Tuesday, December 15, 2015

Big Bad Wolf 2015

dia mai lagi!! BBW ni memang yearly event yang aku tunggu-tunggu, since dari before Mika ada lagi.. 1st time aku pergi masa pregnantkan Mika in my 37 weeks. Last year tak sempat nak menerjah. Tak silap aku, hari aku deliver Laiqa tu la 1st day dorang buat BBW ni sebab aku dah plan nak jenguk MIECC lepas checkup pagi tu. lagi pulak masa pregnantkan si Laiqa ni, aku malassss gile nak baca buku. Buku-buku aku beli the year before banyak yang tak bersentuh lagi.

This year punya plan nak stock up activity book tuk Mika je sebab asyik dok ulang-ulang buku satu tu jek. 2 kali jugak aku jenguk MIECC tahun ni, sebabnya nak tambah buku tuk Laiqa. Aritu aku jumpa satu buku yang ada lagu-lagu tu. Punyalah dia suka dapat buku tu, kalau dok menangis-nangis minta dukung aku tekan je lagu tu, terus dia sengih joget-joget.

1st visit dengan Mika. Baru nak jenguk-jenguk buku aku, dia dah sibuk tanya mana buku dia. Dah dapat, tak reti nak bersabar. Dan-dan tu buka tengah-tengah jalan, siap meniarap lagi macam kat rumah sendiri. Jenuh la orang lain dok kat lalu lalang.

baru jalan sikit tapi bakul dah penuh. Semua dia nak, semua best katanya. Of course before bayar aku QA dulu. Main aim this year activity book, so story book amik sikit jek.

Second trip aku dengan budak ni lagi sebab sekolah tutup for Sultan Selangor birthday, so aku terpaksa amik unpaid hari ni. Alang-alang dah cuti, jenguk lagi sekali. Perangai still sama.

tapi kali ni kene pau memacam, nak main lah, makan lah. takde lah best sangat pon tempat main ni, mostly bouncy castle jek, so sekejap je dia main lepas tu dah bosan.

sebabkan cuti, bagi chance la makan junk food and vietnam iced coffee. kata orang tu, ni best-selling dorang. tapi kalau nak compare dengan coffee aku minum kat vietnam memang tak leh lawan la. i mean, aku beli kopi dalam train bodoh-bodoh tu pon sedap and pekat lagi.

theme pirate and monster je banyak tuk boys. nak belikan untuk Laiqa macam awal sangat la pulak kan huhuhu

activity book yang sempat nak usha. bila shopping dengan budak ni, kene shopping cecepat.

current obsession Mika sejak join space program kat sek. 

banyak jugak siri kisah nabi nih.. cita-cita nak start kenalkan dia dengan nabi-nabi. unfortunately, tak dapat complete set sebab tak jumpa kisah nabi Sulaiman.

buku-buku ni semua dah naik harga. dulu RM10 dah boleh dapat buku-buku macam ni tapi tahun ni semua dah RM15. tapi sebab dia suka buku macam ni, beli lah jugak, Laiqa boleh tumpang sekaki nanti.


connecting card ni menarik sebab Mika dah boleh dah baca 3 letter word sekarang. so boleh la practice blending guna card nih


ni aku tengok pon impress jugak.. giant paper plane, boleh terbang ke tak tu belakang kira. hahaha yang penting the process to make the plane kan. ni tunggu daddy dia balik la baru buat kot.


ni je buku tuk Laiqa. suka sesangat dia dengan buku head shoulders knees and toes tu. malangnya, aku tak jumpa buku lain yang ada lagu camni lagi.






verdict tuk BBW 2015 ni? awesome jugak sebab selection for kids memang banyak gila. aku yang rambang mata nak pilih. kalau poket penuh, memang takde nak QA, semua aku angkut~ tapi kalau ada buku Look and Find macam 2 years back, lagi best!! one of Mika's favourite tuh. Tahun ni ada, tapi alahai, gambar kecik-kecik tak berapa nak sesuai kot dengan umur dia.

untuk aku pulak, aku just grab a few books by author yang aku memang dah kenal like Dorothy Koomson, Mary Higgins Clark and  Jodi Picoult. tak nampak sophie kinsella pulak kali ni. aku ada satu lagi buku dia yang aku tak beli, mahal oii nak beli kat MPH hahaha

Till next year wolfie!

