Sunday, August 30, 2015

Journey to the East: Nezu Shrine and Ameyoko

Hari ni pun lambat keluar dari rumah sebab tunggu Mika bangun. almaklumlah, semalam penat berjalan seharian. Destinasi kami hari ni ada dua jek. Nezu Shrine and Ameyoko. Jarang aku dengar orang pergi Nezu Shrine ni. aku pun datang sini sebab nak pergi tengok Torii je. Plan asal nak pegi Kyoto, tapi sebab malas nak travel jauh-jauh and rushing ke sana sini, marilah kita pergi Nezu jek. Sekadar memuaskan hati orang kata. Asyik tengok dalam anime jek, kita pegi tengok real life pulak.








cantik jugak taman kat Nezu nih. tapi sebab ramai orang, kami skip je.




Torii kat sini tak berapa nak well maintain sangat. padahal ramai je pengunjung dating tengok tempat ni. ramai local, tapi ada jugak aku jumpa 3-4 orang mat salleh kat sini.





enjoying his freedom.

warna dah pudar-pudar. kene repaint baru la cun. ke memang tak boleh nak touch up torii nih? kot-kot sacred ke apa. tapiiii yang kat tempat lain tu aku tengok gambor nya cun melecun je merahnya.

Guardian fox.

He's running wild at the shrine. Lari sana sini, peluk tiang  sesuka hati. Terdetik rasa risau kot-kot kene sampuk ke apa hahaha






abis jalan, kami ke destinasi seterusnya dengan senyuman.. sebab next destination tempat shopping.



anak-anak sedap tido. sorang dalam stroller, sorang dalam wrap.. layan je la anak-anak oii~!

the sorry state of his 2nd shoe. datang dlm keadaan elok, lepas beberapa hari jadi cenggini.

terus tukar!! huhuhu seronok main tunjuk2 jek.


then shopping kose kat sini. this is recommended by our friend, Ain. Takeya, Duty-free shop. kebetulan, masa pergi sini dia ada sale pulak sempena anniversary dia. yang keberapa tak perasan pulak. so they are selling selected item at discounted price. imagine duty free at discounted price.. tak jejak tanak saya!! and guess what, the facial cleanser i'm using is one of them. dapat dlm 60++ jek. normal price kat Malaysia RM120. Half price bebeh, HALF PRICE. terus borong!!, whatsapp Na jugak kot-kot nak selit order. pastu ada selected parfum on sale, I got 50ml Elizabeth Arden Green Tea Cherry Blossom for +-RM45. kalau tak fikir parfum yang tak buka lagi dalam almari tu, mau ku rembat 2-3 lagi hahaha berbaloi-baloiiiiiiii sangat!!


kat Ameyoko ni banyak halal food, so tak payah risau. kami try kebab kat sini. masa ni Mika bangun, in a bad mood!! DEMAM!! 1st time jugak anak demam masa travel, when we are not prepared pulak tu.. selalu bawak paracetamol, xtau kenapa this time tak bawak. patah balik ke Takeya beli ubat. nasib kat sini kotak ubat ada gambar, senang nk teka. ambik gambar, send kat Ain for confirmation and dosage.

terus blk.. postponed lagi trip to Tokyo tower malam nih..

Tuesday, August 25, 2015

Journey to the East: Hitachi Seaside Park

Hari ke-3 baru kami berjaya menjejakkan kaki ke Hitachi ni. trip ni kami naik train sampai Katsuta Station, then naik bus to the park. yang aku study aritu, takde detail sangat nak naik train no berapa segala so main redah je. sampai station ni pun tak banyak information kecuali flyers pasal Hitachi park ni. cuma ada satu signboard kecik tak silap aku tulis hitachi park ni.. kami pun ke hulu hilir dua tiga kali baru jumpa signboard nih. once dah berjaya naik bas tu tak perlu nak susah hati apa dah sebab bas ni memang berhenti depan entrance park nih.

