Monday, May 13, 2013

White Sand Dune, Mui Ne

Sambil tengok kartun dengan Mika, kami decide nak check kot-kot ada tour package lain dekat luar sana yang boleh cater to our initial plan.. last option kami sewa motor je and merempit dengan Mika.. aku kurang confident sebenarnya nak merempit dengan Mika ni..




hasil tangan Leon. ahahah just in case kene merempit kan. map semua takde sebab plan asal nak ikut tour jek.

berbekalkan map yang dilukis tangan, kami menapak la ke seberang jalan.. kat kedai bike rental tu, ada dia listkan sand dune tour.. so aku lega sikit.. tapi orang Vietnam ni memang suka amik kesempatan nak pau tourist, mula-mula dia cakap USD30. pastu dia tukar cakap USD 35 pulak dah. tour dia pun start dalam kul 9 -10 am jugak. bila aku tanya boleh tak cepatkan, aku rasa dia tak paham. dengan muka blur-blur dia mumble apa tah, aku pun tak paham hahahaha fail kat situ. last-last Leon tanya bike rental berapa. dah give up la tuh. akhirnya, kami sewa motor je untuk ke White Sand Dune ni. Sewa motor USD10/day. kami cuma diberikan 2 helmet je.

dapat je motor, terus merempit hahaha merempit cara berhemah la tapi.. Mika sangat behave, maybe sebab ni first time naik motor bertiga. kat kg dia naik motor duduk depan, kali ni tersepit antara mummy and daddy.. tak sampai 5 minit perjalanan, tertido dia.. hahaha seronok sangat la tu kot.

jarak dari hotel kami ke Sand Dune ni tak la jauh sangat.. dengan speed perlahan, kami berjaya sampai dalam 40 minit. ni pun sebab kami sesat, tersalah masuk jalan. takut sebab jumpa tanah kubur, terus salah masuk simpang hahahaha terpaksa la on 3G kejap nak tengok jalan.

Entrance fee ke Sand Dune ni VD10,000/person.

Jom layan gambar pulak. Sangat berbaloi perjalanan 5 jam kami, sebab padang pasir ni cantik sangat!
Pendakian padang pasir dimulakan.

Track ATV penuh kat sini. susah nak cari pasir yang tak berusik lagi, kami panjat sampai ke puncak pun still ada kesan tayar..


Since kami datang petang, cuaca tak la panas. In fact, pasir dia rasa sejuk je.. half way, aku tanggal kasut sebab berkaki ayam atas pasir adalah lagi selesa~ rasa macam kene urut je kaki tu..



Misi memanjat di petang hari.. kami aim nak naik puncak bukit yang paling kiri sebab takde orang kat situ..








geli sebab jatuh and tangan ada pasir.. budak bandar sangat!


still tak puas hati tangan berpasir












dah puas main pasir, kami pun balik.. kamilah orang last yang duduk atas padang pasir ni.. hari pun dah makin gelap.. disebabkan kesilapan teknikal tengok meter, kami terpaksa singgah isi minyak dekat rumah-rumah sekitar Sand Dune ni.. stesen minyak dalam map Leon kat atas tu tak leh pakai.. nama je stesen minyak, tapi minyak nye takde zzZZzzzz~~


pulang dengan hati gembira.. pasang niat esok nak datang lagi.. kalau rajin, harapnya nak tengok sunrise..

4 comments:

Unknown said...

Mui Ne kami datang hehehehe.. tak sabor dah rasanya..memang tak sia2 hehe

Harlaney said...

hahahah sila2.. aqilah tu kene training dulu tu.. campak dlm kolam pasir!!

Biqque said...

hoi cantiknyer mui neeeeee! ah tension...

berjaya gak merempit dgn si mika ek? camne la si aqilah nanti hahaha...

Harlaney said...

bila mika tido atas moto, senang la keje.. bila dia tak tido tu, bersilat jugak aku sbb dia tak leh duduk diam lama.. huhuhu
aqilah aku leh imagine mesti dok nangis "nak naik carrrr.. naik naik carrrr~~" ahahaha