Sunday, December 6, 2015

Laiqa is ONE!!

Happy 1st Birthday Laiqa!!!

time flies when you're having fun.. tatau la ke mana masa tu pergi, tetiba cik tembum mummy and daddy ni dah setahun. tak puas lagi rasanya mummy nak gomol-gomol and buli awak. mummy doakan awak sentiasa dalam lindunganNya, semoga awak sentiasa sihat, gembira, panjang umur, murah rezeki dan berjaya dunia akhirat.























mummy loves you to the moon and back cik Tembum. stay cute and cheeky always ye baby. muahs muahs muahs

Thursday, December 3, 2015

My little explorer, Laiqa

cheeky baby.. another "Mika" in the making nih.

nowadays, kalau dia bangun awal, kerja dia kacau abang Mika sampai abang bangun.

loves to eat!! pantang nampak orang pegang makanan, terus dia kejar. selagi tak masuk mulut dia, selagi tu dia dok depan muka terjerit-jerit.

suka mengutip barang masuk mulut, tapi bila aku tegur cepat-cepat dia luah or campak. lepas tu tersengih-sengih.

dah boleh berdiri without support, sambil joget-joget or tepuk tangan.

pandai and suka main cak-cak. kadang-kadang orang tak kenal pon dia pegi cak-cak.

takde gigi lagi!!

suka berjoget and menyanyi. pantang dengar music, tengah meraung pon boleh pause layan lagu dulu.

memilih orang.

dah pandai babai.





- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, November 30, 2015

Brainy Bunch Annual Concert 2015


It was an emotional night for me.. I am bursting with pride watching my son on stage.. Reciting his surah, singing and dancing confidently.. Tiba-tiba je bergenang air mata. With all his antic in school, I really don't know what to expect, all i want is for him to just enjoy himself. Baru nampak what he can do and achieve at such young age. Aku dulu2 setakat hafal surah pendek jek pon dah bangga gile. Doa dhuha pon tak tau oii. Bila anak pandai doa dhuha baru terkedek2 nak g belajar.

They started practising few months back.. From time to time, aku selalu request Mika menyanyi or baca surah tuk concert tp most time he will refuse.

"Saya tak tahu lah" was his normal answer.

Kalau mood baik, he will sing the finale song "we are here" by Alicia Keys. Yes Alicia Keys hahaha i seriously thought it's just a new song made by the school sebab this one time aku try search for the song tapi tak jumpa.. Hahaha but of course i was searching for "we are here for all the bird", because thats's how he sings the song

sebenar-benarnya, aku pun tak pernah tanya lebih2 kat his aunty. Just tanya berapa banyak performance dia participate. And knowing him, aku berdoa dia tak jadi patung cendana je atas stage tu hihihi





Kami dah sampai awal, but instead of masuk dewan terus, dear husband sibuk nak makan dulu.. Masuk-masuk je dah penuh kat depan.. Kene la duduk jauh!! Dah la mata aku ni spero sikit, nak cari dia atas stage punya la seksa.. Kene turun bawah baru nampak.. Thn depan beli zoom lense ye cik abang hahah senang nak zoom kasi clear~

fashion show by playschool kids sangat comel budak-budak nih



Before leaving him to his aunty, i told him to enjoy the night and sing loudly hahaha sebab selama ni sumpah aku ingat dia ni jenis malu-malu kucing sebab dalam class alim group nak buka mulut nak menyanyi and menari pon susah. tapi elok je dia atas stage tu, kemain bersemangat lagi.



Budak ni orang bising menjerit-jerit pon dia tido lena





with one of his bff, paling kanan sekali.. tak sure sign apa dorg buat tapi aku tau Mika is showing his age hahaha sebab selalu request aku amik gambar gini. this bff is moving next year, tu yang semangat bergambar bagai.

with aunty Yati. his class teacher. tq Yati, for being so patient, mengajar Mika yang banyak peel ni.


I really love what they did for their concert. Selalunya, sekolah dah siap-siap prepare all the fancy costume for performance tapi in BBIM ni dorang order a standard long pants and long sleeve shirt je untuk semua. They are giving the uncle and aunty a blank canvas to work with. They are free to use their own creativity to decorate the costume mengikut thema lagu yang dorang buat.

we enjoyed the night.. till next year!!
- Posted using BlogPress from my iPhone