pulak!! stress sungguh.. dengan muka selamba aku masuk je office... hahaha nasib tak ramai yang perasan.. cuma aku rasa sangat annoyed sebab bila turun tangga, bunyi selipar tu sangat bising.. bila dia berbunyi, orang semua tengok kat kaki aku.. dang!
p/s: orang kata kita jadi pelupa lepas delivery sebab banyak wire dah putus.. aku baby dalam perut pun dah nyanyuk semacam ni apa kes?? scarrrryyyy!!