Thursday, January 23, 2014

i hate chuu!!

kata Mika!!

sempena cuti Maulidur Rasul aritu, kitaorg pergi makan angin ke PD.. tak overnight pun, pergi semata-mata nak main ombak and pasir. Mika ni memang takut sangat nak mandi laut.. padahal banyak kali dah kitaorg bawak dia tengok laut.. pergi Vietnam and Australia aritu pun dok usha laut je keje dengan harapan boleh menghilangkan rasa takut dia tuh.. haram tak jalan..

good morning semua.. dengan muka belum mandi Mika kasi pose "duck face" yang jadi kegilaan budak-budak zaman sekarang.. eh mak budak pun ramai dok perasan selfie duck face jugak.

kalau dalam kereta happy tak reti nak diam, sampai je kat tepi laut terus keras kejung.. duk atas mat mata tak lepas pandang ombak.. Maliki ajak main pasir pun dia bolayan~


kalau tak PD sini je lah pantai favourite kami sebab tak ramai orang.. dulu tempat ni sangatlah bersih, tapi kali ni boleh nampak dah sampah sarap berteraburan. invasion makhluk alam yang tak berpelajaran lah nih.. entah-entah next trip datang sini tempat ni dah jadi tempat pembuangan sampah kot??

muka tak puas hati daddy ajak ambik air hehehe but sorry la cik adik, parents awak ni sikit pun tak ambik port awak suka ke tak..






deserted beach.. itu yang aku cari.. kalau sampai awal tadi, confirm aku terjun dengan jayanya.. lama dah kempunan nak mandi laut nih.



sessi celup kaki kedua.. dia pulak yang berlari kejar aku hehehe tapi still tak hilang perasaan takut tu, cuma perasaan takut kene tinggal tu lagi tinggi.



setapak demi setapak kami tarik budak ni.. kesian dia, takut tapi terpaksa sebab dah masuk dalam ni dia tak berani nak lepas tangan dah.. so nak tak nak kene la ikut.

 eyeing the distance to safety la tuh.. hahaha



 Mikaman against the waves!


ni betul-betul tak puas hati and sedih kene paksa 2nd time tadi.. dekat lima minit dia pandang laut dengan muka nih.. aku ajak basuh kaki pun tak nak.. sanggup dia tinggal jaga mat jek..

p/s: nanti kita datang lagi je Mika, harapnya next time boleh la kita berendam kat sini! overnight pun menarik~

1 comment:

Saly said...

weh, ni area mana, cuba bg direction sket.. xpun nama tempat ni, bleh pakai waze..