Referring to Motherhood Expo entry yang lepas, haruslah ada entry untuk hasil-hasil tangkapan expo kali nih. Seperti yang sedia maklum, kami adalah hantu warehouse sale. Semua warehouse sale kami nak terjah.. aktivity terjah-terjah ni is before and after Mika's delivery. Now cik abang mummy tu dah besar, so kelengkapan semua seharusnya dah complete.. kalau ada uncle-uncle and aunty-aunty tanya nak apa, aku dah tatau nak minta apa except for toys (4 months masih belum terlambat nak kasi hadiah kat mummy Mika ye uncle-uncle aunty-aunty semua ~) Jadinya, aksi terjah kali ni takde lah melampau macam aksi terjah yang lepas-lepas. Kali ni dah siap dah list and yang paling menggembirakan, barang mummy and Mika cam sama banyak!! Sila redha en.suami~
Checklist kami
Checklist tu ada 5 je barang yang kami perlukan. Stroller tu just nak survey-survey. kekonon nak cari yang lightweight and tahan untuk travel. Sikit-sikit pun, aku budget around +-500 jugak ler! Nursing wear harganya memang mencekik, tak pernah aku spent 50++ tuk tops je.. ye aku memang kedekut berjimat orangnya~
jom kira compare dengan catch of the day pulak!
Catch of the DAY!
Tak banyak beza ok?? *Denial mode*
ada la terbabas sikit sana ni.. hahaha antara items yang takde dlm list
- Pureen bottle cleanser - ni memang dah nak habis (keperluan)
- Little bean food processor - yang ni tak berapa nak perlu untuk orang yang rajin (bukan aku).. memang dah pasang niat nak beli and since ada 50% harus dirembat so tak perlu nk terjah warehouse lain!
- Whoopee diapers - ni memang fave diapers aku and kat sini sangat murah RM20/pack for all sizes.. beli 2 pack je sebab dah ada stock Drypers kat rumah.. sangat menyesal beli Drypers!!
- Dragon and Pirate heat applique - sangat cute jadi diterjah i can't resist syndrome!
- nursing poncho - kerperluan sebab aku memang nurse Mika in public kalau keluar ke mana-mana, satu tak cukup nanti susah nak basuh (a.l.a.s.a.n~)
- Ben Bat travel pal - kiut miut tak tahan hati nak jugak tabur duit dengan alasan, kesian tengok Mika tido dalam stroller selalu terlentok-lentok.. hari tu tengok online so kehendak hati masih boleh dibendung.. bila dah tengok depan mata, pegang dengan tangan terus hati jadi cair meleleh keluar duit!
Ben Bat Travel Pal. kan comel kan, special edition for Dragon year lagi!
Last but not least, item dalam KIV tu pun berjaya dirembat!! plan nya nak survey jek dulu, next expo baru rembat.. tapi sama jek kan beli expo in or kat midvalley.. sah sah company sama, harga promotion pun tentulah sama~ pilihan hati antara aprica and combi.. feature semua sama, yang berbeza cuma harga and berat jek.. aprica lagi lightweight at 3.6kg, combi ni 4.3kg.. tak sampai 1kg pun beza but kene topup another 200++. nasib en suami baik sebab aprica takde color choice, semua hitam legam jek.. don't like! so bercombi la kita~ (dengar kata kat Sogo Warehouse lagi murah - miracle turn 900++ jek!! tapi tempat tu tempat ban en suami and kitaorg takde member card.. redho jek la!)
Small boss in his new ride!! ada gaya bos dah tu!!
Paling best, expo kali ni dapat banyak free gift!! sapa tak suka barang percuma?? Expo kali ni kami dapat 2 Drypers sample, Librese sample (sibuk nak jugak walaupun miss P tak sampai lagi heh heh heh), Ridsect gel, baby biscuit, color pencil andddd Baby Einstein Press n Play Pal - Lion!! Berbaloi-baloi!! Mmg en suami lucky la sebab dia last customer dapat free gift tu!
aku cuma terkilan kerana Autumnz tak bawak nursing wear kat expo kali nih.. so tak kesampaian lah hasrat nak menambah nursing wear~ so kene jugak la pegi expo kat midvalley tu.. harapnye mata ni tak pandang ke arah lain dah la..
sekian saja update kali ini, sehingga bertemu kembali di expo midvalley!
p/s: ya Allah ya tuhanku, selamatkan la poket ku bulan ini dari anasir-anasir jahat tapi comel di Midvalley nanti. Amin!