Thursday, January 23, 2014

i hate chuu!!

kata Mika!!

sempena cuti Maulidur Rasul aritu, kitaorg pergi makan angin ke PD.. tak overnight pun, pergi semata-mata nak main ombak and pasir. Mika ni memang takut sangat nak mandi laut.. padahal banyak kali dah kitaorg bawak dia tengok laut.. pergi Vietnam and Australia aritu pun dok usha laut je keje dengan harapan boleh menghilangkan rasa takut dia tuh.. haram tak jalan..

good morning semua.. dengan muka belum mandi Mika kasi pose "duck face" yang jadi kegilaan budak-budak zaman sekarang.. eh mak budak pun ramai dok perasan selfie duck face jugak.

kalau dalam kereta happy tak reti nak diam, sampai je kat tepi laut terus keras kejung.. duk atas mat mata tak lepas pandang ombak.. Maliki ajak main pasir pun dia bolayan~


kalau tak PD sini je lah pantai favourite kami sebab tak ramai orang.. dulu tempat ni sangatlah bersih, tapi kali ni boleh nampak dah sampah sarap berteraburan. invasion makhluk alam yang tak berpelajaran lah nih.. entah-entah next trip datang sini tempat ni dah jadi tempat pembuangan sampah kot??

muka tak puas hati daddy ajak ambik air hehehe but sorry la cik adik, parents awak ni sikit pun tak ambik port awak suka ke tak..






deserted beach.. itu yang aku cari.. kalau sampai awal tadi, confirm aku terjun dengan jayanya.. lama dah kempunan nak mandi laut nih.



sessi celup kaki kedua.. dia pulak yang berlari kejar aku hehehe tapi still tak hilang perasaan takut tu, cuma perasaan takut kene tinggal tu lagi tinggi.



setapak demi setapak kami tarik budak ni.. kesian dia, takut tapi terpaksa sebab dah masuk dalam ni dia tak berani nak lepas tangan dah.. so nak tak nak kene la ikut.

 eyeing the distance to safety la tuh.. hahaha



 Mikaman against the waves!


ni betul-betul tak puas hati and sedih kene paksa 2nd time tadi.. dekat lima minit dia pandang laut dengan muka nih.. aku ajak basuh kaki pun tak nak.. sanggup dia tinggal jaga mat jek..

p/s: nanti kita datang lagi je Mika, harapnya next time boleh la kita berendam kat sini! overnight pun menarik~

Monday, January 20, 2014

HFMD

belum cukup setahun since last HFMD outbreak kat Taska Mika, last week jadi balik!! Masa kat Melaka Isnin lepas Taska hantar message nak inform ada budak kene HFMD, suruh parents check for symptoms before sending off their kids.tapi ada jugak yang terlepas.. tak tau la memang parents dorang ignorant sangat or dorang memang tak nampak tanda-tanda lagi..

lepas habis cuti aku anta la Mika macam biasa since sekolah takde pulak update kata sekolah tutup ke apa,, xelang dua hari pastu aku tengok ada pulak bintat seketul kat tangan dia.. kat tapak kaki pulak ada merah-merah cam gatal kene gigit semut.. haih geram geram!!

friday doc confirm memang HFMD and suruh quarantin.. bila inform sekolah, rupanya hari selasa tu ada jugak budak kene lagi. so Mika ni mangsa ketiga.. tapiiiii still takde pulak notis tutup sekolah.. harap-harapnya tak tutup sebab dorang buat operasi clean up due to the long weekend lah.. kalau tak memang nak cari nahas!!

so Mika sekarang tengah dalam process recovery.. nasib baik la tak teruk jugak kene kali ni.. seketul kat tangan and a few kat tapak kaki.. and seketul ulcer kat lidah.. sebab ulcer tu, air liur dia duk meleleh-leleh mengalahkan air terjun! serius! sampai aku pun naik rimas abis baju basah!! yang lain nampaknya cam dah kering, tinggal ulcer tu je lah.. ulcer selalu lambat nak baik.. 

so harini aku EL la duk melayan Mika kat rumah.. harap-harap esok elok la ulcer dia tu.. amin~

p/s: entry untuk rujukan di masa hadapan.. harapnya lepas ni takde la lagi kisah HFMD nih!


Friday, January 17, 2014

Fly birdie fly!!

first week tahun 2014 ni kami spend dekat Terengganu.. adhoc trip la kiranya.. kalau dah balik Terengganu, wajiblah kami pegi makan ikan salut tepung dekat Teluk Ketapang.. kali ni best sebab tak ramai sangat crowd, so tak perlu nak berebut-rebut..

Teluk Ketapang ni agak happening jugaklah.. setiap kali pergi mesti ramai orang. ada yang dok main layang-layang, ada yang naik kereta kuda or just melepak suka-suka. kami pun tumpang sekaki la join the crowd. Selalunya just melepas suka-suka tengak ombak, kali ni kami main layang-layang pulak.


pak cik layang-layang.. harga layang-layang ni starts from RM5, tapi yang murah tu low quality and susah nak naik.. kami pilih yang middle range je..

 si helang hijau memulakan pengembaraan pertamanya~

 soaring high in the sky!


 Mikaman in action!

 his first time flying a kite.. gaya macam dah pro jek hehehe..



masa ni dia dah start hilang interest dah kat kite ni.. mengalih perhatian kat ombak pulak.. ombak kat sini agak kuat.. kalau musim tengkujuh tu lagi la horror tengok ombak dia, tinggi melangit~


bila anak hilang interest, aku la take over.. hehe tersengih kegirangan sebab ni first time aku berjaya terbangkan layang-layang. zaman kecik-kecik dulu layang-layang aku cium tanah je selalu tak kira la berapa laju aku lari..








muka ketakutan bila aku ajak main air muahaha..


 puas makan and beriadah di Teluk Ketapang, kami join pulak majlis tahlil Toki Maliki lepas Maghrib.

my heroes~! habis majlis tahlil kami ke mydin, bawak mak and ayah shopping.. tempat shopping fave kalau balik ganu..