cuaca hari nih Alhamdulillah cantik dan terik. taman ni besar sesangat. so kalau korang memang nak pusing keliling taman ni, make sure korang sampai awal. orang buka pintu dah boleh terus serbu. jangan jadi macam kami ni, sampai pun dah tengahari hahahaha kes tunggu anak bangun sebab kesian nanti nak kene berpenat lelah berjalan bagai. paling win sebab harini gamble tak bawak stroller. pandai sangat sebab tak study pon tempat ni cemana rupanya, aku assume nak naik-naik bukit tu macam leceh.
















lepas meredah beberapa zone, akhirnya sampai la kami ke permandangan yang Subhanallah, indah dan nyaman ni. umat manusia punyalah ramai, tapi sebab cantik sesangat takde dah rasa rimas ke apa. tapiiiii!! stroller friendly rupanya bukit nih. kalau korang nak hidup korang aman kat sini, bawak la stroller. besar taman ni, ada stroller senang!





satu je aku tak berapa gemar orang reramai ni.. org jepun ni layan pets dorang macam anak.. siap bawak jenjalan bercuti. ada yang naik stroller ada yang letak dalam bag dan ada yang lepas on a leash. so banyak lah kelibat anjing time nih. so potong sikit kat situ. aku ni bukan lah animal lover, kucing pon aku ala-ala takut gitu, inikan pulak anjing. satu hal pulak kang kalau nak kene samak, kat negara orang pulak tu.



flower boy saya!! tengah buat music video kekonon hahaha
















abis la satu bukit ni kami pusing.. si Mika sampai dah naik bosan. abis dia pegi main tanah kat sini, fefeeling main pasir kat pantai la tu. sebab kesian kat dia, aku suruh la maliki layan dia pergi queue nak bunyikan loceng besar tu. hahaha bebudak senang je nak entertain dorang ni, kene rajin jek.









turun bukit tu, terus cari jalan ke ferris wheel yang kitaorg nampak dari jauh. ni pun sebab Mika request. dia dah penat, siap minta nak dukung. so nak suruh dia jalan jugak, aku ajak dia cari ferris wheel. sabarlah anak. agak-agak dia mula buat hal, aku tunjuk kat ferris wheel tu jek hihihi nasib trick menjadi. sesampai kat situ, bukan ferris wheel je ada, macam-macam ride lain ada. bersinar-sinar mata Mika tengok segala macam ride. huhuhu kalau anak korang jenis tak boleh nak nego, aku suggest avoid the area altogether unless korang memang pasang niat nk main kat situ. nasib la si Mika ni senang nak nego.

kesian budak ni, takde gambar proper dia jenjalan.. nasib badan la nak oii.. esok-esok awak repeat la sendiri.. awak kan koala baby, duduk la dalam kantung tu selagi mampu!





on the way nak balik, terserempak pulak dengan taman yang penuh dengan tulips. dah macam Keukonhof dah taman ni. rezeki orang cakap. melepas tengok tulips kat Showakinen semalam, dapat tengok kat sini pulak. kat sini, korang siap boleh seludup masuk kat dalam pokok-pokok tu. tak macam kat Keukenhof, semua restricted area. and since masa ni dah nak tutup tempat ni, tak ramai orang. seronok la kitaorg main kat sini. Mika yg tadi dah lemah longlai, terus bertenaga main lari-lari, amik gambar. ajaib sangat!














puas bergambar, berkejar kami balik. nak kejar bas. bas dia dah akhir-akhir ni jarang-jarang schedulenya. nasib la ada japanese yang tolong tahan kan bas, suruh tunggu sebab maliki nak g toilet dulu. masuk je bas, Mika dah terkial-kial sebab mengantuk. since kami yang last masuk bas, sah-sah tak dapat seat. aku yg kendong Laiqa pon orang tak nak offer seat. bila Maliki dukung Mika, baru la minah sorang ni offer seat dia. kesian agaknya. terima kasihlah. tapi rataa-rata memang dorang pun macam Malaysian. nasib baik ko jumpa la orang yang baik hati offer seat dorang, kalau tak pepandai le ko pegang kekuat tiang dalam train/bas tu. aku boleh kira dengan jari lah berapa kali je orang offer seat dalam train.