Thursday, February 27, 2014

Bergembira di musim luruh..

tak payah nak terbang jauh-jauh, Mika ber"Autumn in my heart" dekat Terengganu je.. sekali sekala dapat balik kampung main semak samun camni, excited tak ingat dia.. terus transform jadi kampung boy, pegang ulat gonggok pun rileks je..





kat rumah tak dapat main bebas camni, so bila balik kampung memang aku kasi je lepas bergolek atas tanah semua.. aku dulu pun camni jugak masa kecik.. dah besar sikit suruh belajar panjat pokok pulak hehehe pokok durian ada belakang rumah tu!

Monday, February 24, 2014

Bergaya dengan harem pants

hari ni aku saja-saja amik cuti, nak menghilangkan penat balik dari Terengganu semalam.. padahal tak penat mana pun sangat, tapi gediks terlebih.. bila lagi nak melepak sorang-sorang tanpa gangguan sesapa kan..

disebabkan kemalasan melampau nak keluar rumah, aku korek balik stock kain yang ada.. hari ni lucky day untuk knit cotton vietnam!!

 my knit cotton stock.. lepas dapat kain ni macam menyesal beli 1meter each.. cantik color dia in real life!


hasilnya??

 
Mika's first harem pants!


 Excited dapat seluar baru! Bila dah pakai, macam tak cukup kembang pulak harem pants ni.

Good job!

Nak try buat short version pulak, baru feel macam korean sikit.. nak try?? click sini untuk free tutorial and pattern.

Friday, February 21, 2014

Eureka Skydeck 88 - Last night in Melbourne!

Malam terakhir di Melbourne diakhiri dengan menikmati keindahan Melbourne city dari Skydeck 88 viewing platform. Ticket price Skydeck ni AUD18.50 for adult and percuma untuk kids under 4 years old. Mula-mula nak merasa jugak The Edge tu, tapi macam tak boleh nak ambik gambar sendiri. Lagipun sempat usha gambar customer yang dorang display dalam tu, tak nampak pun background yang wow tu dalam gambar.. so cancel je la. takde benda dah nak cerita, so share gambar je lah~








Mika enjoying the view. Tgh usha The Edge yang tengah menjulur keluar~



Love is in the air.



Enjoying himself kat dalam jugak, main kejar huruf!

my little ghost!



time untuk berpijak di bumi nyata!! goodbye Melbourne~

Wednesday, February 19, 2014

Doa makan~!

i laughed every time i watch this video.. without failed.. the way he recite this doa is very funny.. sangat excited and energetic.. goyang kepala sama naik dengan suara. this is the first doa he learned. a few week ago, aku start ajar doa tido pulak and since starting dia sama, dia jadi tak confident pulak which is which.. sebab tu once aku sebut "bariklana", baru confident sambung hehehe


praktikkan doa ni sampai besar nanti tau Mika oii..

Monday, February 17, 2014

Bermain dengan Kangaroo!

On the way balik dari Phillip Island, kami singgah di Maru Koala and Animal Park. Kalau berjalan dengan budak-budak, kene lah buat aktiviti yang menarik untuk dorang jugak. Tambah pulak dekat Tasmania kami tak sempat pun nak tengok Tasmania Devil, kat sini kene la tengok koala and kangaroo.

Entry fees tuk adult AUD17/person. Mika free sebab under 4! Kat sini ada jugak Mini golf park tapi tak berbaloi kot untuk kitaorg since Mika kecik lagi.. nak tau lebih lanjut pasal tempat ni, pi intai website dorang kat sini


kat sini pun ada tasmania devil nih.. mati-mati aku ingat rupa katun tu adalah rupa sebenar!

ni lah rupa sebenar dia. tapi memang lincah and tak boleh duduk diam. nak ambil gambar pun susah. garang pulak tu, menyeringai tunjuk taring kat aku time aku duk dekat tembok nak snap gambar bawah ni.


ada jugak beberapa species burung kat sini, tapi semua dalam sangkar.



budak ni suka la dapat tengok bird!


burung ni pun rasa tercabar tengok rambut mika, terus dia pun tunjuk jambul dia bila Mika datang dekat.. 

peacock pun ada.. 2-3 ekor roaming freely kat kawasan nih.. depan pintu masuk pun ada dok jadi jaga.. macam biasalah, megah bila orang ada dia kembangkan sayap.. Mika takut tengok sebab besar kot.. menjerit-jerit minta dukung.




wombat. first time aku tengok jugak.

Kookaburas bird

rupa burung karnivor nih. kecik je, tak padan dengan rupa!

main attraction taman haiwan ni, tapi dia yang paling mandom. kerjanya tidur 20jam sehari.. yang 4 jam dia bangun tu pun semata-mata untuk makan! picky eater pulak tu, dia cuma nak makan eucalypt leaves jek. kebetulan masa kitaorg datang tu memang time dia nak makan, so dapatlah tengok dia berjalan-jalan atas dahan tu mencari makanan.



oommm cak!


kami tengok dari jauh je koala ni.. kalau nak bergambar dengan koala, kene bayor AUD20 lagi. lain kali je lah~

Wallabies.

percubaan aku nak kasi wallabies makan.. konon-konon nak tunjuk kat Mika wallabies ni jinak, tapi aku pun tak tahan kegelian bila dia jilat-jilat tangan aku.. eeee sangat.. so Mika pun was-was nak feed wallabies nih.


kecik je. kecik dari Mika.

Dingo

Meet the kangaroo session with Mika. Kali ni aku surrender awal-awal sebab trauma lagi dengan kegelian dengan wallabies tadi, so Maliki pulak cuba persuade Mika.

Berjaya persuade Mika, bukan untuk feed kangaroo tapi untuk makan makanan kangaroo tu. Agaknya dia tengok kangaroo tu datang makan berebut-rebut nampak macam sedap sangat, dia capai sikit masuk mulut.. hahaha mengekek aku dengan Maliki.. terkebil-kebil dia sambil pandang kangaroo, pelik la tu. tak sedap tapi berebut-rebut. 

note: makanan ni boleh beli dekat kaunter ticket. satu bekas AUD2. tak boleh pepandai nak bawak makanan sendiri untuk feeding session.

takut bila sekor lagi datang nak rebut makanan.

akhirnya! Mika memberanikan diri.




look at his expression! priceless. nanti kita repeat lagi bila awak dah besar sikit.

suprise! tetiba baby kangaroo tunjuk muka.. sooo comel! minah kat kaunter ticket memang ada mention some of the kangaroo ada baby dalam pouch dia, tapi dari tadi tak nampak rupa pun.

baby kangaroo pun nak tumpang sekaki.

Hajat dihati nak ambik gambar Mika bermesra dengan kangaroo, tapi kangaroo ni tak senonoh sikit, sambil makan sambil membuang. so hajat terpaksa dilupakan.

last peek at the koalas sebelum balik.


balik membawa kawan baru.. Mika rambang mata tengok bear dekat kedai dia. last-last aku yang decide ambik koala nih.

untuk yang berjalan dengan anak-anak, berbaloi sangat kalau nak datang Maru Koala and Animal Park ni. so kalau korang pegi Phillip Island tu, jangan lupa singgah. Tengah-tengah jalan je tempat ni.