Thursday, March 27, 2014

Homemade play dough!

Lama dah aku bercita-cita nak test buat play dough sendiri tapi malas ya amat!! beli instant je kat kedai lagi sonang! tapi last 2 weeks si Maliki melayan Mika main play dough and terlupa nak simpan balik.. so mengeras la play dough tu.. 2 ketul memang kematu. since tengah-tengah bulan, masing-masing dah sengkek, aku pun berperang kat dapur nak menghasilkan master piece nih.

 amik ko.. mainlah sampai lebam! aku nak buat merah sebenarnya, tapi si Maliki confident hulur pewarna color orange.. rabun warna ke apa nih?

half dr play dough tu aku simpan dlm zip lock and masuk peti.. supaya tahan lama.. yang lebihnya aku masuk dalam bekas play dough yang dah rosak tu. suka hati ko la nak kasi keras ke apa.. modal kecik takpe!

terus masuk playroom, nak buat cookies kata Mika.

balance 2 ketul play dough yang separa kematu tu berjaya aku selamatkan.. campur dengan play dough homemade tadi.. kasi uli sampai lembut balik

kaler tak semenggah mana tapi jadilah.



my master chef junior. penggiling aku kene kidnap jadi toys permanent dia.




play dough session diakhiri dengan memotong cake birthday heart. kemaruk nak celebrate birthday budak ni, tiap-tiap minggu birthday dia.

session play dough ni boleh la melekakan dia dalam setengah jam jugak.. kalau dilayan, lagi lama dia main. play dough yang aku buat ni tak payah nak masak bagai, guna air panas je. aku ikut resepi nih.
next time nak buat banyak warna, tapi kene make sure kandang dikunci. kalau tak confirm anak korang datang time-time critical, in my case masa aku nak pour in hot water. time tu la dia sebuk nak itu ini. sudahnya, air panas tumpah kene tangan, handphone (tuk tengok resepi) jatuh masuk dalam adunan play dough. nasib badan, asal budak ni happy!

Thursday, March 20, 2014

Santai Ahad di Skypark, One City Mall

Misi utama kami hari Ahad lepas nak cari kedai Churros Royale sebab tetiba teringat churros kat QVM aritu.. churros kat Molten Lava OU agak menghampakan.. macam langit dengan bumi.. lepas tu kami beralih arah ke Churros Royale. Dulu kedai ni kat Bandar Puteri Puchong jek, tapi dorang tutup and buka booth dekat One City Mall pulak.
Kalau korang usha website dia, macam wah gempak gile. Bila sampai kat kedainya, hampa. Kecik je, then most item on the menu is not available. Dip abis la, sauce abis lah. Ko tutup kedai ko sekarang jugak boleh? jangan bagi harapan palsu kat kami!! nasib le aku bukan mengidam, kalau tak memang aku bakar gerai korang. so kami order yang available je la, snowy churros and dippiedoope churros with vanilla dips. review aku? rupa memang tak semenggah langsung. tapi rasa better dari Molten Lava, kureng jugak dari yang aku beli dari lori kat QVM tu.


selesai makan, kami menuju ke Skypark, lepak-lepak sambil mengagumi glass floor dia.. feeling-feeling cam kat korea sebab kat sana most shopping complex dia kan memang ada garden kat rooftop~


 busy mengira kereta, dok ulang-ulang sampai 10 jek.. esok kita belajar sampai 20 pulak ye



 tiga perempuan ayu kat belakang tu amik gambar dari tepi je sebab gayat.. Mika steady je siap lompat-lompat.. bila dia lompat-lompat, goyang jugak lantai kaca ni.. kuss semangat~




 tertonggeng-tonggeng tengok orang lalu lalang kat bawah

 the view from above. skypark ni on the 10th floor. sapa yang ada fear of height, meh la sini boleh berangan cam masuk fear factor.



Mall ni baru lagi, kedai-kedai kat sini pun banyak yang tak buka lagi. orang pun tak berapa nak banyak sangat. setakat time ni, kedai-kedai dalam ni pun banyak yang tak terkenal. kalau korang memang nak shopping, not recommended la. kalau nak makan churros pulak, eat at ur own risk.

