Majlis ni buat lepas solat Jumaat, masak memasak sendirian berhad!! memang hebat family Maliki ni, i guess memang orang2 pantai timur hebat2 macam ni sifat kekeluargaannya. kalau kat ipoh semua main katering je sebab takde orang nak tolong memasak.
persiapan menyiang daging dan sayur start dari malam sebelum majlis. the next morning terus start masak. kali ni mak pengantin pun turun padang tolong goreng ayam hihihi semoga anak dara ni nanti ikut la mummy dia yang rajin ni #muntahhijau
masa orang tengah sibuk and kecoh memasak, pengantin kecik ni sibuk layan tido.. kemain sedap dia tido sampai mummy pun sedap dok bergossip kat luar.. hihihi tq adik, awak sangat memahami
abang Mika pun memahami jugak, dok sibuk layan Plant vs. Zombie (current obsession) kat depan kikiki abis semua orang dia ajak main zombie termasuk la tok and toki.. tapi since semua orang busy, layan la zombie sengsorang
geng dah mari!! e'in and aiman datang melawat kawasan. Mika macam biasa dok ajak main zombie hahahaha tapi enjin dorang ni tak panas lagi. malu-malu kucing. anak aku je tak tau malu, semua orang dia bantai tegur ajak main game. over friendly la pulak, bila dorang tak layan, dia give up. last-last main bola kat tepi kuali.
pengantin kecik mengamuk sebab kacau dia tido..
the only family picture yang berjaya diambil.. walaupun daddy takde dlm ni, sebabnya bila abis je majlis, pengantin selamat layan mimpi. Mika pulak selamat merayap ke mana ntah. dok kat kampung, dia memang transform jadi kg boy, mummy pun tutup mata je since kat KL tak leh main bebas cenggitu.
adik meraung sebab tido terganggu, abang merajuk sebab toki tak kasi join orang marhaban.. mencebik dok tepi tangga, mata berlinang air mata.. drama sangat abang, mummy pujuk pun tak jalan.
Laiqa being a good girl. dari mood tak baik, boleh dia diam je masa Maliki bawak from one person to the other.
No comments:
Post a Comment