Saturday, April 27, 2013

Jelajah Eropah: Switzerland - Mount Rigi

Hari ni kami masih lagi kat bertapak di Swiss, tapi kali ni kami dah berpindah ke Luzern pulak. Jangan terkejut, kami masih giat meneruskan aktiviti mendaki pergunungan Alps. Perbezaan aktiviti harini, pendakian kami dimulakan dengan cruise dekat Luzern Lake.

Chapel Bridge and Water Tower

Time ni baru lepas kene interview dengan local.. tourism student buat survey tak silap aku.. macam-macam soalan la dia tanya pasal view kami pasal Swiss nih! ehehehe retis sangat~

Banyak giler Swan kat dalam Luzern Lake nih.

Since this is Leon's 2nd time here, aku je lah gigih bergambar.. kasi chance katanya!


Matahari terik sungguh time nih, kesian anak bujang aku nih terpaksa jugak melayan mummy nak berposing~



Mika's and mummy's first cruise!

 
In action! Sibuk nak lepas~ kalau pandai berjalan boleh la nak lepas.. ni nak merangkak dalam boat, haih la anak~


Mika ber 'wind-surfing'

My little sailor!



Rumah-rumah tepi tasik.. mesti best, tiap-tiap pagi bangun terus nampak view tasik nih..


Jeti di Vitznau. Tempat bersejarah Mika jatuh for the first time.. of cource picture taken before kejadian~!


banyak bunga-bunga ni dekat sini.. cantik sangat permandangan nih.. dari jauh nampak macam karpet jek huhuhu.. kalau la lalang kat laman rumah cantik macam ni, memang bangla kat sini tak leh cari makan la jawabnya~



dah la kulit pipi mengelupas sebab tak tahan sejuk, tambah pulak kepala benjol and luka akibat mencium lantai simen yang bergerutu kat Vitznau..  kesian Mikaman saya ni.. tapi still behave, senang mummy and daddy nak berjalan~




jeles dengan tuan rumah ni..

Ni lah view dari atas Mount Rigi.. kalau time winter mesti penuh dengan salji... wajib repeat tuk winter and autumn camnih #berangan

gayat aku sebenarnya posing kat tepi nih.. serius ahahaha takde pagar-pagar.. kalau korang nak golek-golek turun gunung ni pun tak de masalah..



View dari cable car, on the way down from Mount Rigi.

perjalanan turun, kami ikut jalan lain.. kena naik cable car pulak. best kan?? dalam satu hari, boleh naik cruise, then mountain rail, pastu turun naik cable car..


besar giler tiang cable car ni.. rasanya genting punya takde lah besar macam nih~

ni pulak view dari jeti kayu kat Weggis..




turun je dari Mount Rigi, kami bergegas ke hotel nak collect luggage yang kami tinggalkan sebab nak berpindah ke Basel pulak.. tempat persinggahan sementara sebab flight esok awal pagi.. tak sempat nak bershopping-shopping kat Swiss ni. aku sempat shopping chocolate kat Coop je dalam train station sementara menunggu Leon and Chawan pegi amik bag.. dalam rushing-rushing tu, sempat lagi la si Leon ni singgah kedai belikan jumper Swiss untuk Mika hahaha cuak la tu sebab aku asyik cakap kesian Mika takde souvenir from Swiss~! terima kasih, sangat daddy mithali kan. cumanya taste tu off sikit.. ahahaha sebab kat airport banyak je jumper-jumper comel yang harga sama!!

p/s: sekali lagi, tak puas-tak puas.. rasa nak duduk lama lagi dekat sini.. banyak lagi gunung yang kami tak daki chewah!! *masuk coins dalam tabung~*

Thursday, April 25, 2013

Tragedy!

I lost all my breastmilk in my precious deep freezer today.

But I'm okay.

Rezeki Mika masih ada InsyaAllah.

p/s: semoga perjalanan ini dipermudahkan. amin~

- Posted using BlogPress from my iPhone

Back in town!

We're back bebeh!!!




- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, April 20, 2013

Off we go!

Mika is ready for some fun in the sun!!
See you next week.. Byyeee~
- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, April 14, 2013

BF Diary: One and Half!

18 months of breastfeeding.. Alhamdulillah, rezeki Mika masih ada. Masih mengepam dua kali sehari dekat office walaupun hasil tuaian tak lah semeriah dulu.

Current stock in the deep freezer

6 bulan je lagi sebelum mencapai my 2 years target.. Semoga dipermudah dan dimurahkan rezeki Mika, InsyaAllah.

sekarang tengah fikir, nak sambung mengepam ke tak come 14th Oct 2013.

as for Mika pulak, dia dah tau inform kalau dia poo poo.. paling impress bila dia ckp "yak yak" before doing his business ehehehe dah boleh potty train ke?? mcm too early, i'm not mentally and physically prepared #eh
then dah pandai follow simple instruction like  "mummy want book" nanti dia fetch the book and pass to me.. or "Mika tutup tv" then he'll go to the tv and switch off the tv.. erm yeah, he just discovered those small button at the side.

