Friday, September 15, 2017

Kisah cuci~!

Cleaning and painting the whole house with the kids is never a good idea.. aku awal-awal dah suruh cari orang nak mengecat and cuci rumah tu, tapi si maliki ni cakap tak payah la. suruh tuan rumah deduct je deposit rumah.. haruslah tuan rumah tanak sebab katanya kos nak cat rumah mahal.. dia baru cat one small area pun dah kene beribu..

so nak tanak, last minute nya pasal terpaksa la turun padang jugak.. and that will be the last la operasi mengecat ni.. kalau satu bilik tu no problem.. satu rumah, shut up and take my money!!


waktu operasi kami, normally after work.. lepas kerja, pegi makan then balik rumah sewa mengecat.. for 2-3 hours layan laptop senyap la dorang. senang.. tapi after 3 days kami cuti sehari sebab orang tu tak sihat.. then kebetulan pulak ada public holiday for merdeka dengan raya haji... kami pulun one whole day.. I repeat, ONE WHOLE DAY!!

bila ko kasi budak-budak lepak one whole day, with a laptop pun dorang bosan sebab takde cerita-cerita hypptv tu.. so mula la mengacau.. Laiqa request nak kaler-kaler, and Mika request nak tolong. so aku assign Mika touch-up dinding yang dekat skirting tu while Laiqa kaler la apa-apa yang dia nak.. akhirnya, dua-dua end up kaler tangan and kaki sendiri, which aku tak sempat nak snap sebab tatau handphone kat mana..



sambung main laptop and phone lepas bosan main kaler-kaler.. Laiqa clean up her own hand sebab daddy cakap kene pegi jumpa doctor potong tangan sebab kaler tak boleh tanggal.. muahahaha.. pantang dengar potong, terus cuak.
 



lepas tu sambung pulak mengacau.. sebab excited tengok bilik penuh air.. main air berlari-lari sampai lah jatuh gedebuk.. stop kejap... then datang balik, main sampai jatuh balik.. ulang for a few round.. sampai it's time to go home

aku give up nak mengecat pintu (yes tuan rumah demand semua nak kene cat balik, along with dinding tinggi yang dia sendiri pun cat cincai-cincai) nasib la ada contractor kat rumah baru yg willing nak tolong ahahaha aku serahkan sepenuhnya kat Maliki nak handle and aku melepak kat rumah.. lepak la sangat with budak dua orang tu..

20 liters of paint later..

p/s: kepada korang-korang yang nak pindah rumah and nak kene cat balik the whole house, sila la jangan ikut idea husband korang kalau dia cakap nak cat sendiri.. serius... benda paling aku menyesal sekali buat tahun ni hahahaha

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: