Showing posts with label Tasmania. Show all posts
Showing posts with label Tasmania. Show all posts

Tuesday, November 19, 2013

Mount Wellington, Tasmania

Destinasi penutup percutian kami di Tasmania ni tak lain tak bukan Mount Wellington. Save the best for last kononnya.. walaupun aku rasa semua tempat best and sangat cantik kat sini.. tak tipu..

Mount Wellington ni dalam 45minit je dari Hobart City.. tapi disebabkan kami tersesat jalan, lama la sikit baru sampai.. GPS pun tak boleh harap.. nasiblah aku terlebih rajin, dok double check route to Mount Wellington guna Sygic jugak.. Sygic kasi direction lain GPS kasi direction lain.. dan disebabkan aku macam dah hafal location-location ni dalam map, aku confirm sangat GPS direction tu salah.. stress aku, dah la kejar masa. boleh sesat pulak tu.. end up kami sampai kat atas kul 5.. kalau nak ikutkan opening hours The Pinnacle ni dari 8 am - 4:30 pm jek.

jalan nak pegi sini pun sangat la menggerunkan bagi aku. walaupun jalan nya cantik bertar, aku memang paling takut kalau jalan dekat lereng-lereng gunung.. boleh nampak gaung bagai.. so memang berdebar-debar je masa nak naik tu.. tapi sampai je kat atas, wallah! hilang takut, rasa nak lompat-lompat.. temperature kat atas boleh tahan sejuk, siap ada snow.. tak banyak, cukup lah nak main snow fight dengan mika :)


parking pun kosong je sebab dah diluar operating hours.. observation shelter tu pun dah tutup.. so kami lepak dekat boardwalk je lah..





Hobart City Center






  takde orang dah kat sini except 2 orang mat salleh.. siap tolong amikkan family potrait untuk kami..



too bad we are pressed for time.. so tak sempat la nak explore sampai ke hujung tu.. kang gelap kang tak boleh turun pulak..






en suami on the highest point on Mt Wellington.. mummy and mika mampu usha dari bawah je.. i did try climbing with Mika, tapi the route are too rocky.. so aku stop di tengah jalan.. buat photoshoot dengan model kecik..

tak pasti kenapa mood dia baik sangat kat atas ni, dia yang suruh aku ambik gambar dia posing atas batu..


kalau pakai Stork, maybe I could make it to the top~ nyesal!!

Heaven on earth.. Subhanallah~

Mika first attempt at snow fight.. nanti kita pegi winter holiday pulak ye~

Dengan berat hati aku tinggalkan Mt Wellington ni.. sempat la singgah kejap dekat Salamanca Place cuci mata tengok bangunan-bangunan kat situ.. cantik tapi masing-masing tak bawak camera sebab penat seharian berkejar-kejar.. 

Malam terakhir ni, kami akhiri dengan mencuci campervan. One of the condition to return the campervan is to ensure it's cleanliness. Luar dalam! Kalau tak, dia akan charge extra AUD100.. Eeks.. rela aku kesejukkan basuh sendiri hahaha Kebetulan pulak masa isi minyak, jumpa tempat untuk cuci kereta. I guess most company memang letak condition ni kot, so dorang bukan tempat cuci kereta macam ni.. Utk AUD1, korang boleh guna the high pressure spray gun for 15 minutes. Kain mengelap pulak boleh beli dari vending machine for AUD2. En suami la excited tak tentu hala bayar AUD2 tuk main air for half an hour.. budak budak sangat! kitaorg skip part nak mengelap, spray and jalan cukup hahaha

Last night kami stay dekat Big4 tourist park sebelah airport jek.. senang.. patut first night pun boleh stay kat sini.. tempat ni bersih sangat and selesa.. paling best this is the only tourist park yang provide free wi-fi.. but we are too tired to see the free wi-fi sign.. time nak checkout baru berlumba access internet..

kesimpulannya, this is one of the best holiday destination for me so far!! kalau ada yang berminat nak pergi Tasmania, duduk la lama sikit.. tak cukup rasanya stay kat sini 4 malam.. i demand a repeat en suami!! REPEAT!

Tuesday, November 12, 2013

The Neck, Bruny Island

Puas melompat kat Cape Bruny Lightstation, kami meneruskan perjalanan ke The Neck, lebih kurang sejam dari Cape Bruny.. The Neck ni on the way je sebenarnya dr jetty ke Cape Bruny, tapi kami tuju yang jauh dulu.. bersusah susah dulu kekdahnya¬

unseal road yang terpaksa kami lalui dekat Bruny Island.. yang ni dah kira cantik dah ni.. kalau ke arah lightstation tu dengan lubang kiri kanan jalan, dengan tak ratanya lagi..


alhamdulillah cuaca cantik sepanjang kami kat Tasmania ni.. matahari terik sangat time ni, nasib la cuaca dingin and nyaman..


tangga yang bakal didaki.. sekali lagi kami kene mendaki.. tasmania ni memang mencabar betul.. nasib la mika tu 10kg jek..


walaupun tangga ni selamat je mika nak panjat.. tak rela aku nak kasi dia panjat sebab dia kenderaan berat.. mau sejam baru sampai kat atas tu muahahah.. menangis jugak dia nak turun tapi mummy lagi kental.. melalak la cemana pun, rela kupikul!

beach access.. malangnya time ni dorang tutup beach access ni..


seronok mika and mummy.. dua-dua terpegun tengok laut yang cantik and menenangkan..


The Neck.. kiri kanan laut.. one side ombak dia ganas sikit.. the other side sangat tenang..

cantik cantik cantik...










i miss this place *sigh*



Thursday, October 31, 2013

Port Arthur and Cape Bruny Lightstation, Tasmania

Agenda kami di hari terakhir di Tasmania ni agak pack sebab plan banyak terganggu dek kerana keadaan jalan yang jauh dari expectation kami. Destinasi pertama kami ialaha Port Arthur Historic Site. Secara jujurnya, aku tak pasang niat pun nak pegi sini. Tapi disebabkan itinerary Tasmania en suami yang buat terpaksa la aku ikut je. Kami sampai seawal pukul 8 pagi. Malangnya, site ni tak buka lagi. Opening hours pukul 9am. double #facepalm sikit kat en suami sebab buat iti tanpa check information-information crucial macam ni~ jadinya, bergambar je la depan information center dia sebab tak mampu nak menunggu, kami nak kejar ferry pukul 9:30 nanti.


Destinasi seterusnya nak ke Bruny Island. Nak pergi Bruny kene naik ferry dekat Kettering. Perjalanan dari Port Arthur lebih kurang 2 jam.

Singgah kejap kat Tasman National Park lookout.View sepanjang jalan memang tak menjemukan.



Banyak giler blackwood tree dekat Tasmania. At first aku ingat tempat ni baru lepas terbakar ke apa sebab semua batang pokok tu hitam rentung.. tapi sebab semak samuk cantik je hijau, daun pun ada, baru perasan yang memang macam tu rupa dia.. hehehe






Traffic system yang aku rasa agak bernas.. middle lane tu boleh dishare for both way.. 

Orang Tasmania pun suka buat rumah kat lereng bukit..Ni kawasan dekat dekan pekan Hobart. Kalau kawasan kampung tu rumah jauh2 dalam ladang.


Kettering Ferry.. Ferry ni atas bawah boleh isi kereta.





Attraction pertama yang kami terjah kat Bruny Island ni Cape Bruny Light station. Kawasan ni pun part of national park jugak. Kami guna je ticket national park yang kami beli semalam dekat Freycinet sebab masih valid lagi. Jauh ya amat rasanya nak sampai sebab half dari jalan nak ke sini unseal. Dah rasa macam naik roller coaster dah dengan bunyi periuk belanga menari-nari kat belakang. Dengan sunyi lagi kawasan nya, takut jugak kalau-kalau campervan buat hal. Naya stranded dalam hutan nanti. Tapi sampai je kat sini, terus teruja. View dia Subhanallah cantik sangat, tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata.



Nak pegi lighthouse tu kene jugak mendaki.. huhuhu duduk sini beberapa hari rasa cam turun 2kg sebab asyik mendaki je kejenya.






Kalau korang berminat nak masuk lighthouse ni, korang boleh ikut tour berbayar dia. kalau tak, posing-posing sambil menikmati permandangan je.







kangaroo jump depan lighthouse~

Lama jugak kami lepak kat sini. Best sangat sebab kiri kanan semua dihidang view yang cantik-cantik. Berbaloi-baloi la datang jauh-jauh, rasa macam tak nak balik. 

p/s: rindunya tempat ni bila tengok gambar-gambar ni. harapnya ada la lagi peluang nak datang sini lagi.