Monday, March 19, 2012

Earn Your Stripes Challenge - Last Day

Today is the last day for Mamypoko Earn Your Stripes challenge!! FREEDOM!! muahahahha i spent soooo much time on this game just to be on the top 15 list!! 

aku berjanji tidak akan masuk contest-contest macam ni lagi, lama giler kot dorang buat contest ni.. kalau seminggu dua tu boleh la nak accept lagi.. ni 3 bulan giler ke apa?? orang ada anak and laki nak di-entertain woii!! still pelik cemana orang lain cam rileks je main berjam-jam, score berjuta-juta in a day.. takde laki and anak ke nak dilayan?? maybe dorang ada maid kot~ 
awal-awal tu aku pun semangat sampai berjaya naik no 8, tapi after a few weeks macam hish buang masa.. kalau dpt no 1 tu ok la jugak~ tiap hari main 2 session je which is awal pagi and malam-malam, main masa pumping session.. cukuplah just nak maintain top 20 tuh!

p/s: pesan utk sang suami, next time ada contest2 gini sila diam2 je kalau xnak makan minum terabai.. sekian!

Sunday, March 18, 2012

Felt applique Aqilah~

Felt applique tuk yong Aqilah dah siap~ cuma tinggal nak tampal kat baju jek lagi.. Silalah cari tshirt kosong je Na, nanti aku g umah patch-kan je.. Special tu ko, service sampai ke rumah~

haiwan apa yang bertuah menjadi pilihan hati eden kali nih??

TADA!!!




Liza si burung hantu~

warna garang je yang ada dlm stok, lain kali kita buat yang comel2 dengan color2 pastel plak..

p/s: amacam, berbakat tak saya? Boleh ambik tempahan tak? Hihihi

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, March 14, 2012

Felt Craft: Little Blue Alien Applique

Kejap je dah siap hasil tangan nih.. project simple memang la kejap kan~

Little Blue Alien: In progress

Dua hari je dah siap felt applique nih.. since baju pureen sleepsuit tu bosan benor la rupanye.. dah la warna putih.. then ada logo pureen yang kecik kenonet tu je kan, aku pun rajinkan diri tambah sikit kasi meriah.. semalam jugak Mika rasmikan baru lama, berwajah baru nih.. masa aku tunjuk kat dia, dia tersengih-sengih macam biasa jek.. muka selamba capai alien tu, ngap masuk mulut!! alien pun ko nak makan, tatau le nak cakap apa dah~

Hasilnye!!
boleh tahan jugak le cantiknye kan alien tuh kan.. hahahah perasan!! uihhhh excited aku, macam nak pegi buat benda lain pulak lepas nih.. buat roket pulak jomm!! sebelum tu kene la reveal project felt lion tu dulu.. dah siap dah, tapi sebab Mika tak rasmikan lagi.. so tak leh la aku nak revealkan lagi.. kita tungggguuuu!!

p/s: pandai berjimat si Mika ni!! pacifier and teether semua dia tak nak.. mahal and tak sedap katanye.. jari mummy tetap di hati.. aku sumbat jari baru le dia nak diam.. kalau tak ook eekk ookk eekk je manjang.. hai la anak~

Monday, March 12, 2012

Alien in the house~

Another felt project in the house!!




p/s: aku yang terlebih excited, Mika relax je.. Yang penting dapat capai masuk mulut sudah~

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, March 7, 2012

Wordless Wednesday: Diapers obsession




- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, March 5, 2012

Tollhouse cookies~

Finally.. Lepas berbulan oven tak berbau harum, harini saya give in kepada kehendak suami..
Kerajinan melanda sebab harini work from home, sah-sah pukul 6 dah free... No traffic la katakan hihihi tepat jam 6, terus sinsing baju masuk dapur~
Since biskut ni simple jek.. By 7 semua dah siap.. Tinggal tunggu oven berbunyi jek~
hasilnya tidak menghampakan walaupun ni first time kami


Dinner for tonight





Taste wise, yummilicious!!



Makan satu tak cukup!! Silap-silap habis satu balang malam ni jugak~ kalau jeans takleh sarung, salahkan en suami!
Apa lagi?? Jom makan biskut!!

p/s: Mika pun turun dapur tolong mummy buat biskut~

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, March 4, 2012

Felt project: Mari meneka!

Jeng jeng jeng jeng!! Project felt ke udara kembali.. Ada satu project yang tergendala dulu!! And xde guna nak diteruskan.. Sebab kaki si kenit itu telah membesar!! Huhu separuh jalan je siap kasut felt Mika sebab dia decide nak keluar awal~

This weekend aku start pulak dengan project baru.. Dah separuh siap.. Teruja.. Teruja.. Teruja dengan hasil tangan sendiri..



