Wednesday, August 7, 2013

Esok Hari Raya!

perjalanan jauh tak ku rasa,
kerna hatiku melonjak sama,
ingin berjumpa sanak saudara,
yang selalu bermain di mata.
excite gile nak balik kampung.. hahaha bila dah makin berusia nih, feel nak raya tu dah tak tebal macam dulu.. walaupun en suami ada beraya dengan kami tahun ni.. Alhamdulillah~ tapi feel nak balik kampung berkumpul dengan famili yang melonjak-lonjak! walaupun tahun ni kami beraya kat Terengganu dulu, aku tetap tak sabar.. sebabnya beraya kat Terengganu ni lagi meriah sebenarnya.. mungkin sebab semangat kekeluargaan orang pantai timur ni lebih kuat..
beraya kat ipoh, mungkin tak la semeriah kat Terengganu.. tapi disebabkan dapat berkumpul dengan adik beradik sendiri, nothing can beat that.. duduk rumah tgk cite raya pun rasa seronok jugak~
kesimpulannya, beraya kat Terengganu ke Ipoh ke dua-dua aku happy.
faktor tak payah kerja, just makan and do nothing setiap hari sangatlah bahagia~!! malangnya, cuti aku sangat limited this year, so terpaksa berpuas hati beraya 8 hari jek.. sob sob..
untuk raya tahun ni, kuih raya tak berapa berkobar nak buat.. setakat hari ni, baru 2 jenis kuih.. walaupun yang satu tu cam tak berapa nak jadi, cukup la kot.. nak menambah jajan je satu lagi, nak mengunyah-ngunyah time dalam kereta nanti eheheh
tapiiiii tahun ni nak berbangga sikit sebab berjaya jahit baju melayu sendiri untuk Mika.. ehehehe


dan berjaya jugak jahit selai baju kurung moden tuk diri sendiri!!


malangnya tak sempat nak jahit baju tuk en suami.. next year maybe~
p/s: ni yang rasa berkobar-kobar nak masuk kelas menjahit ni. kot-kot la esok leh jadi designer cam hatta dolmat pulak kan.. muahahah #berangan

No comments: