Wednesday, September 25, 2013

Hobart & Stanley, Tasmania

Percutian kali ni percutian yang paling mencemaskan untuk aku.. mana taknya, sehari sebelum terbang, Maliki masih duk kat tengah laut.. berdebat dengan client nak cuti.. haihhhh! yang geramnya, yang buat kecoh tu sorg je.. boss Maliki and resident engineer client tu dah approve dah.. so apa lagi, dengan selambanya Maliki lompat kapal~ sampai rumah on the same day flight nak ke Melbourne.

Flight kami ke Melbourne jam 10:30 mlm. Nasib baik berjaya dapatkan ESO dari optiontown, sedap la kami tidur sepanjang perjalanan.

Sampai je kat Melbourne, kami lepak kat airport sebab nak tunggu flight ke Tasmania pukul 3 ptg. Initial plan nak pegi jalan-jalan, tapi disebabkan boss kecik penat kami lupakan je la hasrat tu. Tiga-tiga tido berdengkur kat airport hahaha.

 
Jam 4:30 ptg kami sampai kat Hobart airport. Then pegi collect campervan yang lebih kurang 10 min je dari airport, Tasmania Campers. Owner car rental ni baik hati. Kat Australia ni, baby car seat is a must. Disebabkan kami tak request nak rent satu, dia kasi je guna for free! Untuk yang plan nak bercampervan dengan anak kecik, car seat ni sangat berguna. Especially kalau korang rent campervan yang kecik (2 adults and 1 kid) sebab nanti korang kene duduk dengan anak korang kat depan jugak. Car seat ni boleh memastikan keselamatan physical anak korang dan jugak kesihatan mental korang. Percayalah!!

Malam first kami tidur di Seven Mile Beach caravan park in Hobart, which I would not recommend to anyone. Tak best park ni sebab park atas tanah kosong. Campervan kitaorang takde saliran tuk washing basin, so air bertakung bawah van and jadi becak. Yuks~

First night kami sedikit menyeksakan. Since first time, kami tak test la semua alat-alatan dalam campervan tu termasuklah heater. Malangnya, heater dia tak function properly. So first night kami tidur dalam kesejukan. Duduk dalam selimut pun still sejuk giler sampai numb rasa kaki. Boss kecik pun bangun menjerit pagi buta minta peluk. So esoknya, kami patah balik tukar heater sebelum bertolak ke Stanley.

 
 Bergambar sementara menunggu owner Tasmania Campers. MasyaAllah, cantik sungguh langit hari tu.

 
Sepanjang perjalanan ke Stanley, kami disajikan dengan permandangan yang sangat cantik. Segala macam binatang aku nampak, mostly biri-biri, lembu and kuda.



 
Perjalanan ke Stanley ni lebih kurang 5 jam, and diaorang pun ada RNR jugak. RNR dorng sangat cantik dan sunyi.







 
feeding session! dua kali kami berhenti kat rnr. kebetulan rnr yang kedua ni ada ayam liar pulak. seronok la Mika kasi ayam makan. abis cereal dia tabur, ayam-ayam tu seronok jugak datang berduyun-duyun kerumun Mika dengan cereal-cerealnya~ siap bergaduh-gaduh lagi!


Kami sampai di Stanley around 5 pm, hari pun dah mula gelap. Second night kami still tak mendatangkan hasil sebab perjalanan yang super jauh and memenatkan. Stanley Cabin & Tourist Park ni sangat bersih and terjaga. Jauh lagi best dari Seven Mile. Yang paling best, dia betul-betul bawah The Nut and tepi laut.

Malam ni, kami semua tidur dengan jayanya sebab heater baru totally rock!!

Monday, September 9, 2013

Sushi and Sashimi~

Another entry about food!! Japanese food~ hahaha sila banyakkan bersabar.. Kalau membalun Japanese food macam tak ingat dunia, sah-sah untuk team lunch..