Wednesday, April 10, 2013

BF Diary: Storage Liner Review (Autumnz vs Jingle Jungle)


Dah lama aku nak buat review pasal storage liner ni.. sebab aku adalah pengguna tegar.. tak pernah freeze EBM dalam botol.. memang dari dalam pantang lagi aku guna plastic nih.. and nasib jugak aku tak pakai botol.. looking at the stock yang ada dalam deep freezer tu.. tatau la kan berapa ratus botol aku nak kene beli nanti.. hahah memang pengsan..
selama 15 bulan mengepam, aku pernah guna 2 jenis liner jek.. which is Autumnz and Jingle Jungle sebab brand ni jek paling murah di pasaran.. kalau time baby fair, autumnz tu boleh jatuh RM9 per box. Jingle Jungle liner aku beli masa clearance kat FM RM13 for 2 box kot..

Storage Liner Autumnz




 
Pic source: Google

Pros
- Double ziplock
- Plastic dia tebal, takde jugak case susu bocor lepas thaw
- Heat seals side yang tegap, takde case plastic terkoyak masa nak buka ziplock dia masa menyimpan or case susu bocor lepas dicairkan

Con
- Tempat labelling dia tak strategic.. kene label dulu before masukkan susu, kalau tak memang tak lekat ink kalau store susu yang sudah dichill.. and susah nak baca label.. maksudnya kene la angkat and keluarkan baru boleh nampak.

Storage Liner Jingle Jungle
 
Pic source: Google

Pros
- Double ziplock
- Tempat labelling senang dibaca.. tak perlu nak angkat and keluarkan susu, just selak-selak je plastic tu dah boleh baca

Cons
- Plastic dia tak tahan lasak.. 
- Side seal dia tak kuat, selalu terkoyak side dia time aku buka ziplock tu.. especially kalau tertarik kuat.. this never happens with autumnz liner storage!! banyak storage terkorban sebelum berkhidmat~ 

antara storage bag yang terkorban.. koyak di bahagian tepi masa buka ziplock dia.. this never happen with autumnz

kedua-dua point diatas menyumbang kepada issue susu bocor.. aku pun tak tau kenapa, masa simpan elok je.. bila dah freeze and dicairkan balik, tiba-tiba bocor side dia.. sah-sah susu dah bercampur dengan air rendaman, and haruslah kene buang.. ni dah jadi banyak kali and i vows never to buy any jingle jungle storage liner again!!

Autumnz vs Jingle Jungle


so in my honest opinion, kalau korang tanya which storage liner to use.. i'll definitely vote for Autumnz!! selamat menyimpan~~

Sunday, April 7, 2013

Jelajah Eropah: Switzerland - Schiltorn and Murrenbach Fall

Hari kedua kami di Switzerland dihabiskan dengan aktiviti mendaki gunung Alps.. mendaki menaiki train dan cable car!

Lauterbrunnen Valley view from the cable car.

  First stop. Sampai je kat station ni, kami bertukar naik train pulak menuju ke Murren.

Sampai kat Murren, sempat la kami berjalan-jalan sambil menikmati permandangan yang sangat cantik!



 
Subhannallah.. cantiknya ciptaan Allah..


Makanan Singapore dan Thailand pun ada kat sini.. Malaysia?? Asam tu kot..

 

Perjalanan kami diteruskan menggunakan cable car dari Murren untuk ke Schilthorn.

 
Dah sampai.. Kabus sangat la tebal sampai tak nampak apa-apa kat luar tu..

 
-2 degrees!! memang sejuk..


blinding whiteness!!

keluar ke platform kejap je nak merasa pegang actual snow.. sejuk sejuk sejuk!! too bad mika tak berjalan lagi time nih, kalau tak i'll definitely let him run free and main snow.

 

 
Enjoying our cake and hot cocoa.

Kat atas ni lah restaurant berpusing Piz Gloria. Kalau korang nak tau, kat sini la movie James Bond, On Her Majesty's Secret Service difilemkan. Masa zaman sekolah dulu aku pernah baca novel yang mentioned pasal restaurant ni.. couple tu bercandle light kat sini.. obviously, aku ada lah imagine rupa tempat ni masa tu.. tapi rupa sebenarnya tak sama langsung dengan imaginasi aku masa tu.. hahaha the restaurant is wayyy more canggih than I imagine hahaha tak sangka dapat jugak menjejak kaki kat sini
berebut hot cocoa dengan mika!



 

Bubye. Hope to see you again!

View from the cable car on the way down.




 
 Murrenbach Falls, the highest waterfall in Switzerland at 417m.



cantik sampai tak terkata dah ni!









aku tak pasti tempat apa ni, tapi macam camping site.. kami berhenti sebentar untuk buat apa yang patut (ie. makan bekal and tukar diapers mika)


p/s: gambar sefamily yang ada kat sini credits to chawanna!