Comel kan comel kan?? Cuba teka apa benda ni.. Sapa betul aku belanja mekdi!!

Pertandingan tertutup utk Daddy n Mika!!
- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, March 2, 2012

Motherhood Expo 2012

Referring to Motherhood Expo entry yang lepas, haruslah ada entry untuk hasil-hasil tangkapan expo kali nih. Seperti yang sedia maklum, kami adalah hantu warehouse sale. Semua warehouse sale kami nak terjah.. aktivity terjah-terjah ni is before and after Mika's delivery. Now cik abang mummy tu dah besar, so kelengkapan semua seharusnya dah complete.. kalau ada uncle-uncle and aunty-aunty tanya nak apa, aku dah tatau nak minta apa except for toys (4 months masih belum terlambat nak kasi hadiah kat mummy Mika ye uncle-uncle aunty-aunty semua ~) Jadinya, aksi terjah kali ni takde lah melampau macam aksi terjah yang lepas-lepas. Kali ni dah siap dah list and yang paling menggembirakan, barang mummy and Mika cam sama banyak!! Sila redha en.suami~

Checklist kami
Checklist tu ada 5 je barang yang kami perlukan. Stroller tu just nak survey-survey. kekonon nak cari yang lightweight and tahan untuk travel. Sikit-sikit pun, aku budget around +-500 jugak ler! Nursing wear harganya memang mencekik, tak pernah aku spent 50++ tuk tops je.. ye aku memang kedekut berjimat orangnya~
jom kira compare dengan catch of the day pulak!

Catch of the DAY!
 
Tak banyak beza ok?? *Denial mode*
ada la terbabas sikit sana ni.. hahaha antara items yang takde dlm list
- Pureen bottle cleanser - ni memang dah nak habis (keperluan)
- Little bean food processor - yang ni tak berapa nak perlu untuk orang yang rajin (bukan aku).. memang dah pasang niat nak beli and since ada 50% harus dirembat so tak perlu nk terjah warehouse lain!
- Whoopee diapers - ni memang fave diapers aku and kat sini sangat murah RM20/pack for all sizes.. beli 2 pack je sebab dah ada stock Drypers kat rumah.. sangat menyesal beli Drypers!!
- Dragon and Pirate heat applique - sangat cute jadi diterjah i can't resist syndrome!
- nursing poncho - kerperluan sebab aku memang nurse Mika in public kalau keluar ke mana-mana, satu tak cukup nanti susah nak basuh (a.l.a.s.a.n~)
- Ben Bat travel pal - kiut miut tak tahan hati nak jugak tabur duit dengan alasan, kesian tengok Mika tido dalam stroller selalu terlentok-lentok.. hari tu tengok online so kehendak hati masih boleh dibendung.. bila dah tengok depan mata, pegang dengan tangan terus hati jadi cair meleleh keluar duit!
Ben Bat Travel Pal. kan comel kan, special edition for Dragon year lagi! 
Last but not least, item dalam KIV tu pun berjaya dirembat!! plan nya nak survey jek dulu, next expo baru rembat.. tapi sama jek kan beli expo in or kat midvalley.. sah sah company sama, harga promotion pun tentulah sama~ pilihan hati antara aprica and combi.. feature semua sama, yang berbeza cuma harga and berat jek.. aprica lagi lightweight at 3.6kg, combi ni 4.3kg.. tak sampai 1kg pun beza but kene topup another 200++. nasib en suami baik sebab aprica takde color choice, semua hitam legam jek.. don't like! so bercombi la kita~ (dengar kata kat Sogo Warehouse lagi murah - miracle turn 900++ jek!! tapi tempat tu tempat ban en suami and kitaorg takde member card.. redho jek la!)
Small boss in his new ride!! ada gaya bos dah tu!!

Paling best, expo kali ni dapat banyak free gift!! sapa tak suka barang percuma?? Expo kali ni kami dapat 2 Drypers sample, Librese sample (sibuk nak jugak walaupun miss P tak sampai lagi heh heh heh), Ridsect gel, baby biscuit, color pencil andddd Baby Einstein Press n Play Pal - Lion!! Berbaloi-baloi!! Mmg en suami lucky la sebab dia last customer dapat free gift tu!
 

aku cuma terkilan kerana Autumnz tak bawak nursing wear kat expo kali nih.. so tak kesampaian lah hasrat nak menambah nursing wear~ so kene jugak la pegi expo kat midvalley tu.. harapnye mata ni tak pandang ke arah lain dah la..

sekian saja update kali ini, sehingga bertemu kembali di expo midvalley!

p/s: ya Allah ya tuhanku, selamatkan la poket ku bulan ini dari anasir-anasir jahat tapi comel di Midvalley nanti. Amin!