Showing posts with label sewingproject. Show all posts
Showing posts with label sewingproject. Show all posts

Sunday, July 26, 2015

Project Raya!

Project raya la sangat.. Xde plan pon nk menjahit sebenarnya. Tak sempat nak hadap mesin sebab Laiqa suka tido lambat sekarang!!

Awal2 ramadhan ada beli kain, tapi tinggal harapan je le bila asyik melayan budak dua orang tu.

Tapi disebabkan baju raya maliki yg sedondon dengan Mika dah abis size, terpaksa la tukar theme raya tahun ni.. Sebab malas nak pegi mengukur shopping mall tuk baju cik Tembum tu, aku decide nak jahit je la since aritu memang ada beli kain tuk dia.

Selepas 2 malam berjaga sampai sahur baru siap baju nih.. Gigih sebab esoknya dah nak balik raya.. Hahaha punyalah last minute kan!!


not bad jugak hasilnya hihihi bangga kejap

p/s: sapa buat open house mai la jemput kami nih!! mood raya tak abis lagi nih~


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, February 24, 2014

Bergaya dengan harem pants

hari ni aku saja-saja amik cuti, nak menghilangkan penat balik dari Terengganu semalam.. padahal tak penat mana pun sangat, tapi gediks terlebih.. bila lagi nak melepak sorang-sorang tanpa gangguan sesapa kan..

disebabkan kemalasan melampau nak keluar rumah, aku korek balik stock kain yang ada.. hari ni lucky day untuk knit cotton vietnam!!

 my knit cotton stock.. lepas dapat kain ni macam menyesal beli 1meter each.. cantik color dia in real life!


hasilnya??

 
Mika's first harem pants!


 Excited dapat seluar baru! Bila dah pakai, macam tak cukup kembang pulak harem pants ni.

Good job!

Nak try buat short version pulak, baru feel macam korean sikit.. nak try?? click sini untuk free tutorial and pattern.

Friday, February 14, 2014

Poang baru untuk bos kecik!

Lama dah nak buat cover untuk kerusi Poang si Mika nih, tapi nak cari kain yang cun melecun tu payah la sangat.. terpaksa belek kain kat ikea jugak.. nak pegi ikea tu satu hal la pulak, jauhhhhh and ramai orang.. nak pergi berdua dengan Mika tak cukup tabah!

Lepas dapat kain, kerajinan nak menjahit pulak hilang.. satu hal pulak nak tunggu mood datang.. peram lagi sebulan dua.. hari ni baru ada feel nak start hahaha tiba-tiba gigih sebab esok macam nak serbu ikea lagi.. kalau project dah jalan, boleh la bodek beli kain lagi..


 kain pilihan kalbu

 process mengelim..

project ni simple je, tapi untuk amateur macam aku terkedek-kedek la sikit sebab nak kene fikir and plan tang mana nak letak poket segala.. maklumlah, takde ikut pattern, ikut kepala sendiri jek~ lebih kurang 2 jam baru siap.. hasilnya not bad, puas hati tengok hasil tangan sendiri!
 





penat lelah terbayar tengok reaksi bos kecik happy kemain tengok kerusi dia coloful.. macam dapat kerusi baru!


p/s: harapnya kerajinanan ni berterusan sebab kain cotton order dari member kat Vietnam aritu dah lama terperam dalam stor.. tak keluar dari kotak pun lagi..

Wednesday, August 7, 2013

Esok Hari Raya!

perjalanan jauh tak ku rasa,
kerna hatiku melonjak sama,
ingin berjumpa sanak saudara,
yang selalu bermain di mata.
excite gile nak balik kampung.. hahaha bila dah makin berusia nih, feel nak raya tu dah tak tebal macam dulu.. walaupun en suami ada beraya dengan kami tahun ni.. Alhamdulillah~ tapi feel nak balik kampung berkumpul dengan famili yang melonjak-lonjak! walaupun tahun ni kami beraya kat Terengganu dulu, aku tetap tak sabar.. sebabnya beraya kat Terengganu ni lagi meriah sebenarnya.. mungkin sebab semangat kekeluargaan orang pantai timur ni lebih kuat..
beraya kat ipoh, mungkin tak la semeriah kat Terengganu.. tapi disebabkan dapat berkumpul dengan adik beradik sendiri, nothing can beat that.. duduk rumah tgk cite raya pun rasa seronok jugak~
kesimpulannya, beraya kat Terengganu ke Ipoh ke dua-dua aku happy.
faktor tak payah kerja, just makan and do nothing setiap hari sangatlah bahagia~!! malangnya, cuti aku sangat limited this year, so terpaksa berpuas hati beraya 8 hari jek.. sob sob..
untuk raya tahun ni, kuih raya tak berapa berkobar nak buat.. setakat hari ni, baru 2 jenis kuih.. walaupun yang satu tu cam tak berapa nak jadi, cukup la kot.. nak menambah jajan je satu lagi, nak mengunyah-ngunyah time dalam kereta nanti eheheh
tapiiiii tahun ni nak berbangga sikit sebab berjaya jahit baju melayu sendiri untuk Mika.. ehehehe


dan berjaya jugak jahit selai baju kurung moden tuk diri sendiri!!


malangnya tak sempat nak jahit baju tuk en suami.. next year maybe~
p/s: ni yang rasa berkobar-kobar nak masuk kelas menjahit ni. kot-kot la esok leh jadi designer cam hatta dolmat pulak kan.. muahahah #berangan