Thursday, June 13, 2013

Malang tak berbau

Minggu lepas minggu yang sangat menguji hati.. si Mikaman and daddy kene diarrhea melampau! anak jadi cranky, daddy pulak jadi lembik lesu.. mummy je bertukar jadi supermommy yang S.T.R.E.S.S.. sebab sambil duk rumah jaga anak and laki, kene duduk depan laptop jugak siapkan kerja yang dah cecah deadline tu..

bila malam menjelma, laptop tutup sambung la kelek anak yang cranky nak berdukung manjang.. bila berjaya pujuk and letak ke bawah, mikaman ni pegi main dengan food steamer dia yang tengah panas.. kelam kabut bila tiba-tiba mikaman meraung kesakitan..

kesimpulannya, kalau tangan melecur sila la bertindak pantas.. basuh tangan dengan air untuk mengurangkan kesan lecur then rendam dalam putih telur.. haih aku baca aritu, tapi bila kelam kabut tak teringat nak rendam dalam apa.. hahaha kene google dulu.. sedikit terlambat disitu.. so naik la gelembung air kat tangan mikaman.



bawak An-Nur, doc sapu ubat and suggest buat surgery to remove the damaged skin.. tapi aku bolayan je suggestion tuk admit malam tu.. minta pendapat health group semua cakap tunggu je heal sendiri.


 After a few days, gelembung air tu surut and kulit jadi hitam and kematu. Time ni sah-sah tak sakit sebab mika dok sesuka hati lempang aku guna tangan ni..

 
 Dia ni memang ikut perangai aku.. tak boleh tengok kesan luka mesti nak kutil.. jenuh aku tarik tangan dia.. disebabkan mummy kacau daun kat rumah, operasi pengutilan disambung dekat school!! abis dia kutil kulit-kulit kematu dia sampai berdarah.. #pengsan


p/s: semoga korang-korang semua tak merasa apa yang aku rasa sebab tangan anak melecur atas kelalaian korang macam aku.. amin

No comments: