Friday, February 14, 2014

Poang baru untuk bos kecik!

Lama dah nak buat cover untuk kerusi Poang si Mika nih, tapi nak cari kain yang cun melecun tu payah la sangat.. terpaksa belek kain kat ikea jugak.. nak pegi ikea tu satu hal la pulak, jauhhhhh and ramai orang.. nak pergi berdua dengan Mika tak cukup tabah!

Lepas dapat kain, kerajinan nak menjahit pulak hilang.. satu hal pulak nak tunggu mood datang.. peram lagi sebulan dua.. hari ni baru ada feel nak start hahaha tiba-tiba gigih sebab esok macam nak serbu ikea lagi.. kalau project dah jalan, boleh la bodek beli kain lagi..


 kain pilihan kalbu

 process mengelim..

project ni simple je, tapi untuk amateur macam aku terkedek-kedek la sikit sebab nak kene fikir and plan tang mana nak letak poket segala.. maklumlah, takde ikut pattern, ikut kepala sendiri jek~ lebih kurang 2 jam baru siap.. hasilnya not bad, puas hati tengok hasil tangan sendiri!
 





penat lelah terbayar tengok reaksi bos kecik happy kemain tengok kerusi dia coloful.. macam dapat kerusi baru!


p/s: harapnya kerajinanan ni berterusan sebab kain cotton order dari member kat Vietnam aritu dah lama terperam dalam stor.. tak keluar dari kotak pun lagi..

Monday, February 10, 2014

Road trip ke Phillip Island

Agenda hari ni agak pack sebab hari ni hari terakhir kami nak berjalan-jalan walaupun flight esok malam.. hari esok telah dikhaskan untuk urusan bershopping secara berjemaah..

cuaca kat Melbourne ni memang tak menyebelahi kami sepanjang-panjang kami kat sini kalau nak compare dengan Tasmania.. kalau tak hujan, mesti mendung.. haihh~ hari ni sekali lagi kami disambut cuaca mendung!

destinasi pertama kami hari ni nak ke Brighton Beach sebab nak tengok colorful hut yang glamour tu.. dah dua kali dah postpone destinasi ni sebab cuaca tak mengizinkan.. sejujurnya aku takde info pun pasal tempat ni except nama pantai, so buta-buta je ikut direction GPS ke Brighton beach, dah nak sampai hujung jalan pun tak nampak batang hidung. last-last patah balik and gamble berhenti kat salah satu parking yang ada kat kawasan tu.

luck was on our side that day sebab tempat yang kami pilih tu tempat yang betul!! kalau korang nak datang sini jugak, sila tuju ke Dendy Street Beach.



Macam-macam design and color ada. Sangat creative. Since kami datang pagi, tempat ni pun kosong, so boleh la nak posing maut segala!


Budak yang paling happy dekat sini. Duk minta aku dukung dari satu hut ke satu hut.

Model kecik beraksi.





Puas main pondok-pondok, kami teruskan perjalanan menuju destinasi yang paling jauh hari ni. Phillip Island. Kat sini kami just pegi The Nobbies Centre je. Apa ada kat sini?? Beribu-ribu ekor seaguls huhuhu ada musim-musimdia korang boleh jugak tengok penguins and seal. time kami pergi ni seagul je ada.. disebabkan berjalan dengan budak still seronok sebab Mika excited giler tengok burung merata-rata.





mengintai seagul dari celah-celah kayu. angin kuat gile kat sini sampai dia sanggup put on his hoodie..






Burung-burung ni tak takut orang.. Rileks je dia bertenggek dekat railing ni walaupun aku datang dekat.. 






port mengintai paling best nih.. memang elok-elok je dia leh intai kot sini, tak payah nak berdukung-dukung~





tumpang lalu, tuan punya blog pun nak interframe jugak!



tak ramai jugak orang kat sini time ni.. so tempat ini, ana yang punya!! *lompat bintang*








sebelum balik, kami singgah makan lunch kat cafe.. kali ni kitaorg makan seafood platter dia.. portion kecik je tapi harga agak mahal!! sementara nak tunggu makanan sampai, bawak Mika main kat playroom dia. ada budak peramah kat situ, mula-mula nak pau duit nak naik ride tapi sebab aku bolayan dia ajak Mika pulak main.

kawan baru

on the way balik tu, singgah sekejap dekat chocolate factory ni.. aku excited nak borong chocolate sebab aku ingat ni cadbury chocolate factory.. celah mana aku nampak cadbury pun aku tatau la.. kami tak join pun tour tu, masuk kedai je. Mika paling happy sebab dapat makan tester, sampai menangis meraung-raung minta lagi.. since tester tu ada kat cashier counter jek, terpaksala aku tebalkan muka minta lagi.

dah balik malaysia baru tau kedai ni, cousin ex-schoolmate aku yang punya.. kalau tau awal-awal aku dah minta discount hahaha~


sesuai nak buat hantaran kawin nih..


Up next, Maru Koala and Animal Park!! Mika first animal feeding session :)