Friday, August 12, 2011

Selamatkah Air Kosong Pada Bayi

Jom nak share ilmu lagi.. this is for all the new mommy-to-be out there~~

pic source: google
Ibu bapa tidak digalakkan memberi bayi berumur enam bulan ke bawah minum banyak air.

MINUM air yang terlalu banyak boleh menyebabkan kehilangan elektrolit yang diperlukan tubuh.

PAKAR perubatan di Pusat Kanak-kanak Johns Hopkins di Baltimore, Amerika Syarikat, mengingatkan ibu bapa bahawa memberi bayi mereka yang berumur enam bulan ke bawah minum terlalu banyak air boleh membawa kemudaratan yang meragut nyawa.

"Walaupun mereka masih kecil, mereka juga mempunyai refleks untuk berasa dahaga. Dan apabila mereka dahaga, mereka sepatutnya diberi minum susu badan atau susu formula, bukannya air kosong," kata pakar kecemasan pediatrik di pusat itu, Dr. Jennifer Anders.

Ini kerana buah pinggang bayi masih belum matang. Memberi mereka minum terlalu banyak air akan menyebabkan tubuh mereka membebaskan sodium bersama-sama air yang berlebihan.

Kehilangan sodium boleh memberi kesan kepada aktiviti otak. Petanda awal berlakunya keracunan air ialah mudah meradang, pening kepala dan perubahan mental yang lain. Simptom lain termasuklah suhu badan yang rendah, muka sembap dan membengkak serta sawan.

Menurut Anders, simptom yang ditunjukkan kurang jelas, jadi sawan mungkin merupakan simptom pertama yang dapat dikenal pasti oleh ibu bapa.

ELAKKAN daripada memberi susu yang terlalu cair kepada bayi.

Tetapi jika bayi mendapat perhatian perubatan awal, sawan berkenaan mungkin tidak akan meninggalkan kesan yang berpanjangan.

Air tidak sepatutnya diberi sebagai minuman kepada bayi yang berumur enam bulan ke bawah. Ibu bapa juga seharusnya mengelak daripada memberikan susu formula yang terlalu cair atau minuman pediatrik yang mengandungi elektrolit.

Konsultan laktasi Toronto, Kanada, Anne Kirkham, menjelaskan, "Memberi bayi anda air boleh mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku menyebabkan kehilangan perkara-perkara yang baik."

Contohnya, pengambilan air pada hari pertama selepas kelahiran didapati meningkatkan demam kuning.

"Tidak ramai bayi yang menyusu badan berdepan dengan masalah demam kuning. Tetapi bayi yang diberikan air sebaliknya mengalami simptom demam kuning lebih teruk. Mereka juga lebih mengantuk dan cepat penat," kata Kirkham.

Memberi air pada minggu-minggu awal juga akan memberi kesan kepada menyusu badan. Bayi yang kenyang dengan air akan minum kurang susu semasa menyusu badan dan akibatnya payu dara ibu akan mengeluarkan susu yang kurang.

Dengan itu, bayi akan mendapat susu yang kurang dan pertumbuhan tubuh yang tidak positif.

Sebuah kajian di Australia mendapati bayi baru lahir yang diberikan air yang mengandungi gula selepas setiap kali disusui kehilangan lebih banyak berat badan berbanding bayi yang minum susu ibu semata-mata.

Sumber article : Kosmo! 26 Mei 2008

5 comments:

Unknown said...

ha jgn dengor ckp diorg nanti kalau suh sumbat air masak! Aku ari tu penat pertahankan..tapi mereka2 itu kononnye lebih berpengetahuan..eee geram aku!! Tak pasai2 Aqilah telan air masak masa baru umor 2-3minggu..heeee geram akuuuu

Harlaney said...

Ngeh ngeh ngeh.. Mak ke mak cawan sumbat?? Harus ku pertahankan~~!!

hawa said...

betul lane. skrg u tak rase, nanti dah bersalin baru u tau betapa siksanya nak pertahankan baby u dari susu formula dan air masak. Boleh meroyan I nyahhhh!

Harlaney said...

i pantang kat kl sdn bhd.. senang sikit la kot nak control since i jaga baby sengsorang pn hawa.. kakak i, mak mertua dia dtg tiap hari so susah sikit~!

baMby said...

yup! penat aku berjuang dan Alhamdulillah berjaye hehe..doc aku pesan sgt xyah bg air..