Tuesday, August 20, 2013

Operasi pembersihan

Blog ni dalam proses pembersihan, segala gambar-gambar yang tak menutup aurat akan diremove untuk kebaikan diri sendiri. Kalau kawan-kawan ada mengupload gambar ku yang seksi meksi tu kat blog or FB and kalau kalian baik hati dan rajin, tolonglah remove jugak gambar-gambar tu.

sementara tu jom layan aksi #anakkuostaz first time pegang kucing time beraya kat kampung aritu..






Sekian, terima kasih~
p/s: So far baru settle tuk tahun 2009, mak aii banyaknya post nak kene revisit..

Thursday, August 8, 2013

Eid Mubarak~





Maaf zahir dan batin.. Be safe and makan tu beringat-ingat sikit :)

Tulus Iklas,
Laney, Maliki & Mika

Wednesday, August 7, 2013

Esok Hari Raya!

perjalanan jauh tak ku rasa,
kerna hatiku melonjak sama,
ingin berjumpa sanak saudara,
yang selalu bermain di mata.
excite gile nak balik kampung.. hahaha bila dah makin berusia nih, feel nak raya tu dah tak tebal macam dulu.. walaupun en suami ada beraya dengan kami tahun ni.. Alhamdulillah~ tapi feel nak balik kampung berkumpul dengan famili yang melonjak-lonjak! walaupun tahun ni kami beraya kat Terengganu dulu, aku tetap tak sabar.. sebabnya beraya kat Terengganu ni lagi meriah sebenarnya.. mungkin sebab semangat kekeluargaan orang pantai timur ni lebih kuat..
beraya kat ipoh, mungkin tak la semeriah kat Terengganu.. tapi disebabkan dapat berkumpul dengan adik beradik sendiri, nothing can beat that.. duduk rumah tgk cite raya pun rasa seronok jugak~
kesimpulannya, beraya kat Terengganu ke Ipoh ke dua-dua aku happy.
faktor tak payah kerja, just makan and do nothing setiap hari sangatlah bahagia~!! malangnya, cuti aku sangat limited this year, so terpaksa berpuas hati beraya 8 hari jek.. sob sob..
untuk raya tahun ni, kuih raya tak berapa berkobar nak buat.. setakat hari ni, baru 2 jenis kuih.. walaupun yang satu tu cam tak berapa nak jadi, cukup la kot.. nak menambah jajan je satu lagi, nak mengunyah-ngunyah time dalam kereta nanti eheheh
tapiiiii tahun ni nak berbangga sikit sebab berjaya jahit baju melayu sendiri untuk Mika.. ehehehe


dan berjaya jugak jahit selai baju kurung moden tuk diri sendiri!!


malangnya tak sempat nak jahit baju tuk en suami.. next year maybe~
p/s: ni yang rasa berkobar-kobar nak masuk kelas menjahit ni. kot-kot la esok leh jadi designer cam hatta dolmat pulak kan.. muahahah #berangan

Tuesday, August 6, 2013

Ramadhan 2013

Iftar session with old friends for Ramadhan 2013.. 


masing-masing dah beranak except for pengantin baru yang tak berapa nak baru si Liz.


picture taken from Lily's FB.

peel masing-masing.. Mika's the oldest, tua a few hours je dari si Alisha. While Ayra tua a few days je dari si Syaafiq. Boleh buat band dah ni~


Session bersama G2ians. Sibuk bergossip and makan sampai tak ingat nak bergambar.. Reen and Yana dah balik dah time ni~ 



- Posted using BlogPress from my iPhone