Tuesday, October 31, 2017

Zombie vs Lego~

birthday Mika this year gigih aku order 2 cake.. one for school and one for us at home.. last 2 years aku beli kat kedai je cake untuk school, tapi last year dia dah pandai kan bercerita.. pastu dia ckp takde sapa nak makan cake dia.. sebab cake orang lain lagi best custom gitu.. dah tu ada pulak budak lain yg bawak cake sama macam dia ahahaha entah-entah beli kat kedai sama.. siap cakap lagi my tongue turns green lepas makan cake tu

so tahun ni both cake aku order dengan sarangcocoa.. nak contact detail sila message ye~ or search je kat Instagram.

Theme sekolah, still zombie. Ye, Mika tak move on lagi dengan zombie dia walaupun mengigau-ngigau lepas tengok Train to Busan tu.. and disebabkan figure zombie yang aku order haritu tinggal 2 ketul je (the rest dah kene pau dengan kawan-kawan kat school), aku request letak batu nisan and jari zombie je lah..

Rata-rata orang seram tengok cake Mika.. risau jugak aku kot-kot orang tanak makan cake dia lagi tahun ni.. tapi jeng jeng jeng.. laris ye cake zombie dengan budak-budak laki.. katanya Ana sorang je girl yang makan cake dia, yang lain takut.. hehehe excited dia cerita balik tu..



The next day, buat dekat rumah pulak.. ni macam event wajib sebab this is the only time nak jumpa kawan-kawan lama.. raya kami tak buat open house sebab ramai orang dah buat, so guna la birthday anak nak catchup dengan kawan-kawan lama..

tahun ni takde la gigih macam tahun-tahun sudah.. takde nak ikut theme sangat.. cake je yg ada theme.. kita buat theme lego sebab Octonauts tu payah sangat nak cari figurine nya. then gigih buat tassel jek muahahaha itu pun berapa puluh kali jatuh daaaa... orang tu tak kasi tampal kuat-kuat kat dinding baru dia.. ^_^




 Birthdayboy lari ye tengok sparklers tu... hahaha



suka tengok budak-budak berkumpul ramai-ramai macam ni.. senang sangat dorang nak berkawan.. padahal jumpa setahun sekali.. nama masing-masing pun dorang tak tau..

 budak dua ni.. tak usah cakap la.. melekat... dimana ada ixowa, disitu ada laiqa and vice versa.. siap buat concert jong jong inai

 merajuk sebab berebut horse

after party.. pukul 12 pun tak mengantuk lagi budak-budak ni..
 
bateri apa la dorang pakai ni.. meriah betul rumah bila adik beradik stay over.. Mika orang paling happy sebab ramai orang nak main dengan dia.. Aqilah siap tanak balik.. nanti mak nyah anta Mika kat PV cuti sekolah nanti ye.. hihihihi

Wednesday, October 18, 2017

Diary Isteri yang Ditinggalkan! Part 7

Siri kisah isteri yang ditinggalkan kembali.. lama dah tak kene tinggal lelama, nervous ya amat.. tambah lagi baru pindah rumah..

Day 2
It's the weekend yo! Saturday is a busy day for Mika.. swimming class dengan drum class harini, again terpaksa la angkut mak kecik tu sekali..

Excited mika harini sebab coach and teacher puji harini.. dah pandai buat butterfly stroke although still need some improvement.. coach dia siap offer card condo dia nak suruh mika practise in deeper and larger pool sebab mika still takut2 kalau kaki tak jejak langsung~ that's why aku suka coach dia nih..

For drum class pulak, dengan teacher ganti dia dapat main part cymbal tu for lagu hoobostank the reason.. sadly dengar dari luar je sebab mak kecik tu bising sangat.. dok repeat whatever teacher tu cakap.. plus gelak gelak cakap "apalah mika ni.. apalah uncle nih" ^~^

Malamnya dapat sembang dengan daddy nak report kat daddy..
Mika: daddy, teacher say i did great job buat butterfly... and i got to play psshhh(cymbal sound ^~^)
Daddy: (sing praises for dear son).. makan apa for dinner..
Mika: mee goreng (maliki dah masak stok signature mee goreng mak wok dia siap-siap)
Daddy: sapa masak?
Mika: mummylah!!

Muahahahhaa.... daddy yang masak, mummy dapat nama.. good job Mika!!

Day 3.
Agenda harini: trim rambut Laiqa!!

Lama dah aku suruh, tapi maliki sayang sebab takut hilang curl kat bawah tu ^-^

Since dia takde nih, kita buat operasi la. Laiqa ni paling takut dengar perkataan potong!! So bila aku cakap nak potong rambut, dia mesti cakap, "Laiqa nak pegi school!" Hahahha apa kene mengena potong rambut dengan school Laiqa ooiii!!