Tuesday, March 18, 2014

Throwback: Farm in the City

Ini cerita Januari lepas..
since project Maliki kat laut nun dah complete, haruslah aku menggatal mencari idea tuk weekend yang lain dari kebiasaan.. time dia takde selalu aku ngan Mika lepak rumah, or shopping or lepak rumah chawanna or balik kampung je..
tengah aku free-free kat opis aku gatal la google places/activites for kids in KL, hasilnya aku jumpa la pasal tempat ni.. Farm in the City, belakang Giant Seri Kembangan. Tempat ni menarik perhatian aku sebab kita boleh feed and beramah mesra dengan kebanyakkan haiwan yang ada kat sini. Kalau pegi zoo boleh tengok dari jauh jek..

Opening Hours:
Weekdays 10-6pm
Weekend/Public holiday 9:30-6pm
Closed on every Tues except during public and school holidays

Entrance fee untuk pemegang MyKad RM30 for adult, RM25 for kids below 12 and free for those under 90cm. Harga tuk senior citizen tak perasan pulak. kalau nak location or direction ke sini, google je la ye.

Mari layan gambar pulak.

 Species kuda terkecil dunia..





Antara species tortoise terbesar, roaming free kat sini.. 


 see anak teruna saya, tertarik jugak nak feed tortoise tu.. 


 "mummy turtle" kata budak nih.. turtle je dia tau


lepas kawasan tortoise ni, kami masuk ke kawasan reptile. ada la ular sawa semua, tapi tak sempat nak ambik gambar dek busy melayan Mika. lepas tu kami terjah bird aviary pulak. dalam ni ada segala mak nenek burung dan itik.






feeding kambing pulak, tapi Mika takut-takut sebab kambing-kambing kat sini aggresive sikit. tak takut kat orang. ni time awal-awal before kene "attack"


 trying to pull his hand kekeke sambil pandang kambing. 

 kambing gurun ni besar sangat and boleh berdiri!

 dalam ni ada jugak sekor deer, Mika tengah ajak aku pegi ambik kangkung nak kasi deer makan.. tapi dapat je kangkung dia menjerit-jerit takut sebab kambing-kambing datang serbu minta disuap.. siap berdiri kat aku.. heh aku pun naik cuak kekeke pass balik kangkung kat penjaga kat situ..

 the same kambing yang terjah aku and mika.. cis cis.. terus phobia anak aku.

 setangkai je kangkung yang berjaya diselamatkan untuk deear nih.. 

wallaby pun ada, fefeeling cam kat Melbourne pulak~

Lepas feed lembu, kami main kat taman terbiar ni.. gambar lembu takde sebab mak aihh busuknya kau lembu.. 

 berat Mika + aku pun tak leh balance kan berat Maliki.. beratnyaaaaaaaa!! #justsaying


 Mika semangat nak tangkap ikan.. haruslah tak berjaya!


 semenjak kene attack dengan kambing, terus dia tak nak kasi makan binatang-binatang lain. usha dari jauh jek mampu.



 kecuali yang ni.. hahahaha yang ni dia berani sebab main baling-baling jek. siap minta "one more time" lagi.









 funny looking bird, macam pakai mask gitu..


 giving up bila request dia nak keluar and balik tak dilayan, minta dukung.


hilang dah takut.. unfortunately elok je dia nak belai burung ni, burung ni patuk tangan dia kekeke terus nangis ajak balik.. heheheh bad day ye Mika?

 ini aku tatau binatang apa, tapi macam kacukan cicak dan ular.. 

 Mr Beaver

 Pelican. nampak gagak perkasa gitu.

 tapi according to this fella, pelican kat sini semua overweight and tak boleh terbang.. kebetulan time kami lalu, dorang baru nak start pelican feeding session.



 last resort nak ajak balik nih.. meraung-raung.. 

 Meerkat. tak pernah tahu kewujudan Meerkat sebelum ni.

berlari bila mummy cakap "jom balik"

 happy lepas layan air coklat ais dan pau biskut bantal kakak cafe~