cantik jugak taman kat Nezu nih. tapi sebab ramai orang, kami skip je.
Torii kat sini tak berapa nak well maintain sangat. padahal ramai je pengunjung dating tengok tempat ni. ramai local, tapi ada jugak aku jumpa 3-4 orang mat salleh kat sini.
enjoying his freedom.
warna dah pudar-pudar. kene repaint baru la cun. ke memang tak boleh nak touch up torii nih? kot-kot sacred ke apa. tapiiii yang kat tempat lain tu aku tengok gambor nya cun melecun je merahnya.
Guardian fox.
He's running wild at the shrine. Lari sana sini, peluk tiang sesuka hati. Terdetik rasa risau kot-kot kene sampuk ke apa hahaha
abis jalan, kami ke destinasi seterusnya dengan senyuman.. sebab next destination tempat shopping.
anak-anak sedap tido. sorang dalam stroller, sorang dalam wrap.. layan je la anak-anak oii~!
the sorry state of his 2nd shoe. datang dlm keadaan elok, lepas beberapa hari jadi cenggini.
terus tukar!! huhuhu seronok main tunjuk2 jek.
then shopping kose kat sini. this is recommended by our friend, Ain. Takeya, Duty-free shop. kebetulan, masa pergi sini dia ada sale pulak sempena anniversary dia. yang keberapa tak perasan pulak. so they are selling selected item at discounted price. imagine duty free at discounted price.. tak jejak tanak saya!! and guess what, the facial cleanser i'm using is one of them. dapat dlm 60++ jek. normal price kat Malaysia RM120. Half price bebeh, HALF PRICE. terus borong!!, whatsapp Na jugak kot-kot nak selit order. pastu ada selected parfum on sale, I got 50ml Elizabeth Arden Green Tea Cherry Blossom for +-RM45. kalau tak fikir parfum yang tak buka lagi dalam almari tu, mau ku rembat 2-3 lagi hahaha berbaloi-baloiiiiiiii sangat!!
kat Ameyoko ni banyak halal food, so tak payah risau. kami try kebab kat sini. masa ni Mika bangun, in a bad mood!! DEMAM!! 1st time jugak anak demam masa travel, when we are not prepared pulak tu.. selalu bawak paracetamol, xtau kenapa this time tak bawak. patah balik ke Takeya beli ubat. nasib kat sini kotak ubat ada gambar, senang nk teka. ambik gambar, send kat Ain for confirmation and dosage.
terus blk.. postponed lagi trip to Tokyo tower malam nih..
No comments:
Post a Comment