So before keluar aku bagitau dia nak potong rambut.. aku cakap tak sakit pun, macam potong kuku jek.. terus dia ok.

Sampai kedai, hairdresser tu tanya pernah potong tak before.. then aku cakap kat Laiqa, "laiqa pandai kan? Tak sakit pon kan?"

So elok je la dia duduk kat situ, walaupun muka takut-takut.

Her first hair cut!!

No more curls~

Day 9.
Mika dah start belajar back stroke!! Cepat progress dia kali ni, aku pun macam tak percaya hahaha coach macam biasa siap bawak reward~ mesti happy sebab it took her months to get mika to master his free style.. berbulan-bulan, dari takut kat air sampai tak nak keluar kolam dah la ni.. aku siap rasa nak stopkan class dia, tunggu besar sikit lagi.. hahaha tp since ramai cakap memang macam tu, bertabahlah hantar jugak.. tup tup dah boleh buat breast stroke.. i'm one proud mummy~!

Since harini takde drum class, ke padang la kita petang-petang. Seronok bawak dia pegi padang sbb boleh tengok dia berkawan hahaha part ni lawak.. tak kira bangsa dia ajak main.. dari ajak race sampai la ajak exercise hahahah adik la stress, sikit-sikit nangis mana mika. Dengki la tu abang dia main dengan orang lain.. kat rumah nak gaduh sokmo~!

Bila dua-dua tak nap, aku pasang angan-angan la nak ada ME time malam ni.. tapinya pukul 9 pun mata cerah lagi duk melayan boss baby~


sempat la dok main kaler-kaler kuku

playing uno with his imaginary mummy~~

Day 11.
Harini Mika ponteng sekolah!! aku dah lama dah plan nak bawak dia pergi tengok Para Asean Games since one of my good friend will be competing.

 Mika first stadium experience. malu-malu nak sorak mula-mula.. lepas tu.... hahaha
 
 
 With the Miracle Man. Muka nervous sebab selalu jumpa unlce bawak tongkat jek. First time for Mika jugak tengok disable people. All this while kalau ada pun dia tak perasan. Dia nervous jugak awal-awal tengok orang lalu lalang takde tangan or kaki. And he asked why uncle duduk on wheel chair huhuhu start la sessi nasihat jangan dok main atas tangga semua kalau tanak jadi macam uncle.. sampai harini dia ingat kene practice practice practice sebab aku cakap kat dia, "All these uncles and aunties takde tangan or leg but they can swim well because they practice. So you can do well too if you practice."
 



Dia ni kawan from sek teknik. Geng melepak tiap hari. Casanova class aku nih hahaha ingat lagi the day I received the news. aku ingat it was a prank call sebab dia memang suka main-main. lepas call a few other friend and confirm betul, terus call Maliki ajak balik Ipoh. Terduduk aku masa sampai kat hospital, tengok dia berbalut satu badan. Nak sembang pun kene bisik-bisik. Doc cakap dia tak boleh jalan dah, and everytime aku balik visit, dia makin kurus. Tapi.. Bum being Bum, he proved them wrong. He started to walk again. Siap datang jemput aku kat rumah, nak tunjuk dah boleh jalan dah kan. Ajak keluar naik keta baru dia, bila aku reluctant dia pakai ayat bajet sedih, "yelah aku dah cacat kan. korang malu la nak keluar dengan aku". Terus ok jom amik Ita hahaha cuak gila sebab dia bawak keta sambil rancak sangat berbual, all the while dalam kete dok fikir, aku tak kawin lagi ni sob sob sob ahahahah dari situ dia keep on moving forward, he continue to get his master and phd, get married, and compete in the Asean Games..

harapnya boleh jadi inspiration for Mika~ to never give up and try his best in whatever he do.. amin~~

Day 18.
Dah seminggu contract aku expired with Petronas. Kata PM, there's extension sampai end of Oct tapi COO dia tak approve lagi.. so dah seminggu lah aku balik TPM.. hoooraayy, my morning are  more relax nowadays and soooo bermulalah balik activity berlari aku since rumah pun dah habis unpack and kemas. since anak-anak aku ni pantang sikit tengok threadmill, mula la nak lari sama la, nak try la, jadinya aku letak dalam bilik. plan nak letak kat atas, tapi mover tak berjaya angkat naik atas dengan alasan tak muat tangga. since I was not there during the move, aku agak skeptical tak muat macam mana tu kan. bukan besar sangat pun lepas lipat. katil lepas pulak.

first attempt aku lepas Maliki naik laut, aku kunci pintu semua. then si Laiqa duk ketuk-ketuk nak masuk which aku ignore. after 10 minutes, pandai pulak dia try masuk ikut toilet and aku lupa nak kunci pintu toilet. so berlari la aku sambil terjerit-jerit suruh dorang duduk jauh dari threadmill.

second attempt, aku kunci pintu belah toilet jugak. then dia boleh main air dalam toilet sambil makan toothpaste. abis dia terbalikkan tong sampah dalam tu buat jadi stool.

third attempt, aku kunci pintu bilik air jugak. tapi tombol tu ko kene lock dari dalam. kalau ko lock then tutup pintu dia auto unlock cemana tah.. nak elak case pintu terkunci dari luar la gamaknya and aku tak perasan, so berjaya juga dia masuk.. aku continue je sambil terjerit-jerit suruh dorang duduk jauh-jauh.

fourth attempt, berjaya kunci pintu segala tapiiiii dia amik stool, isi air dalam cawan and main rendam-rendam toys depan tv.

fifth attempt, which is malam ni aku kunci pintu toilet tinggalkan pintu terbuka sikit sebab terhalang dengan threadmill, sorok segala stool. then lepas 15 minit berlari, aku dengar dia tolak kerusi nak panjat bar counter. terus aku jerit suruh mika simpan balik kerusi.. lepas 20 minit senyap tetiba Mika jerit suruh aku tengok adik. aku keluar jek, tengok dia dah bogel, lumur lip butter aku kat satu badan. dari kepala sampai kaki. tersengih-sengih ye tunjuk kat aku. terus aku naik hantu!! kene spank la kan dua tiga dass before aku sental balik dalam toilet. dah sabun 2-3 kali pun tak boleh hilang kat rambut and muka dia tu.. aku tutup mata je lah..dah la masa aku solat tadi dia buat sekali dah, pegi mandi sendiri kat toilet bawah tu. ni buat project lagi, abis lantai aku licin berlengas-lengas. stress oiiiiiiii. terus suruh mika tutup tv, kemas toys and paksa tido. dalam kepala aku, tatau la berapa kali dah aku imagine aku duk libas si Laiqa tu. seriously, banyak sangat akal dia tak boleh aku lepa sikit. rumah aku berapa kali dah banjir dia main air. esok before workout nak kene ikat kat kerusi dulu lah gamaknya.

 abis licin satu tub
 
the culprit!
 
Day 22
Now almost tiap malam ada reading session dengan Mika.. nak polish his malay reading sebab kat sekolah pun baru start push untuk Bahasa ni.. agak lambat tapi aunty cakap takpe sebab senang je Bahasa.. tapi aku dengar Mika baca macam kelakar pulak hahaha layankan aja..
 
bila habis cerita, dia ada Q & A session nak tengok pemahaman dia.. jenuh la aku ulang dua tiga kali tak reti dia nak jawab.. last-last dia cakap, "in English mummy" hahahaha baru dia tau jawab.. sudahh!! kat rumah cakap BM je pun, tapi lemahnya lah vocab budak ni. sebab Bahasa pasar je kot.. kene hantar tuition pulak dah ke?
 
 
Day 24.
Dia buat lagi!! Her secret weapon kali ni, botol wet wipes. Nak dijadikan cerita, I was down with fever and the whole set.. petangnya aman bahagia layan Mika buat Kirigami jek sebab Laiqa tido.. and since my head is pounding, plannya nak tidokan budak-budak ni awal lah. Pukul 8, aku dah light's off. Mika dengan jayanya tido, while Laiqa duk berpusing-pusing sebab dia dah nap kan petang tadi.

So aku bangun balik kejap nak Isyak. Time maghrib tadi, Laiqa ada attempt nak panjat almari. Dia susun bantal dua tiga ketul tapi tak berjaya. Bila aku sergah pandai cakap, "terkejut Laiqa". Masa aku solat Isyak, dia senyap jek. Habis solat aku jenguk la apa dia buat senyap je belakang katil tu. Hasilnya!!


look at that smile and muka satisfied dia..
 
sebabkan kepala pening, aku amik towel sental-sental je rambut dia and tutup lampu. malas nak layan. Tahap cheeky melampau budak ni.

Day 30.
This month penuh dengan kisah kesabaran aku yang kene uji berkali-kali dek budak cheeky ni.. aku rasa nak pi jual je budak ni kat pasar tani.

Harini ponteng swimming class, jadi lambat la aku mandi pagi sebab nak kemas-kemas rumah dan sebagainya. Once aku naik nak mandi jek, dia pun start la project dia. Berkali-kali aku pesan kat Mika, tolong tengok adik and aku dah simpan segala benda yang boleh jadi stool dia. Pintu bilik air semua dah tutup, handbag dah simpan.

By the time aku siap-siap nak pergi drum class, aku turun to this!!

Aku dah takde reaction dah kot masa ni. Aku tarik bean bag, kutip sikit-sikit while bebel kat Mika sebab dia tak tengok adik and aku jegil mata je kat si kecik tu. Then terus berdesup pegi drum class. Dah siap drum class, baru balik kemas balik all the beans. Berhempas pulas la aku dengan Mika, while Laiqa gelak mengekek2 main beans. Mika gather beans, dia jadi tukang tiup kasi berterabur balik. Last-last aku vacuum kan je semua, and pack bean bag masuk dalam bilik.


Then train Mika kat dapur, tanak nanti terjebak dengan sindrom "Lelaki King".. semoga nanti rajin masuk dapur ye Mika. Lagi satu sebab aku malas nak buat jelly yang dia request so kasi task ni.. so operasi jelly oreo kita postpone ke next week miahahaha


Maliki pulak takde desas desus nak balik.. everytime aku tanya dia, cakap takde exact date but InsyaAllah before birthday Mika. Whatever la daddy, just gimme all your moolah jek nanti for all these hassle that I have to face alone.

Day 33
I'm back in Petronas tapi all the IDs and access semua tak ready lagi and no one is there to escort me in. Ni je satu yang aku tak suka. So far other client, semua access dah ready so first day dah boleh start keje. Kat sini network ID je ok, so email bertimbun with all the queries and issue tapi takde id nak check system. User keep on asking for status update, stress aku. Le hubs pulak still tatau bila nak balik. katanya kalau manage to settle kerja, esok lusa boleh balik dah tapi it all depend on the weather.. sob sob sob..

Now i'm happily updating the blog from the comfort of my bed while Maliki is downstairs preparing breakfast.. kasi can la nak recharge..
 

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, October 14, 2017

My Big Boy, Mikaman~

Happy Birthday Mika!!!

 
Mika turns 6 this year.. huarrghhh dah nak masuk sekolah dah.. like seriously!!??
 
makan pon bersuap lagi most of the time sebab dia nak multitask masa makan.. kalau aku paksa suruh makan sendiri, nak abiskan nasi pun dekat 2 jam.. yes, aku pernah tunggu 2 jam. last-last pegang rotan duk kat sebelah sebab nak kejar drum class.. owh la anakkkkk, sekolah nanti 20 minit je masa rehat awak~
 
tatau la macam mana pegi sekolah nanti, he doesn't even know how to use money yet although dah pandai dah membeli.. kalau kasi duit kat dia, tak takut dah nak cakap dia nak beli apa.. cuma dia tatau la lagi nilai duit tu.. especially kalau ada sen sen kat belakang.. ada this one time, maliki bagi dia RM50 nak beli pisang. Dapat pisang terus dia blah, nak tunjuk pisang dia beli kat aku hahaha untung orang kedai gini pisang sesikat RM50 ^-^
 
kalau main dengan adik, tak beringat.. mengekek-ngekek sampai kul 1 pagi pun boleh kalau biarkan.. tapi kalau gaduh pun boleh tahan.. kadang tak boleh tengok adik sikit, nak menyakat je keje dia.. tangisan Laiqa tu dah macam music to his ear gamaknya~
 



 with his bestfriend, Ana
 




another achievement in the bag. he finally know how to blow his own balloon.. one less balloon for me hihihi
 
 Rockstar wannabe~!
 
Mika ni banyak request dia.. semua benda dia nak buat, semua benda dia nak masuk.. masa aku enroll kat dia in drum class, dia nampak piano. Terus cakap, "Alaaa, baru nak learn piano" and bila nampak guitar, "Alaaa, baru nak learn guitar". Blerghhh~ then asyik la tanya bila nak hantar dia class football lah, tennis lah.. sabar ye Mika, kita pegi one by one sampai u find that one sport that you really like.. kot-kot lah boleh jadi cam Dato Nicole David nanti hahaha
 
I love you to the moon and back, always! Mummy doakan awak berjaya dunia akhirat, panjang umur, murah rezeki and sihat selalu. Be a good muslim and respect your elder. We will work on your solat subuh and sleep in your own room next okay~ Muah muah~

Tuesday, October 10, 2017

The eight years~

8 years and counting~ InsyaAllah~!



Happy Anniversary dear husband~!!!
I love you..  and will love you more if you buy me that ticket I really want.. miahahaha conditional love gitu..

- Posted using BlogPress from my iPhone