Sashimi salmon, yellowtail and satu lagi tak tau la pulak ikan apa.. tapi for me salmon is always the best!! asyik makan sashimi jek, mesti banyak ulat-ulat membiak dalam badan aku nih haihhh~~ kene detox ni kalau nak tambah baby kakakaka

Salmon steak~ sangat sedap and berlemak~

octopus.. another favourite tapi tak ingat apa tah nama sotong nih~

Ebikko je pilihan hati~ sushi selamat ni aku panggil~

Salmon skin maki yang paling atas sangat sedap~ yang lain i tak minat nak rasa sebab wajahnya tak berapa nak menginzalkan~

dessert!!! chocolate and wasabi ice cream~~ tak sangka wasabi ice cream tu sedap jugak.. kedai ni aku recommend jugak sebab harga murah jek, around RM48++ tuk buffet. tapi cuma dibuka dr pukul 11:30 - 2:30 pm.. kedai ni nama MAIU dekat sri petaling..

sekian laporan untuk kali ni... jom pegi makan subway, sub of the day arini BMT~

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, September 6, 2013

Sepanjang Syawal..

Dah sampai penghujung Syawal dah, boleh la recap balik aktiviti sepanjang Syawal tahun ni.. Tahun ni raya kami tak sesibuk tahun sebelum ni, tak banyak undangan ke rumah terbuka.. it's a sign!! bintang kami dah tak bersinar lagi.. sob sob~ anyway, terima kasih kepada semua yang menjemput kami beraya.. takde gambar open house pun tahun ni, makan lagi penting muahahah

Malam Raya sibuk bakar satay~ Bila kasi orang "bandar" bakar satay, banyak la yang rentung~ lagi rentung lagi sedap katanya~

The kids pulak enjoying their freedom. Rumah kampung so seronok la dorang berlari2 sebab laman luas. Kalau kat Ipoh restricted main dalam rumah je, porch penuh kereta~


Walaupun jarang berjumpa, kejap je dorang jadi best friend. Dah macam belangkas, di mana ada Maya, di situ ada Mika. Maya ni sangat kakak-kakak. Kalau berjalan raya sampai malam, bising ajak Mama dia balik awal sebab katanya Mika cari dia.. huhuhu kadang siap ajak Mika ikut dia jalan Raya~
 

Pagi raya after the prayers, sessi bermaaf-maafan and sessi bergambar~



Second day raya pakai baju jahit sendiri :)

CAKKK!!

Raya kat Ipoh.. satu rumah je rajin kami bergambar.. family potrait pun takde~

 Then we have a few small and simple birthday celebration.. murah rezeki tahun ni.. 3-4 kali makan free atas alasan birthday..

Yani's open house

Axon's potluck Raya~
 

Last but not least, kemuncak syawal 2013.. Fiesta Durian ehehehe ni paling enak berkrim disukai ramai!!!
 

tamat sudah raya tahun ni.. semoga ketemu lagi di tahun hadapan.. ke ada orang nak jemput open house lagi? #eh

pesanan ikhlas dari penaja.. kalau korang ada hati nak celebrate birthday kat TGIF IOI mall.. be prepared to sing or eat the chilli/ketchup..

Tuesday, September 3, 2013

Art attack

Tatau la apa mimpi si Mika ni, tapi semenjak dua menjak ni rajin pulak dia berkarya.. creative anak mummy.. badan sendiri jadi canvas.. jimat duit mummy nak oiii~~


Malam ni Mika bereksperimen dengan material lain pulak.. abis dia korek sticker kat album birthday mummy hadiah dari budak-budak2 office~

Tekun budak ni buat artwork kat badan sendiri.. harapnya sampai ke besar la tekun macam ni kat sekolah ye sayang~

p/s: yang penting artis kecik ni puas hati.. kata cantik sambil posing depan cermin..
 
- Posted using BlogPress from my iPhone